Pages

Thursday, May 31, 2012

sekali lagi.. T.T

assalamualaikum..

hari ini aku sekali lagi gagal..
gagal untuk merancang yang terbaik untuk diriku..
gagal untuk mengawal keadaan sekeliling diriku
gagal untuk mengawal emosi ku
gagal untuk mengawal amarah dalam diriku
gagal untuk mengusir anasir2 yang nyata dan tidak nyata di sekitar ku
gagal untuk mempositifkan diriku
dan
gagal untuk menahan air mata ku daripada gugur

GAGAL!


katahatiku 1: kita perlu berani untuk gagal!



Wednesday, May 30, 2012

# WW 12# : MINI cute!!

bismillahirrahmanirrahim..


my passion..

presenting...!!

tadaa....!!

MINI COOPER




macho nye! i loike..!! haha

terbaik lah!! terapung di atas air..

unik

sila pilih yang mana satu pilihan hati

arghhhhh!! ini memang chomel! hehe.. nak satuuuu!!

 facebook MINI Cooper


katahatiku 1: perghhhhhh!! suka..suka...dan suka sangattttt mini cooper!! ngeee =))
katahatiku 2: ngidam satu! hahaha..walaupon tak dapat nak beli..nak drive sendiri..dapat duduk kat tempat duduk sebelah driver pon jadi la..please..please..please... haha =D
katahatiku 3: sumber gambar dari mukabuku.hehe

untuk kamo...

bismillahirrahmanirrahim

entri ini untuk kamo..
kamo yang berada di luar sana..
kamo yang rasa kamo lah orangnya.
dan hanya untuk kamo..

 


katahatiku 1:  saya sayang awak..dan sangat sayang awak..! =)
katahatiku 2: rindu untuk berjalan di sebelah kamo lagi..

arghhhhh!!!!! T.T

assalamualaikum



arggggggggggghhhhhhhhhhh!!!!!
nak jerit kuat2 boleh tak??
biar semua orang dengar..
T.T

tarik nafas dalam2...
innnnn....
*tahan..tahan...*
 hembus perlahan2..
fuuuhhhhhh....

 tenangkan fikiran..positifkan diri..bertenang..bertenang...
  
zaman ketensionan betol laaa...adoyaiii...kena desak sana..desak sini..bila mintak , tak bagi2. habis, macam mana nak aku siapkan kerja ni..dah masuk study week..study pon baru berapa kerat jer..carry mark pula hampehh..hampasgass betol..lau nak score dari carry mark..hurmmm..macam tak da harapan jelaa..
kesimpulan nya, lau nak score final exam ni..kena duk pulun habis masa jawab periksa nanti..
huhuhuhu....T.T. 

hanya DIA yang maha mengetahui.. sabar2..iklaskan hati..buat kerja biar iklas nur amalina..
jangan jadi macam budak2 sangat..umor pon dah 20 ++..sedar diri sikit..fikirkan positif.. oyeahhhh!! kecik punya hal jelaa tuh. semoga Allah mempermudahkan urusan ku. Aminn...

sudah2..jangan nak berEmo-emo sangat..pergi setadi lar nur amalina..setadi..setadi..!! g baca buku..!!!


katahatiku 1: tension..! sabar jelaa..





Monday, May 28, 2012

Kembara cuti MidSeM #siri 5#

bismillahirrahmanirrahim

SELASA (3 april 2012)
hari terakhir kembara pertama cuti Midsem.

kalau di ikutkan perancangan awal, pada pagi selasa ini, kami akan ke Ulu Yam..beriadah di sana..sambil bermandi manda air terjun serta berkelah di sana..tapi di sebabkan beberapa halangan, kami batalkan misi kami pada pagi itu..huuhuuu..mungkin boleh jadi misi untuk cuti seterusnya pula..hihi XD

jadi sepatutnya aku dan Yani akan pulang ke universiti.Yani dengan program yang akan datang, perlu mencari maklumat dan sebagainya,,aku pula kerana pada hari khamis perlu meghadiri taklimat dan bertolak pada malam nya ke progam ke-2 untuk cuti midsem ini..tetapi aku pula menukar perancangan..tetiba rindu pula pada bonda dan ayahanda di rumah..jadi, tekad kan diri untuk pulang berjumpa mereka sebentar..hehe..

tamat kembara program pertama aku untuk cuti Midsem ini..
kembara yang kedua..akan aku rajin2 kan diri secepat mungkin menaip2 di sini  untuk di kongsi bersama...

tatatatatata....



katahatiku 1: sangat2 best! 
katahatiku 2: tunggu untuk kembara yang kedua pula ea...daaa~
katahatiku 3: the end of the kembara cuti midsem..~

Saturday, May 26, 2012

baca dan fahami. =)

assalamualaikum.

