Pages

Wednesday, October 29, 2014

Berlalu Pergi


Assalamualaikum


sehingga kini aku tahu
 kau tak mengerti
apa ku rasa hanya diriku
ini semua tidak penting lagi


kau dan kau
aku dan aku

campak ke belakang semua
memori yang berlaku
pahit duka manis suka
anggap semua tidak berlaku

bukan aku yang mahu
Cuma semua perlu di lalui
aku tahu kau pon tahu
moga semua berlalu pergi

kau dan kau
aku dan aku

biarkan semua pergi
teguhkan hati
kuatkan semangat ini
semoga kita berjumpa lagi


Katahatiku 1: nukilan sekelip mata.

Pendatang Baru


Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdu lillah. Bila baca semula tajuk entri kali ini. Agak sadis bunyi nya. Pendatang. Apakah? Bagaimanakah? Bilakah? Bagaimanakah? Siapakah?
Tadaaaaaa…!
Alkisah..pendatang baru di rumah ini. Pertama kali aku tengok, dia sedang terkulai..terbaring..terdiam aku. Bila di tenung lama2, dada nya berombak, naik dan turun. Alhamdu lillah.masih bernafas. Rupanya pula, cantik, berwarna-warni ( walaupon hanya dengan dua tiga warna ), kurus kering..kusut masai..terdampar di situ dengan lemah.
Mak cakap, dari pagi tadi dah ada di situ. Paktam kecik, sibuk duk kacau dia. cuit sana..cuit sini..kais sana, kais sini. Namun, pendatang baru tak mampu nak melawan semua.Mungkin dia penat. Melihat keadaan badan yang kurus kering,,kusut masai..mungkin dia juga lemah,tak mampu nak bergerak cergas macam Paktam kecik.
Makan tyme!!
Paktam kecik, Paktam besar, Maktam dah sedia sambil meminta2 , tak sabar untuk makan. Namun, Si pendatang baru, masih terdampar di tempat nya. Seusai memberi keluarga Pak Tam makan, aku ambil segenggam dari makanan Paktam, untuk di berikan kepada Si pendatang baru. diletakkan jauh sedikit dari tempat Paktam makan.
Si Pendatang baru, makan dengan bersungguh. Kelaparan. Alhamdu lillah.  Petang itu, aku menjenguk ke halaman belakang rumah. Si pendatang baru telah tiada. Keesokan nya pon Si pendatang baru tiada. Mungkin pergi membawa diri, mencari tuan yang baru.  Semoga Si pendatang baru menjumpai rumah dan tuan yang lebih baik daripada sebelum ini. Semoga membesar dengan sihat dan kuat!

katahatiku 1: Kisah makhluk Allah yang di beri nama seekor kucing.
katahaiku 2: Si pendatang baru dating rumah tumpang makan tengahari.ngeee.

Saturday, October 4, 2014

.....

Bismillahirrahmanirrahim.

Rasa seperti
Ingin pergi jauh
Jauh dari sini
Dan tak mahu kembali

Mengapa begitu
Kehadiran yang ada di depan mata
Tidak dihargai
Yang jauh dikenang
Dibanggakan
Diagungkan
Diangkat angkat darjat nya

Mungkin aku perlu pergi
Membawa diri
Melarikan jasad
Memujuk hati nurani
Yang kian merajuk lagi

Aku hanya bukan siapa
Bukan insan berjaya
Bukan insan yg penting
Bukan insan yg dibanggakan

Mungkin aku perlu pergi
Pergi jauh memujuk hati
Menekadkan diri
Menjadi lebih baik dr hari ini


Katahatiku1: owh puisi..
Katahatiku2: coretan di tepi jalan


Tuesday, September 30, 2014

Ermm..Ntah.


Assalamualaikum.

Ermmm...Hurmmm...
Pandang sekali...tak puas hati. Pandang kali kedua..masih sama macam tadi.
Pandang lagi siap tenung tajam..
ok, fine.

