Pages

Saturday, December 29, 2012

kena marah.. ;(

assalamualaikum.


alkisah suatu petang..
aku di marahi oleh abangku
kena marah.
salah aku jugak..
membelakangi dia, membuat keputusan sendiri..
pada muka aku.
hadui..
sobs..sobs..

tapi tak apa..
fikir dari sudut positif.
sekurang-kurang nya ada orang untuk memarahi aku.
ada abang.

orang lain yang tiada abang..
tiada sesiapa yang mengambil berat pasal mereka..
tiada sesiapa yang melihat dan memikirkan pasal mereka.
dan akhirnya mereka terus berada dalam kesesatan
kesesatan yang mereka fikir adalah jalan terbaik untuk mereka
malangnya mereka silap

bersyukurlah..
alhamdu lillah
...alhamdu lillah..
......alhamdu lillah.....

katahatiku 1: iyup..memang sakit rasanya bila dimarahi..tapi setiap perkara ada hikmahnya..
katahatiku 2: bersabarlah wahai hati..bersabarlah..
katahatiku 3: aku budak kuat!

Thursday, December 27, 2012

kisah perut aku..

bismillahirrahmanirrahim

sejak dua menjak ini
perut tak sesedap selalu
makan tak selaju seperti dulu
apa dah jadi..
apa dah jadi..

perut..kenapa sebegitu rupa
selera makan..mana kau pergi
aku mahu aku yang dahulu
makan segala yang ada
menolak hanya batu dan kayu

tolong la pulang..
tolong laa pulang..
aku memerlukan kamu.
sungguh..
aku tidak menipu..

aku sangat memerlukan kamu..
please.
sobs..sobs..sobs..



katahatiku 1 : perut rasa lapar..tapi diri tak lalu nk makan..waaaaa! kenapa nihhh!! =.="

Wednesday, December 19, 2012

#WW14# : Lomoo~

assalamualaikum



 LOMO AQUA waterproof camera

♥ Waterproof 35mm camera (including casing)
♥ Focus free, 28mm f/9.0 Picture taking lens
♥ Easy film loading system
♥ Thumb-wheel film advance system
♥ Wrist strap included, detachable waterproof casing
♥ Easy carry for beach and water activities


cam best kalau ada kamera ni.
hehe

nak satu...!!!

katahatiku 1: dah lama tak keluar kan entri wordless wednesday (WW) ...hihi 

tatkala orang lain tidur..

assalamualaikum


atas meja


secawan nescafe,
sebuah lampu meja,sebatang pen,
sebuah buku nota, sebiji lappy kesayangan

tatkala orang lain sedang tidur,
hanya bertemankan barang2 di atas,
aku meneruskan perjuangan.
bertahann!
dan
terus berjuang!

aku boleh!!

Monday, December 17, 2012

Macammana Gaza bang?

bismillahirrahmanirrahim

KATA AFDLIN SHAUKI...