Zaman sekarang masa berlalu dengan cepat.. pejam celik pejam celik..1minit..1 jam..1 hari..1 minggu..1tahun..kebanyakan kita mengejar kerjaya dan kejayaan di dunia ini..sehingga mengabaikan sesuatu yang penting harus kita miliki untuk menjadi bekalan di akhirat nanti..
sudah bersediakah kita untuk menempuh alam akhirat..?
sudah cukupkah amalan kita ? kita lihat perkara yang paling asas..solat 5 waktu sehari semalam..
zaman ini , di mana2 pon kita boleh lihat orang solat...dan juga orang yang mengabaikan solat mereka..
sedangkan solat itu adalah tiang agama! apa yang mereka fikirkan? demi mengejar kehidupan duniawi yang tidak kekal ini , mereka sanggup mengabai kan perintah Allah yang Maha Esa.layakkah kita untuk melawan kekuasaanNya..? Subhanallah..insaflah wahai manusia sekalian..semoga dirimu dikurnia kan Hidayah oleh Allah untuk kembali ke jalan yang benar..Ameen..


baca dan hayati.
katahatiku 1: insaf2..memotivasi diri sendiri..
katahatiku 2: sama2 kita renungkan apa yang telah kita lakukan..
katahatiku 3: belajar menjadi seorang insan. Allahuakbar!

Friday, May 25, 2012

selesai..!!! yeehaaaa! :D

bismillahirrahmanirrahim

alhamdu lillah..
alhamdu lillah..
=)

selesai sudah..!!  
bahagia nya rasa pada ketika dan saat ini.
alhamdu lillah, presentation FYP a.k.a. PSM 
aku dah selesai.
selama 12 minggu bertungkus-lumus..
12 minggu tidur tak tentu hala.
12 minggu hati tak tenang
12 minggu hati  kering je bile baca jurnal2
12 minggu asyik kena tegur + perli oleh Mr.supervisor lam kelas
12 minggu ketensionan melanda diri ini..

dan dalam satu hari..25 Mei 2012..20-30 minit..
semua perasaan yang melibatkan 12 minggu itu hilang..
tak dapat nak gambarkan perasaan ini..

fuhhhh..!!
serius..lega nya..
hahahah
=D

tadaaaa!! mempersembahkan.. hehe .

tajuk research..hoho..

muka2 bahagia selepas habis present. lalalala :D

katahatiku 1: tips- sentiasa yakin anda boleh!! ;)
katahatiku 2: dah boleh fokus pada final exam..hehe
katahatiku 3: terima kasih panel , Mr. Ridzuan n Miss Haizan =).

Monday, May 21, 2012

It's not easy to be me...

assalamualaikumm


IT'S NOT EASY TO BE ME
by : Five for Fighting


I can't stand to fly
I'm not that naive
I'm just out to find
The better part of me

I'm more than a bird, I'm more than a plane
I'm more than some pretty face beside a train
And it's not easy to be me

Wish that I could cry
Fall upon my knees
Find a way to lie
About a home I'll never see

It may sound absurd, but don't be naive
Even heroes have the right to bleed
I may be disturbed, but won't you concede
Even heroes have the right to dream
It's not easy to be me

Up, up and away, away from me
It's all right, you can all sleep sound tonight
I'm not crazy, or anything

I can't stand to fly
I'm not that naive
Men weren't meant to ride
With clouds between their knees

I'm only a man in a silly red sheet
Digging for kryptonite on this one way street
Only a man in a funny red sheet
Looking for special things inside of me
Inside of me
Inside me
Yeah, inside me
Inside of me

I'm only a man
In a funny red sheet
I'm only a man
Looking for a dream

I'm only a man
In a funny red sheet
And it's not easy

penyanyi Five for Fighting


katahatiku 1: mengantuk ....
katahatiku 2: siapkan assignment..!!!
katahatiku 3: I'm more than a bird, I'm more than a plane...

HIKMAH SOLAT DI AWAL WAKTU

bismillahirrahmanirrahim.

sekarang  ni perbagai dugaan + cabaran + pancaroba yang membuatkan kita solat di akhir2 waktu..
kadangkala sehingga mengabaikan solat kerana mengejarkan perihal duniawi semata-mata..
mana satu yang lebih penting..?
dimana kah kita akan hidup kekal abadi ?
mengapakah mengejar kehidupan yang sementara ini..?
perlukah semua nya itu..?
  ..........
renung-renungkan..

kenapa kita perlu solat awal waktu..??