Wall blog ini entah pape kan..macam budak budak..dan budak budak punya blog lagi hebat menarik debooomm dari blog ni. nampak tak di situ..nampak tak..
ahahahahaha..

ok..ok.. selaju mungkin jari aku buat tap baru.. pergi google tema baru. dah.dah..i nak fokus kusyuk menghayati dengan bersungguh sungguh dalam misi pencarian tema baru blog ini.

cau cin cau.
Daaa~





katahatiku1 : wisshh mee luckk! muehehehe
katahatiku2 :

Tuesday, August 19, 2014

Kisah aku 6 Bulan Lalu..

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdu lillah..masih di dalam bulan Syawal.
Masih dalam siri kunyah mengunyah kuih kerepek raya..
cuma rendang ketupat raya saja yang dah tiada..stok dah habis okey.
hahaha.

okeh. kali ni aku nak update sepanjang lebar. dah lama jari jemari runcing nih tak senaman tulis entri panjang lebar. hahaha.

#Julai 2014.

Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini.
Hari dan bulan terakhir aku kerja di Petaling Jaya.
Hari dan bulan terakhir aku tinggal di Vista Angkasa.

#Jun 2014.
Bulan yang penting untuk aku.
Bulan di mana aku dan beberapa orang kawan aku yang penting dalam hidupku dilahirkan juga, antaranya Nur Farhanim Mustafa dan Azwani Mad Don.
Bulan di mana aku sangat susah hidupnya.
Bulan yang aku telah menyambut hari kelahiranku dengan kerja gila seorang diri.
hahaha..mungkin aku akan buat 1 post ekslusif pasal kejadian hari itu. InsyaAllah.

#Mei 2014
Salah satu bulan yang penting dalam sejarah hidup aku.
Sabah-Kapal Terbang-Aku,Moksoo&Supik..
bakal terbitkan entri pasal ini.
bulan yang sangat menarik.
ngeee ^____^

#April 2014
Bulan terakhir aku bekerja di Gebeng.
Bulan terakhir aku bertemu dengan kawan2 serumah Semambu yang aku sayangi
Bulan terakhir aku mengajar silat di Polisas dan kelas Mpk.

#Mac 2014
Aku masih bekerja di Gebeng.
Genap 4 bulan sudah aku kerja di sini.
Dan aku sedang giat mencari peluang2 kerja di tempat lain.

#Feb 2014
Bulan kelahiran CS aku semasa aku di seseri. Nur Liyana Azmi.


katahatiku1 : dah lama tak menaip..sampai tak tahu nak huraikan macam mana. hahaha

Wednesday, July 30, 2014

Syawal Menjelang suda...



Assalamualaikum wbt peminat alam maya sekalian..


pejam celik..pejam celik...dah sebulan puasa. nah..hanya ini yang aku mampu nk cakap. k bai! muahahahha
jom sambung makan kuih raya..




Monday, July 14, 2014

~TAhU~

Assalamualaikum!

TAhu~ Fynn JAmaL.
Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri
Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi

Haruss
Tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Kau selongkar bumi langit pertala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi

Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Apa kau cari yang sebetol-betolnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama

Saturday, July 12, 2014

Ramadhan datang lagi!

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdu Lillah, masih diberi peluang bernafas sehingga ke Ramadhan tahun ini.
Sudah hari ke 14 Ramadhan, dan aku masih di kota hutan batu , sebuah ibu negara Malaysia. Kali kedua berturut turut aku berpuasa di sini. Tahun lepas kerana aku berpraktikal dan tahun ini kerana kerjaya. Susungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik. InsyaAllah, lepas ini aku akan cuba dan terus mencuba untuk berpuasa di tanah negeri kelahiran ku..sehingga hujung nyawa. Aminn..

Selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak...

Monday, June 30, 2014

Jun sudah nak berakhir.

Assalamualaikum!



Jun..satu bulan yang istimewa. satu bulan di tengah tengah masa setahun. satu bulan yang mempunyai 30 hari.
dan satu bulan di mana telah lahirnya seorang khalifah di muka bumi ini...iaitu aku.

