Pages

Sunday, October 27, 2013

Ku Penglipur Lara

Bismillahirrahmanirrahim..



Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama dengan kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Apa nak hairan? Zaman macam sekarang

Buah Cempedak di luar pagar
Ambillah galah dan tolong jolokan
Kau berkasut ku berselipar
Apa nak hairan? Sama di sisi tuhan

Bukan aku nak sangkal kita handal
Kekadang yang bebal susah tampal
Mana boleh nak bedal
Kena berakal

Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Jangan mudah melatah

Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual

Ikan Kekek Mak ilui ilui
Ikan Gelama Mak ilai ilai
Gaya ranggi tiada, Adui!
Apa nak hairan? Janji cantik perangai

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik pula bercabang tiga
Kalau tak tahu jangan menambah
Apa nak hairan? Baik lu diam saja

Nang boti nang. Hei! Kui boti kui. Hei!
Cerminlah diri Lihat ke dalam
Nang boti nang. Hei! Kui boti kui. Hei!
Betulkan diri Lupa semalam
Nang boti nang. Hei! Kui boti kui. Hei!
Cerminlah diri Lihat ke dalam
Nang boti nang. Hei! Kui boti kui. Hei!
Betulkan diri Lupa semalam
Semalam yang hilang

Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Jangan mudah melatah
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual 

Lagu: Omar K & Mike Chan
Lirik: Zel Hadauan


katahatiku 1: hmmm..aku rase aku nak cuba buat lirik lagu lah..lepas tu jual..hahahh.. #beranganjelebey#

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...