Pages

Tuesday, January 22, 2013

T__T

bismillahirrahmanirrahim


hmmm..
sebak..rasa nak nangis..serius, nak nangis..
tarik nafas dalam2 dan pujuk hati laju2..

aku baru terima kunjungan bekas rakan sebilik semasa sem 1 dahulu.
berjumpa dengan beliau untuk kali terakhir.
dan 
aku sedih.
sob..sobss..

sejak dua hari kebelakangan ini, rakan2 seperjuangan ku
pelajar PENGURUSAN PROJEK
semua membuat status persahabatan
status memohon kemaafan
status kemanisan dan kepahitan yang kami alami selama empat tahun ini

dan segalanya adalah kenagan kai bersama.

harap kita dapat berjumpa lagi wahai sahabat sekalian.
semoga berjaya dalam haluan masing2.

sayang kamu semua..
sangat2.
huuuu
T___T

Saturday, January 19, 2013

dalam dewan dan ros putih...

assalamualaikum



sekuntum bunga mawar putih di atas setiap meja yang ada..
tempat : kenduri abang munzir dan kak hawa.

Wednesday, January 16, 2013

#WW 16# Lomo_Ku. =D

bismillahirrahmanirrahim..

Yeahhhh!!!
YeeHaaaaaaa!!

tadaaaaa
.
.
.
.


jeng..jeng..jengggg... 

.
.
.


waterproof 35mm camera with 1 free film

.
.
.


detachable waterproof casing

.
.
.


without the waterproof casing


yezzaa..!!
akhirnya..dapay jugak kamera Lomo sebijik!
heeeee senyum sampai ke telinga
>_____________<
okeh, walaupon kamera ni masih guna filem (kodak), 
kamera manual( lepas ambil gambar,
 manual pusing roll untuk filem seterusnya),
 tak guna bateri, kecik sahaja saiz nya,
aku tetap puas hati..
hehe.

Alhamdu lillah.


katahatiku 1: senyum gembira! hehehehe..
katahatiku 2: kembali ke zaman dahulu...! inysa Allah, aku akan post gambar setelah aku cuci filem nanti. Tungguuuuu~.

Monday, January 14, 2013

sebak..kawan accident..

assalamualaikum.

alhamdu lillah,
selesai sudah bacaan yassin tadi.
ku hadiah kan kebaikan dari bacaan yassin sebentar tadi kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW , ahli keluarganya, para sahabatnya. 
tak lupa juga kepada kedua ibu bapa ku.
dan terutama kepada
Muhammad Shahmi Bin Marsahid 
rakan seperjuangan ku
dalam perjuangan bersama dan bersatu ini.

hanya kawan biasa, tapi bila aku terima pesanan ringkas mengenai kemalangan dan kecederaan yang dihadapi..

Innalillahi Waina Illahi Rajiuun..

serius, sebak rasanya...bagaikan merasai penderitaan yang dialami..

Ya, Allah...
permudahkan lah urusan sahabatku di sana..
aku hanya mampu berdoa kepadamu
berikanlah nikmat kesejahteraan kepada rakan ku ini
kuatkan lah semangat beliau, kedua ibu bapa nya dan ahli keluarga nya..

Muhammad Shahmi Bin Marsahid,
sila bertahan!
dan semoga cepat sembuh!

AMINnn..


butiran pesanan ringkas yang diterima tadi..

ASSALAMU √ĀLAIKUM

DENGAN PERKENAN YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH,
SEMUA AHLI PSSCM-CJDT DIKEHENDAKI MENGADAKAN MAJLIS BACAAN YAA SIIN UNTUK HAJAT BEROLEH KESELAMATAN & KESIHATAN KEPADA TENAGA PENGAJAR / PEMBANTU JURULATIH SAUDARA MUHAMMAD SHAHMI BIN MARSHAHID MENGALAMI KECEDERAAN PARAH
(KEMALANGAN KERETA DI JALAN SKUDAI BERDEKATAN FLY-OVER JALAN PONTIAN-UTM) PULANG MENGAJAR DARI KELAS LATIHAN UTHM, PARIT RAJA, BATU PAHAT SELEPAS TENGAH MALAM TADI.

