Pages

Monday, May 7, 2012

hari ini Pahang cuti...

assalamualaikum..

walaupon sekarang sudah petang..kalau di kutkan waktu pejabat, semua pekerja dah balik rumah kerajaan laa 
tapi aku tetap nak tulis jugak..hahaha.. hari ini hari isnin..sepatut nya, di ikutkan kerajaan Malaysia , hari ini hari berkerja, hari persekolahan..tapi kali ini negeri Pahang lain sikit..hari ini, semua rakyat negeri Pahang bercuti..hehe..oyeahhh!! dapat cuti pada hari Isnin memang terbaik laa..siapa ajer yang tak nak bercuti hari Isnin. memang pelik..sangat pelik! hahaha..

hari ini ialah Hari Hol Negeri Pahang..

Apa itu Hari Hol Negeri Pahang?
Kamus Dewan mendefinisikan bahawa Hol bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali. Dalam konteks ini, Hari Hol Negeri Pahang merupakan hari memperingati kemangkatan keluarga diraja di negeri ini. Hari Hol diisytiharkan sebagai cuti umum di Pahang bermula tahun 1974 bagi memperingati kemangkatan Sultan Pahang keempat, Al Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al - Mu'adzam Shah Ibni Al Marhum Al Mutassim Billah Sultan Abdullah iaitu ayahanda Sultan Ahmad Shah yang masih bertakhta pada hari ini. Serentak dengan hari pemakaman Al Marhum Sultan Abu Bakar itu, semua Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan dan swasta diarah bercuti selama sehari.
Al Marhum Tuanku Raja Berjiwa Rakyat. BAPA PENCETUS KEMODENAN PAHANG..
Al Fatihah.
gambar- gambar Sultan Pahang yang bermula dari keturunan Bendahara Wan Ahmad.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah

 katahatiku 1: negeri pahang tanah air ku..
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...