Sabda Nabi SAW

سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam


katahatiku 1: sumber dari muka buku..
katahatiku 2: peringatan kepada diriku dan semua orang muslim di luar sana..

Saturday, May 19, 2012

makan-gelak-bersama-bersatu

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdu lillah..

kumpul----> cukup orang, bergeraklah rombongan cik kiah ke restoren My Nasi Dagang--->
ambil order -----> sembang2..lepak2..bahan-membahan orang---->
lapar ----> makan tyme..hahah =D
 
 
 
perut kenyang---> sambung bahan orang-----> fogging(lelaki2 tertentu sahaja..bukan name sebenar
----> sambung sembang2---> gelak2 sakan sampai kejang usus2 dan perut ----->
sambung sembang lagi... hahahha @.@

tengok jam----> bayar makanan---> sambung sembang lagi...
hahaha..
 
 
senget jer..

setelah puas hati gelak sakan dan berjaya menghiburkan hati dan otak yang serabut
---> akhirnya pulang ke hostel masing2..

~tammat~

~bersatu~



katahatiku 1: hehehehehehehe +.+
katahatiku 2: alhamdu lillah..
katahatiku 3: bersama dan bersatu..=)

Wednesday, May 16, 2012

16 mei ada apa???

assalamualaikum..

entri ini di tujukan khas kepada mereka..
hanya kepada mereka..
dan 
ribuan + jutaan terima kaseh di ucapkan kepada mereka di luar sana..
sama ada yang masih hidup@ sudah meninggal dunia..

tanpa mereka , aku bukan aku pada hari ini.




katahatiku 1: alfatihah di hadiahkan kepada mereka.. =)

A thousand Years

assalamualaikum

A Thousand Years
by : Christina Perri
 


Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more
Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What’s standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more
And all along I believed that I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more
One step closer
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more

katahatiku 1: heart best fast...
katahatiku 2: layan lagu sambil karoke..hilangkan menangtok nga siapkan assigment..huhuhu T.T

Tuesday, May 15, 2012

malam tadi...

bismillahirrahmanirrahim


nikmat nya hujan itu..

malam tadi..di bumi gambang..
guruh2..kilat pon ada...hujan tak turun2 lagi waktu itu..
dan bila aku bertekad keluar bilik, dah bersiap2..
waktu itulah hujan turun renyai2..
haha..dugaan2..

Hujan...basah..sejuk...gemuruh..

Hahaha..
semalam memang best!
 Hujan turun dengan lebatnya..menbasahi bumi gambang..tapi, aku dan rakan seperjuangan teruskan jua matlamat kami..untuk pelatih kelas potong , akan diberikan pelari pisau..
pelatih kelas asas, akan diajar buah yang ke 4 dan 5..

 Dan aku sebagai wakil tenaga pengajar wanita dan satu-satunya..
terpaksa menguatkan semangat dan tabah melawan kesejukan 
untuk memberi pelari pisau kepada 
pelatih potong wanita seramai 20 orang..
hohoho..
Memang masyuk laa..tengah2 hujan lebat tu..
sejuk jangan nak tegur la..baju habis basah..
terketar2 tahan sejuk..
Hahaha...
Pengalaman baru yang sangat manis..pelari pisau dan hujan lebat..
Alhamdu lillah, selesai sudah tugasku hujan pon berhenti..hehehe...memang dugaan betul..mungkin ini satu ujian kepada diriku..hehehe..

pesan Abang Leman, mandi malam2 memang tak elok.tapi sebab hujan kan, jadi mandi lah jugak..
nak lagi best, mandi dengan air suam..
tapi kalau tak mampu, sebelum tidur pastikan minum air suam secawan..
itu pon dah ok.

~sekiann~

mandi hujan..hehe..


katahatiku 1: oyeaahhhh!!! puas hati dapat mandi hujan..hehehe
katahatiku 2: hujan itu bukan penyebab untuk kita demam.. =)

Monday, May 14, 2012

tangan versus pistol..??

assalamualaikum..


Buat apa belajar silat?orang tembak pakai pistol je..

-Tak nak la belajar silat..nanti jadi gila,kne buat amalan dan upacara yg pelik2..