KECEDERAAN:
PATAH TULANG PINGGUL (DISLOCATED PELVIS),
PENDARAHAN DALAMAN (ABDOMEN),
KECEDERAAN KEDUA-DUA KAKI:
TULANG BETIS KANAN PATAH,
TULANG BETIS KIRI REMUK.

BELIAU DIMASUKKAN KE WAD BARAT 2 ORTHOPEDIK, HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU.


katahatiku 1: sebak..dan sebak..huhuhu..

Thursday, January 10, 2013

fading flower - YUNA

bismillahirrahmanirrahim


FADING FLOWER
by
YUNALIS ZARAI


You got that walk walk walk
Got that talk talk talk
Got that swagger-er-er
Such a glamor-or-or

You're like a real life doll
With your hand that falls
Like niagara-a-a
But that don't matter-er-er
Cause that don't change the fact 
That your heart is black

You can't tear me down
Beat me to the ground
Try to block my sunshine 
My blue skies with your clouds
And who do you think you are
Yeah that won't get you far
You may think you\'re pretty 
But you'll see that beauty 
Is a fading flower

Fading flow-ow-ow-ower
Fading flow-ow-ow-ower

You'll only play play play
If you get your way always
In the center-er-er
Of attentio-io-ion

All the lying 
And the cheating
The mistreating
How you even sleep at ni-igh-igh-ight
Blows my mi-i-i-ind

I wonder when you'll see
That you don't bother me

So you can't tear me down
Beat me to the ground
Try to block my sunshine,
My blue skies with your clouds
And who do you think you are
Yeah that won't get you far
You may think you're pretty 
But you'll see that beauty 
Is a fading flower

Fading flow-ow-ow-ower
Fading flow-ow-ow-ower

I spent all of my youth
Trying to be you
Thought that you were special
That you were beautiful
But the more of you I see
The more I'm glad I'm me

Cause you can't tear me down
Beat me to the ground
Try to block my sunshine
My blue skies with your clouds
And who do you think you are
Yeah that won't get you far (that won't get you far)
You may think you're pretty 
But you'll see that beauty 
Is a fading flower

Fading flow-ow-ow-ower (fading flower)
Fading flow-ow-ow-ower (fading flower)

Yunalis Zarai. 

katahatiku 1: dia memang hebat! beliau yang sedang mencipta nama di luar negara. semoga berjaya !!
katahatiku 2: suka semua lagu2 beliau..hehee
katahatiku 3: fading flower yang menjadi 'caller ringtone' telefon bimbitku pada masa kini. hee =D

mimpi dan ayah

Assalamualaikum


 mimpi malam tadi,
 kalau boleh aku tidak mahu bermimpi seperti itu lagi.
cukup hanya sekali.kerna aku tidak tahu aku mampu untuk menghadapi saat itu.

mimpi malam tadi,
ketika aku sedang mengikuti satu program di luar kampus ku,
pada malam hari itu
sedang duduk bersila bersama peserta yang lain,
datang seorang wanita berumur, memanggil nama ku.
siapakan nur amaliana, di manakah nur amalina ??

aku terdiam, tersentak. siapakah beliau itu ? aku tidak pernak kenal akan nya,
muka beliau pon aku tidak cam. dan tiba-tiba memanggil nama ku sekuat hatinya.
aku berdiri, dan menyahut panggilan beliau.
beliau bertanya kepada ku.
tahukan bahawa ayah ku telah meninggal dunia hari ini ?

Astaghfirullahalazim.
 Innalillahiwainnailaihirojiun..
 T___T

air mata ku laju berguguran jatuh ke bumi.
dengan segera aku mengikuti wanita itu.balik ke hostel dan mengemas barang2 ku untuk pulang ke rumah.
dalam perjalanan ke rumah,
hanya berbekal kan berjalan kaki
aku tertemu dengan rakan silat, ahmad faiz dan rakan2.
dan tiba-tiba

kringgg...kringggg..!
telefon bimbit ku berbunyi..
ada panggilan dari ibu ku.
aku terus bangon dan berdehem sekejap..
mengawal suara yang baru bangun tidur.
hahaha..

sampai situ jer mimpi aku..cerita yang tergantung..
tapi harap2 ia tidak menjadi kenyataan.
mimpi...mimpi..
haha..


katahatiku 1: mimpi semata-mata..tiada kaitan dengan yang hidup atu telah meninggal dunia.
katahatiku 2: mimpi itu hanyalah sekadar mainan tidur. hee.

