Pages

Tuesday, January 1, 2013

kisah iblis..

bismillahirrahmanirrahim


...HAKIKAT IBLIS..


Iblis adalah dari api yang tiada sujud. Sentiasa berdiri tidak tunduk. Dan Azazil adalah 'bapa' mereka. Azazil inilah yang menjadi abid, sembah sujud pada ALLAH hinggakan tiada tempat melainkan ada tanda sujudnya azazil. Azazil jugalah memegang keilmuan yang paling banyak sekali. Sehingga menganggap diri setapak di bawah tuhan. Sehinggalah pada satu saat, azazil tidak mengetahui SIR ALLAH, maka perancangan ALLAH, melempar AZAZIL ke bumi menjadi IBLIS dan tiap IBLIS, berlari-lari dalam tubuh badan anak adam. Ya, makin banyak kita ketahui, makin tinggi ego kita. Makin ego, makin kita hampiri Azazil.


Salah satu cara itu membasmi itu adalah, kembali ke maqam HAMBA yakni menjadi sebagaimana rasullullah. Yakni, NABI MUHAMMAD tidak MEMILIKI ILMU tapi beliau seorang yang berilmu. Baginda tidak mendabik dada dan sentiasa pulangkan ilmu itu pada ALLAH.

Rata-rata dari kita, berasa memiliki ilmu. Dan ijazah yang kita pegang menjadi bukti bahawa kita memiliki ilmu itu. Dan tahukah kita, berapa ramai yang menjadi 'iblis' kerana itu sahaja? Mereka berasa berilmu sedangkan ilmu itu milik ALLAH. Dan kita di pinjamkan sekadar seketika untuk mengetahui sesuatu.

 Kalimah: Laa haula walaa quwwata illa billahi.


Tidak ada daya untuk mengelakkan diri dari bahaya kesalahan dan tidak ada kekuatan untuk berbuat amal kebaikan kecuali dengan bantuan pertolongan Allah dan kurnia rahmatNya semata-mata.

Firman Allah: "Katakanlah: Hanya kerana merasakan kurnia rahmat Allahlah kamu boleh bergembira, dan itulah yang terlebih baik bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulkan sendiri." (Yunus: 58)

Sekiranya bersandar pada amal usaha itu bererti lupa pada kurnia rahmat Allah yang memberi taufiq, hidayah kepadanya yang akhirnya ia pasti ujub, sombong dan merasa sempurna diri. Sebagaimana yang terjadi kepada iblis ketika diperintah bersujud kepada Adam, ia berkata "Aku lebih baik dari dia (Adam)"

Dan telah terjadi kepada Qaarun ia berkata: "Sesungguhnya aku mendapat kekayaan ini kerana ilmuku semata-mata" (Al-Qasas:78)

Apabila kita dilarang menyekutukan Allah dengan berhala, batu, kayu, pohon, binatang dan manusia, maka janganlah menyekutukan Allah dengan kekuatan diri sendiri, seolah-olah merasa sudah cukup kuat dan dapat berdiri sendiri tanpa pertolongan Allah, tanpa rahmat taufiq hidayah dan kurnia Allah.


akan bersambung..


katahatiku 1: 'copy paste'.
katahatiku 2: untuk renungan kita semua..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...