Stigma dan persoalan biasa masyarakat bila berbicara tentang silat..samada mereka bercakap atas dasar rs cukup berpengetahuan atau sekadar bersuara utk mengeluarkan isi perut dan pendek akal..

Jika dilihat sejarah perperangan dan zaman kebangkitan orang melayu menetang penjajah,apa cara mereka berjuang?apa cara mereka berperang? Sudah adakah ilmu beladiri asing yg bertapak membuka kelas dan gelanggang utk mengajar orang melayu bertempur pada ketika itu? Sudah sediaadakah senjata api pd setiap diri mereka ketika itu?

Benarkah jahil dan kolot pemikiran dan ilmu nenek moyang kita dahulu sehingga megah seluruh nusantara pemerintahan kesultanan melayu?syirik dan khurafatkah nenek moyang kita dengan ilmu mereka sehingga Islam bertapak dan berkembang maju di tanah melayu? Merdekakah kita hari ini tanpa ilmu-ilmu nenek moyang kita yg kita label dan gelar sebagai mengarut,sesat dan bukan2 itu sedangkan mereka itu terkenal dgn gelaran alim ulama dan wali2 di seluruh nusantara?

Sinisnya pandangan mata kita bila melihat orang bersilat menjunjung warisan budaya bangsa..bertempik sorak orang kita bila beladiri asing membuka langkah mengangkat kaki menunjal kepala..tidak terfikirkah yg disepak tunjal itu kepala siapa?

Fikir semula,ilmu dan pemikiran kitakah yg bijaksana atau ilmu dan budaya warisan bangsa kitakah yg KOLOT & BODOH
 
katahatiku 1:  sama2 kita baca, dan renungkan.. =)
katahatiku 2:  sumber dari mukabuku..

Thursday, May 10, 2012

malam pendekar..! ^.^

assalamualaikum..

program : demonstrasi perhimpunan malam pendekar pesilat seluruh negara
tempat : stadium bola sepak cheras, Kuala Lumpur.
tarikh  : rabu (25 April 2012)
masa : 8-12 malam.

malam pendekar..antara silat2 lain yang hadir, silat lincah malaysia, silat gayung malaysia, silat gayung pusaka, silat cekak malaysia, dan lain2*tak tau  nama nya..huhu*

dan aku hadir sebagai pesilat dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia zon Timur, amat berbangga dengan kehadiran 3000 orang ahli silat cekak yang memenuhi ruang stadium itu..
wow..!
pertama kali ..sangat..dan sangat ramaii...!!


kami dari ump berkonvoi kereta sebanyak 9 buah kereta..bergabung dengan peserta dari UIA, kuantan 3 buah kereta..
jumlah konvoi kami sebanyak 12 buah kereta..
hoho..
pertama kali jugakk berkonvoi dengan begitu banyak kereta..

bertolak dari sini, jam 1 tengahari..berhenti di genting Sepah, solat dan tukar baju..
akhirnya tiba di stadium jam 5petang..
sempat untuk 'rehearsal' sebentar..

malas nak menaip-naip..
jom tengok gambar..
hehe

Silat Warisan Bangsa

sebelum rehearsal..sempat berposing2 ..
peaceee!!
kami pon nak jugak! senyummm. =)

ketika reherasal
aku, jemah dan  adik-adik..=D.


makan tymee!! lapar2..haha
pemakaian tengkolok

~malam..lautan biru 1 ~
l
sebelum ketibaan Datuk Najib..
lautan biru 2 : sedang buat latihan tangan..

cuba cari yang mana satu aku..? hahaha.. =P


lautan biru 3 : sedang dengar taklimat para vip..
Datuk Hj Maideen Kadir Shah (PSSCM)  bersama Datuk Seri Najib Razak

warga ahli silat cekak seramai 3000 orang dari seluruh negara.

setelah selesai progam..sesi beramah mesra sesama ahli. =)

keratan akhbar pada 27april
~kami~

katahatiku 1:gempak laa !! =D
katahatiku 2: sampai di kampus pada pukul 6 pagi ..haha..perjalanan yang sangat dan sangat memenatkan tapi best!!
katahatiku 3: bersama dan bersatu. =)










Monday, May 7, 2012

hari ini Pahang cuti...

assalamualaikum..

walaupon sekarang sudah petang..kalau di kutkan waktu pejabat, semua pekerja dah balik rumah kerajaan laa 
tapi aku tetap nak tulis jugak..hahaha.. hari ini hari isnin..sepatut nya, di ikutkan kerajaan Malaysia , hari ini hari berkerja, hari persekolahan..tapi kali ini negeri Pahang lain sikit..hari ini, semua rakyat negeri Pahang bercuti..hehe..oyeahhh!! dapat cuti pada hari Isnin memang terbaik laa..siapa ajer yang tak nak bercuti hari Isnin. memang pelik..sangat pelik! hahaha..

hari ini ialah Hari Hol Negeri Pahang..