Wednesday, January 9, 2013

#WW 15# :Harga Sekeping Gambar

bismillahirrahmanirrahim.


A picture is worth a thousand words.

pernah dengar tak pepatah Inggeris ni..??
aku sangat bersetuju dengan ni.
sekeping gambar mempunyai pelbagai makna di sebalik nya.
 >__<

okeh.itu je nak cakap.
daaa~

kamera Holga

Monday, January 7, 2013

budak kecil mata bulat o_o

assalamualaikum


apa khabar sahabat alam maya sekalian..
wah..waaahhh!
rindu la rasanya..tetibe
hahahha..
cam senget saja..sebenarnya rindu nak update blog ini.. dua, tiga hari ini banyak sangat yang berlaku..
setiap hari ada sahaja aktiviti nya.
dan bila hari ini tak membuat apa-apa..
tetiba rasa bosan, dan rindu nak menjenguk blog aku ini.

jom2..hari ini aku nak cerita pasal budak kecil mata bulat ini.

Nur Iman Damia bt Mohd Haniff

tengok lah itu...amboi berposing sakan naa..hahaha..
damia ni baru berumur 8,9 bulan..tak sampai setahun lagi.
merangkak pon tak pandai lagi.sekarang baru belajar nk duduk dan merangkak.

rindu damia..!

daaaa~


katahatiku 1: insyaAllah, aku akan update gambar semasa cukur jambul damia di rumah secepat mungkin. hee :D

Friday, January 4, 2013

kisah iblis 2

assalamualaikum..


jom sambung kisah iblis yang lalu..

Apabila benteng pertahanan dan kekuatan manusia telah runtuh maka syaitan akan kembali menjadi teman karibnya sebagaimana firman Allah dalam ayat 19 surah al-Mujaadalah, “Mereka telah dikuasai (diperintah) oleh syaitan, lalu dia melupakan mereka (dari) mengingat Allah. Mereka itulah golongan (pengikut) syaitan. Ingatlah bahawa pengikut syaitan itu orang merugi”

Inilah kandungan maksud yang dibayangkan oleh al-Quran yang menyatakan: Iblis menjawab: “Disebabkan Engkau menyesatkanku, maka aku akan duduk (mengintip) mereka atas jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku datang kepada mereka (memperdayakan) dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. (Sehingga) kebanyakan mereka, tiada berterima kasih kepada Engkau” (al-A’raf: 16-17).

Kesungguhan iblis dalam menyesatkan anak Adam memang sangat jelas melalui ayat ini. Kekerapan gangguan yang anda lalui juga ada kemiripan kepada penyakit was-was, penyakit yang sangat bahaya, serta makan masa untuk dipulihkan.

Dalam hal ini Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu menghasut anak Adam dengan berbagai cara. Lalu (pertamanya) ia menghasut melalui jalan agama Islam itu sendiri dengan berkata: Apakah kamu menganut Islam dan meninggalkan agamamu dan agama nenek moyangmu? Anak Adam enggan mengikutinya dan tetap berpegang dengan Islam. Kemudian dia menghasut pula di jalan hijrah, lalu dia berkata: Adakah anda ingin berhijrah meninggalkan tanah air dan kampung halaman? Lalu anak Adam mengingkarinya dan tetap berhijrah. Kemudian syaitan menghasut pula di jalan jihad dengan berkata: “Adakah engkau ingin sedangkan jihad itu membinasakan jiwa dan harta benda engkau, kemudian engkau berperang lalu engkau dibunuh, kemudian isteri engkau dikahwini orang dan harta kekayaan engkau dibahagi-bahagikan. Lalu anak Adam tetap mengingkari syaitan dan terus berjihad.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Maka sesiapa yang bersikap demikian kemudian ia mati maka adalah hak Allah SWT memasukkannya ke dalam syurga”. (riwayat al-Nasa’i)....

~tamat~


katahatiku 1: sekadar renungan bersama...

