Pages

Monday, January 14, 2013

sebak..kawan accident..

assalamualaikum.

alhamdu lillah,
selesai sudah bacaan yassin tadi.
ku hadiah kan kebaikan dari bacaan yassin sebentar tadi kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW , ahli keluarganya, para sahabatnya. 
tak lupa juga kepada kedua ibu bapa ku.
dan terutama kepada
Muhammad Shahmi Bin Marsahid 
rakan seperjuangan ku
dalam perjuangan bersama dan bersatu ini.

hanya kawan biasa, tapi bila aku terima pesanan ringkas mengenai kemalangan dan kecederaan yang dihadapi..

Innalillahi Waina Illahi Rajiuun..

serius, sebak rasanya...bagaikan merasai penderitaan yang dialami..

Ya, Allah...
permudahkan lah urusan sahabatku di sana..
aku hanya mampu berdoa kepadamu
berikanlah nikmat kesejahteraan kepada rakan ku ini
kuatkan lah semangat beliau, kedua ibu bapa nya dan ahli keluarga nya..

Muhammad Shahmi Bin Marsahid,
sila bertahan!
dan semoga cepat sembuh!

AMINnn..


butiran pesanan ringkas yang diterima tadi..

ASSALAMU √ĀLAIKUM

DENGAN PERKENAN YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH,
SEMUA AHLI PSSCM-CJDT DIKEHENDAKI MENGADAKAN MAJLIS BACAAN YAA SIIN UNTUK HAJAT BEROLEH KESELAMATAN & KESIHATAN KEPADA TENAGA PENGAJAR / PEMBANTU JURULATIH SAUDARA MUHAMMAD SHAHMI BIN MARSHAHID MENGALAMI KECEDERAAN PARAH
(KEMALANGAN KERETA DI JALAN SKUDAI BERDEKATAN FLY-OVER JALAN PONTIAN-UTM) PULANG MENGAJAR DARI KELAS LATIHAN UTHM, PARIT RAJA, BATU PAHAT SELEPAS TENGAH MALAM TADI.

KECEDERAAN:
PATAH TULANG PINGGUL (DISLOCATED PELVIS),
PENDARAHAN DALAMAN (ABDOMEN),
KECEDERAAN KEDUA-DUA KAKI:
TULANG BETIS KANAN PATAH,
TULANG BETIS KIRI REMUK.

BELIAU DIMASUKKAN KE WAD BARAT 2 ORTHOPEDIK, HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU.


katahatiku 1: sebak..dan sebak..huhuhu..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...