Pages

Wednesday, October 29, 2014

Pendatang Baru


Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdu lillah. Bila baca semula tajuk entri kali ini. Agak sadis bunyi nya. Pendatang. Apakah? Bagaimanakah? Bilakah? Bagaimanakah? Siapakah?
Tadaaaaaa…!
Alkisah..pendatang baru di rumah ini. Pertama kali aku tengok, dia sedang terkulai..terbaring..terdiam aku. Bila di tenung lama2, dada nya berombak, naik dan turun. Alhamdu lillah.masih bernafas. Rupanya pula, cantik, berwarna-warni ( walaupon hanya dengan dua tiga warna ), kurus kering..kusut masai..terdampar di situ dengan lemah.
Mak cakap, dari pagi tadi dah ada di situ. Paktam kecik, sibuk duk kacau dia. cuit sana..cuit sini..kais sana, kais sini. Namun, pendatang baru tak mampu nak melawan semua.Mungkin dia penat. Melihat keadaan badan yang kurus kering,,kusut masai..mungkin dia juga lemah,tak mampu nak bergerak cergas macam Paktam kecik.
Makan tyme!!
Paktam kecik, Paktam besar, Maktam dah sedia sambil meminta2 , tak sabar untuk makan. Namun, Si pendatang baru, masih terdampar di tempat nya. Seusai memberi keluarga Pak Tam makan, aku ambil segenggam dari makanan Paktam, untuk di berikan kepada Si pendatang baru. diletakkan jauh sedikit dari tempat Paktam makan.
Si Pendatang baru, makan dengan bersungguh. Kelaparan. Alhamdu lillah.  Petang itu, aku menjenguk ke halaman belakang rumah. Si pendatang baru telah tiada. Keesokan nya pon Si pendatang baru tiada. Mungkin pergi membawa diri, mencari tuan yang baru.  Semoga Si pendatang baru menjumpai rumah dan tuan yang lebih baik daripada sebelum ini. Semoga membesar dengan sihat dan kuat!

katahatiku 1: Kisah makhluk Allah yang di beri nama seekor kucing.
katahaiku 2: Si pendatang baru dating rumah tumpang makan tengahari.ngeee.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...