Ramai yg bertanya kepada aku "Macammana Gaza bang?" Dan aku sedar yang aku terpinga pinga nak menjawab soalan itu. Nak kata "Ok", aku dah tengok kehancuran di sana. Nak kata "Tak Ok" aku dah bertemu dengan orang orang yang paling berani, paling peramah, paling mesra, paling bertaqwa, pendek kata orang paling indah di d
unia. Mereka sentiasa tersenyum apabila menyambut kita setiap kali kita bersua muka dan tak perlulah kita tanya samaada senyum mereka ikhlas atau tidak kerana tidak ada kesinisan di jiwa mereka. Raut wajah mereka membayangkan satu ketenangan yang sangat saya rindui. Ketenangan yg terpapar di seluruh Gaza. Walaupun serpihan bom merata rata, aku rasa seperti seorang anak kecil yg di jaga oleh ibunya. Selamat dan di sayangi. Hidup mereka hanya untuk mencari keredhaan Allah, untuk dekat dengannya. Walaupun begitu mereka bukan sahaja duduk di masjid masjid, mereka aktif di kota yg mereka cintai, sentiasa berusaha memperbaiki keadaan ekonomi palestine, memperbaiki kehidupan rakyat palestin. Sesungguhnya pada ketika ini mereka tak ada masa depan, jika kita mengikuti ukuran kejayaan kehidupan kita di Malaysia. Tapi mata ku tidak melihat seperti dulu. Aku cakap pada isteriku setiba aku kembali ke negara yang aku cinta ini, Mata aku dah lain, telingaku dah lain, lidahku dah lain dan hatiku dah lain. Aku melihat benda yg sama tapi aku tak nampak benda yang sama lagi. Apa guna kejayaan dan kekayaan jika tak ada Allah di sisi kita. Pada masa yg sama kejayaan kita akan lebih bermakna dan di berkati jika Dia bersama di sisi. Aku bukan orang alim, aku tak boleh nak quote ayat ayat quran untuk mengajar tetapi sekarang keredhaan dan keimanan yg aku cari dan akan terus aku perolehi. Kalau orang Palestin boleh sentiasa bersifat positif walaupun ditindas dan di tekan oleh israel, Aku pun mahu jadi positif mencari kebaikan dlm sesama umatku, aku akan buat yg terbaik untuk menghabiskan saki baki hidup aku sebagai seorang yg sentiasa membuat kebaikan untuk sesama saudaranya dan paling utama mendapat keredhaan Allah. Kita bantu rakyat kita yg memerlukan kerana sini bantuan boleh di hantar dgn segera dan ramai yang boleh melakukannya akan tetapi Palestin akan menjadi perjuangan jangka masa panjang aku. Seperti sahabatku sebelum ini aku pun dah jatuh cinta dgn bumi itu dan org orgnya. Insyaa allah aku akan kembali ke bumi barakah itu tak lama lagi. Aku Afdlin Shauki. Aku masih lagi anak seni. Aku masih akan menghiburkan selagi termampu, tetapi seniku bukan kosong, seniku mungkin bukan untuk semua tetapi seniku akan ada kebaikan untuk masyarakat dan manusia sejagat.




"Aku bukan orang alim, aku tak boleh nak quote ayat ayat quran untuk mengajar tetapi
 sekarang keredhaan dan keimanan yg aku cari
 dan akan terus aku perolehi "



katahatiku 1: 'copypaste' dari mukabuku.
katahatiku 2: kadang2 kita pon perlu berfikir...
katahatiku 3: semoga Allah melindungi saudara Islam ku di sana. Aminn. 

Sunday, December 16, 2012

jalan2..ngee +_+

assalamualaikum





suatu petang
bosan dalam bilik
jalan2 sekitar kampus
dan
TErnaik bas
aku, fazir dan rapid kuantan
hihihi

gambang--> permatang badak--> terminal makmur





katahatiku 1: kerja2 gila..haha
katahatiku 2: selamat tak ternaik bas ke kuala Lumpur..hahaha *kerja lagi2 gila* hahaha =


Friday, December 14, 2012

FYP II

bismillahirrahmanirrahim


report FYP II


hampir seminggu sepasang mata ini hanya tertutup selepas subuh
mata yang bagaikan mata panda 
masa yang bagaikan tidak 
cukup 24jam sehari
mata penat melihat result spss
otak  penat memikirkan analisa
SPSS yang bagaikan kawan baik baru kenal
dan hati gelisah menghtung detik demi detik yang berlalu

dan akhirnya siap juga..!

 Final Year Project Report II
Isnin, 10 Disember 2012, 
0905 am, Fakulti Teknologi,
Universiti Malaysia Pahang Kmpus Gambang.

katahatiku 1: dan selepas hantar, aku terus tidur tidak lupakan segalanya sehingga keesokan harinya..fuhh..dasyat lahh..penangan tidur tidak menentu untuk seminggu itu.
katahatiku 2: alhamdu lilah, siap juga..tapi masih banyak yang perlu dibaik pulih..
katahatiku 3: usaha untuk membetulkan apa yang perlu di betulkan. huhuuuu..berjuangggg!! 

tolong LAa!

assalamualaikum


F.Y.P II

awal pagi aku ikut seorang rakan sekelas aku jumpa SV (supervisor) utk fyp dia.
tujuan nya untuk aku mendapat penerangan, penjelasan berkenaan dengan aku punye 'discussion' dalam laporan thesis aku.

