Pages

Monday, June 30, 2014

Jun sudah nak berakhir.

Assalamualaikum!



Jun..satu bulan yang istimewa. satu bulan di tengah tengah masa setahun. satu bulan yang mempunyai 30 hari.
dan satu bulan di mana telah lahirnya seorang khalifah di muka bumi ini...iaitu aku.

Alhamdu lillah..aku masih lagi bernafas dan sihat..masih mampu bertaubat kepada Nya..masih mampu mengerakkan jari jemari untuk menaip semua ini. Terima kasih Allah.

Tahun ini..tiada balingan padu..balingan secara sembunyi..peluru peluru berbahaya..iaitu tepung! muahahaha..
tahun ini tiada makan makan besar..tiada gelak ketawa rakan2 bersama..hanya ucapan yang sering di tujukan oleh mereka..
hanya aku..seorang.tiada gelak ketawa..tiada sesi kejar mengejar dengan berbekalkan segenggam tepung di tangan, dan seplastik tepung di poket masing2. tiada. sadis kan..itulah realit untuk Jun 2014.

tiada..tiada..tiada. 

sempena hari terakhir untuk bulan yang istimewa ini. aku hanya mampu tersenyum. tunduk..genggam erat tanganku dan lepas nafas perlahan lahan..sambil hapuskan air mata ..

SELAMAT HARI LAHIR untuk diriku..iklas daripada diriku juga.


Saturday, June 28, 2014

Dah lama kann...?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikummm!

hihihi..rasa macam nak tergelak pon ada.dah lama aku menyendiri dari alam maya ini. rindu sesekali..jari jemari terus laju menaip url blog ini..namun, masih tak mampu untuk  menceritakan dan menerbitkan entri baru.

aku rindu nak berblogging..rindu untuk berkongsi cerita..walaupon aku tahu tiada siapa yang sudi membaca tapi aku yakin..mungkin terdapat seseorang yang terjumpa dan terbaca..maka dia lah orang yang bertuah..hahahha..ayat skema betol.berpuitis gituuu...kihkihkih..

okeh.update selaju dan seringkas mungkin.
sekarang aku di kotaraya..ibu negara Malaysia.
itu sahaja.

lain kali aku cerita..banyak benda tertangguh ni.bermacam macam untuk dikongsi..
Jumpa di lain masa, jika di beri rezeki dariNya untuk singgah di sini lagi.


sekian, wassalam.

katahatiku 1: rinduuuu..uuuu..rindu serinduu rinduu nyaaa..ooooo..lalalalalala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...