Tuesday, January 1, 2013

hari pertama tahun 2013

bismillahirrahmanirrahim..

owh..owh..OWHHhh...

hari ni dah masuk 2013..!
ohh mannnn!!
aku masih belum bersedia menempuh tahun baru nih..
cam boleh putarkan semula masa je kann..
hahahaha

alkisahhh...
nak ulangkaji semula aktiviti menarik sepanjang 2012 memang malas laa kan..haha
tak da masa nak taip menaip panjang lebar..
tak da masa.
jadi
hari ni
aku nak secepat mungkin 
berkongsi dengan korang pasal pengalaman aku sempana hari pertama dalam tahun 2013 ini..
macam ada orang je nak baca kan..
haha

pagi tadi 
aku, irshad a.k.a abang long, faiz, puyuh, faiz dan afiq
(rakan-rakan silat)
menaiki van kuning irshad
bersarapan di luar.
pertama kali dengan mereka..
haha

van kuning itu  :D


pelik, tapi masih nak ikut.
sebab perut dah meragam-ragam sangat minta di isi sesuatu.
dan selepas itu kami melencong ke teluk cempedak..
best jugak berada di TC ini pada pagi hari..
sejuk dan nyaman..
hee

okeh.itu sahaja update untuk hari ini..

1.1.2013

welcom to 2013!!
oyeahhh..





kisah iblis..

bismillahirrahmanirrahim


...HAKIKAT IBLIS..


Iblis adalah dari api yang tiada sujud. Sentiasa berdiri tidak tunduk. Dan Azazil adalah 'bapa' mereka. Azazil inilah yang menjadi abid, sembah sujud pada ALLAH hinggakan tiada tempat melainkan ada tanda sujudnya azazil. Azazil jugalah memegang keilmuan yang paling banyak sekali. Sehingga menganggap diri setapak di bawah tuhan. Sehinggalah pada satu saat, azazil tidak mengetahui SIR ALLAH, maka perancangan ALLAH, melempar AZAZIL ke bumi menjadi IBLIS dan tiap IBLIS, berlari-lari dalam tubuh badan anak adam. Ya, makin banyak kita ketahui, makin tinggi ego kita. Makin ego, makin kita hampiri Azazil.


Salah satu cara itu membasmi itu adalah, kembali ke maqam HAMBA yakni menjadi sebagaimana rasullullah. Yakni, NABI MUHAMMAD tidak MEMILIKI ILMU tapi beliau seorang yang berilmu. Baginda tidak mendabik dada dan sentiasa pulangkan ilmu itu pada ALLAH.

Rata-rata dari kita, berasa memiliki ilmu. Dan ijazah yang kita pegang menjadi bukti bahawa kita memiliki ilmu itu. Dan tahukah kita, berapa ramai yang menjadi 'iblis' kerana itu sahaja? Mereka berasa berilmu sedangkan ilmu itu milik ALLAH. Dan kita di pinjamkan sekadar seketika untuk mengetahui sesuatu.

 Kalimah: Laa haula walaa quwwata illa billahi.


Tidak ada daya untuk mengelakkan diri dari bahaya kesalahan dan tidak ada kekuatan untuk berbuat amal kebaikan kecuali dengan bantuan pertolongan Allah dan kurnia rahmatNya semata-mata.

Firman Allah: "Katakanlah: Hanya kerana merasakan kurnia rahmat Allahlah kamu boleh bergembira, dan itulah yang terlebih baik bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulkan sendiri." (Yunus: 58)

Sekiranya bersandar pada amal usaha itu bererti lupa pada kurnia rahmat Allah yang memberi taufiq, hidayah kepadanya yang akhirnya ia pasti ujub, sombong dan merasa sempurna diri. Sebagaimana yang terjadi kepada iblis ketika diperintah bersujud kepada Adam, ia berkata "Aku lebih baik dari dia (Adam)"

Dan telah terjadi kepada Qaarun ia berkata: "Sesungguhnya aku mendapat kekayaan ini kerana ilmuku semata-mata" (Al-Qasas:78)

Apabila kita dilarang menyekutukan Allah dengan berhala, batu, kayu, pohon, binatang dan manusia, maka janganlah menyekutukan Allah dengan kekuatan diri sendiri, seolah-olah merasa sudah cukup kuat dan dapat berdiri sendiri tanpa pertolongan Allah, tanpa rahmat taufiq hidayah dan kurnia Allah.


akan bersambung..


katahatiku 1: 'copy paste'.
katahatiku 2: untuk renungan kita semua..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...