Apa itu Hari Hol Negeri Pahang?
Kamus Dewan mendefinisikan bahawa Hol bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali. Dalam konteks ini, Hari Hol Negeri Pahang merupakan hari memperingati kemangkatan keluarga diraja di negeri ini. Hari Hol diisytiharkan sebagai cuti umum di Pahang bermula tahun 1974 bagi memperingati kemangkatan Sultan Pahang keempat, Al Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al - Mu'adzam Shah Ibni Al Marhum Al Mutassim Billah Sultan Abdullah iaitu ayahanda Sultan Ahmad Shah yang masih bertakhta pada hari ini. Serentak dengan hari pemakaman Al Marhum Sultan Abu Bakar itu, semua Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan dan swasta diarah bercuti selama sehari.
Al Marhum Tuanku Raja Berjiwa Rakyat. BAPA PENCETUS KEMODENAN PAHANG..
Al Fatihah.
gambar- gambar Sultan Pahang yang bermula dari keturunan Bendahara Wan Ahmad.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah

 katahatiku 1: negeri pahang tanah air ku..
 

Kembara cuti MidSeM #siri 4#

bismillahirrahmanirrahim
Isnin (2 april 2012) 
hari keempat pengembaraan aku..
kemuncak hari yang ditunggu-tunggu oleh Dayah..
destinasi kami----> Sunway Pyramid---> Ice skating..!!  yeaahaaaaa!! haha =D 
walaupon kami masih mentah, dan baru lam ber'skating' ni..tapi, jiwa masing2 kental..haha..
teruja nak main punya pasal..semangat! masing2 muka 'excited' nak masuk dan berdiri di atas ice itu..haha..
tapi bila baru menapak satu kaki di atas ice, muka gelabah terpapar di wajah masing2..
hahaha..kelakar2..tangan automatik nak terus mencapai dinding ataupon pegang orang yang ade kat sebelah..walaupon tak kenal, masih pegang jugak.. sebab nak elak daripada jatuh. hehehe..
jatuh..jangan mimpi la pertama kali masuk terus pandai main kann..
haruslah jatuh...terjatuh..berjatuh..menjatuh kan skali member yang ade kat sebelah.hahaha..
waktu ni, lau nak jalan jer confirm..rapat ke dinding..belajar stabil kan diri dulu..lepas dah pusing2 3,4 kali..lepas jatuh banyak kali..lepas hampir terlanggar dengan orang lain sekala sekali..haha..baru lah rasa cam dah boleh gerakkan kaki dan badan dengan stabil..tetiba rasa, berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri..hahaha..@.@

layan gambar...

destinasi kami

cam dah naek 'flight' je kan..hehe..
setelah sampai...ermm..tak tau jalan..sesat2..haha

tadaa...! haha..sempat lagi posing..


kasut aku..kantoi kaki saiz bape sudaa. haha

bersiap sedia untuk memasuki medan peperangan..=D
bersungguh-sungguh..hehehe
posing posing dulu..peace yoo!
kami pon nak jugak! hihi
pasukan biru yang berani..!

pasukan cokelat yang hebat! nak jugak.. haha

selamat tinggal singa..tunggu kemunculan kami lagi ea. 



petang itu, Wani atau lebih mesra dengan panggilan Mok Su oleh kami, terpaksa pulang ke rumah nya lebih awal. perancangan awal kami, malam itu aku, cikMon dan Mok su akan pulang esok hari. lewat petang itu, selepas selesai solat asar d rumah Supik, alaong supik menghantar wani ke KL Central..mengambil train ke Kajang, destinasi rumah kakak nya..
tata wani..selamat tinggal..jumpa di uMp pula..
 jadi, malam itu kami hanya melepak di rumah sahaja..membetulkan urat2 kami yang penat belajar berdiri di atas ais hari ini..hahaha..



 bersambung...


katahatiku 1 : pengalaman baru yang sangat menarik! haha..
katahatiku 2: pengajaran yang dipelajari..kita perlu jatuh berkali2 sebelum berjaya untuk berdiri dan berjalan serta berlari..
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...