tunggu hampir setengah jam untuk berjumpa Dr.RD..lepas tu aku tak boleh masuk bersama dengan rakan aku.Dr lebih suka jumpa seorang demi seorang. ok,sedikit terkecil hati di situ.
aku cuma nak tanya 1 soalan sahaja..apalah salahnya biarkan aku masuk sekali. sobs..sobs.. ='(

apabila tiba giliran aku, Dr mencadangkan kepada aku untuk berjumpa dengan Miss.Hz ataupon En. Nz..adoyai..disebabkan oleh Dr.Rd tidak berani untuk memberi pandangan kerana tidak mahir dalam bidang ini..dan sekali lagi..sobs..sobs..

sku menghantar pesanan ringkas kepada SV aku bertanyakan mengenai laporan thesis FYP yang telah di hantar Isnin yang lalu.. dan beliau menyatakan beliau masih lagi dalam proses membaca & menyemak thesis2 berkenaan.
kemudian,
aku menghantar pesanan ringkas kepada Miss.Hz dan ternyata beliau agak busy pada hari ini (khamis) , jadi beliau mencadangkan aku berjumpa dengan nya pada esok hari (jumaat). okeh..untuk kali keduanya..sobs..sobs..

dan usaha aku untuk hari itu, agak tidak membuah kan hasil..rasa terkilan..sedih..dan susah hati..
rasa nak nangis sekuat hati...

sampai di bilik, aku terus menghempaskan diri di atas katil..dan berusaha untuk memadam kan api kemarahan dan kekecewaan yang melanda diri ini..
sekian..

~TAMAT~

tolong laaa..

katahatiku 1: mottif aku bercerita ....??? entah.kali ini aku pon tak tahu..haha..rasa macam nak share, tapi tak tau dengan siapa..jadi di sinilah aku bercerita..
katahatiku 2: tinggal 1 bulan untuk bergelar sebagai pelajar di kampus ini..tak lama lagi akan berpraktikal..
katahatiku 3 : entri kali ini, entah apa-apa laa..so, lau tak suka@ tak paham, abaikan ea.tQ. haha =D





insan itu aku..

bismillahirrahmanirrahim





aku
dan
PSSCMUMP

tarikh : tak ingat laa..hihi
program : demonstrasi seni bela diri UMP 2012
lokasi gambar : cer teka..cer teka..hahaha =D


katahatiku 1: macho tak...? kikiki =P

Monday, December 10, 2012

apakahhh ???

assalamualaikum


kajang-dalam van-hujan lebat..


hurmm..apakah ?
apakahhhh??

hahaha..kalau ditanya apa maksud tulisan2 cina itu.
aku kompem tak dapat nak jawab..blaja mandarin pon tunggang terbalik semasa sem2 yang lepas.
hihihih

tapi kalau perasan ada tulisan jawi pada banggunan itu..
cuba tengok betol2..


Saturday, December 8, 2012

kenali perempuan...

bismillahirrahmanirrahim


P.E.R.E.M.P.U.A.N

Perempuan cepat sayang,
Perempuan cepat rindu,
Perempuan cepat cemburu,
Perempuan cepat sedih,
Perempuan cepat merajuk,
Perempuan cepat marah,
Perempuan cepat senyum,

Tapi Perempuan TIDAK CEPAT melupakan orang yang dia sayang..


♥ ♥
 
Animasi Wanita Berjilbab Koleksi Gambar Kartun Kumpulan Gambar
 
katahatiku 1 : 'copypaste' dari mukabuku.. hihi

 
 
 
 
 

Friday, December 7, 2012

aku budak hebat!

bismillahirrahmanirahim







sunyi sepi..
awal pagi depan laptop
jari jemari menari di atas papan kekunci laptop
melengkapkan ayat2 yang perlu di buku kan 
dan dihantar siang nanti.

final year project 2 !





Wednesday, December 5, 2012

budak2 project! @.@

assalamualaikum


jkr..pulau pinang..

kami
pelajar tahun 4 sem 7 
 kos pengurusan project dengan kepujian
universiti malaysia pahang

bakal "project manager " yang berjaya...!

katahatiku 1: semoga berjaya dengan projek korang! caiyooo3!!! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...