Alhamdu lillah..aku masih lagi bernafas dan sihat..masih mampu bertaubat kepada Nya..masih mampu mengerakkan jari jemari untuk menaip semua ini. Terima kasih Allah.

Tahun ini..tiada balingan padu..balingan secara sembunyi..peluru peluru berbahaya..iaitu tepung! muahahaha..
tahun ini tiada makan makan besar..tiada gelak ketawa rakan2 bersama..hanya ucapan yang sering di tujukan oleh mereka..
hanya aku..seorang.tiada gelak ketawa..tiada sesi kejar mengejar dengan berbekalkan segenggam tepung di tangan, dan seplastik tepung di poket masing2. tiada. sadis kan..itulah realit untuk Jun 2014.

tiada..tiada..tiada. 

sempena hari terakhir untuk bulan yang istimewa ini. aku hanya mampu tersenyum. tunduk..genggam erat tanganku dan lepas nafas perlahan lahan..sambil hapuskan air mata ..

SELAMAT HARI LAHIR untuk diriku..iklas daripada diriku juga.


Saturday, June 28, 2014

Dah lama kann...?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikummm!

hihihi..rasa macam nak tergelak pon ada.dah lama aku menyendiri dari alam maya ini. rindu sesekali..jari jemari terus laju menaip url blog ini..namun, masih tak mampu untuk  menceritakan dan menerbitkan entri baru.

aku rindu nak berblogging..rindu untuk berkongsi cerita..walaupon aku tahu tiada siapa yang sudi membaca tapi aku yakin..mungkin terdapat seseorang yang terjumpa dan terbaca..maka dia lah orang yang bertuah..hahahha..ayat skema betol.berpuitis gituuu...kihkihkih..

okeh.update selaju dan seringkas mungkin.
sekarang aku di kotaraya..ibu negara Malaysia.
itu sahaja.

lain kali aku cerita..banyak benda tertangguh ni.bermacam macam untuk dikongsi..
Jumpa di lain masa, jika di beri rezeki dariNya untuk singgah di sini lagi.


sekian, wassalam.

katahatiku 1: rinduuuu..uuuu..rindu serinduu rinduu nyaaa..ooooo..lalalalalala

Sunday, February 9, 2014

Tak Jumpe!

Assalamualaikum..


Buka satu tab baru..scroll ke bawah..tak da la pulak..
klik.buka tab baru lagi..scroll dan terus scroll..tak jumpa.
okeh.aku terus berfikiran positif..kejap lagi jumpa la tuu..
buka tab baru lagi dan lagi dan lagi dan lagiiiii
 Aigoooooo! masih tak jumpa. 
Okeh..aku dah putus asa.
Buka tab baru. Pos entri nih..


Semua blog dah tak letak musik @ lagu kat blog diorang ke?
Atau dah lama aplikasi tu da tak da.
Atau aku yang tak jumpa link tuh..

Stresssss! #gaya Gary RunningMan sebut#

Hmmm..tahu laa dah lame x menjenguk sini..dia dah merajuk..tak kasi muka langsung.terus tak kasi aku jumpa link tuh..

Blog ni macam sunyi jer..itu sebab aku nak memeriahkan sikit dengan bunyi2 yang masyukkk. kihkihkih..

tak dapat link, aku kasi pos lirik lagu je laa..
tunggu entri seterusnya..
ok, bai!

eh..macam chomel je..macam chomel je.hahhaha


katahatiku 1: mungkin aku patut tanye Pacik Google pasal nih.muahahahha
katahatiku 2: baru nak start berjinak2 dengan laman sosial yang baru selain blog ni..ngeeeee! :D

Wednesday, January 1, 2014

heLLo 2014..!

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdu lillah..
welcome to zone 2014..! selamat datang 2014..!

okeh.sempena entri pertama untuk tahun baru..aku nak kongsi salah satu peristiwa yang paling bermakna dalam hidup aku 2013.

[klik sini]

mereka salah satu anugerah pada aku..inshaAllah..dan aku sayang mereka kerana Allah.

ok.tu jer nak cakap.
k, bai.

hahahha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...