Pages

Sunday, March 11, 2012

sebak...

bismillahirrahmanirrahim

alhamdu lillah..
petang tadi aku baru sampai di kampus dari kampung halaman, felda keratong.

khamis petang dan jumaat pagi, berturut2 kakak ku memelefon aku.
malangnya terpaksa aku menolak untuk berborak.gara2 kerana aku yang berada di dalam kuliah Dr.ismael.
akhirnya, pada tengahari itu barulah kami dapat bersembang.
hanya 1 perkara yang ingin di sampaikan.
 
akak : balik rumah tak, hujung minggu ini ?
aku : ermm..tak pasti lagi..kenapa?
akak : ingat la untuk balik rumah...jenguk2 mak ayah di rumah itu.
aku : *terkelu seketika* insyaAllah..
 
pada malam nya, abang zul pula menelefon..
aku hanya mampu meng'silent' telefon aku kerana sedang bermesyuarat kelab ketika itu.

habis mesyuarat lam jam 12 tgh malam.

aku menghantar pesanan ringkas kepada nya.
dan sekali lagi perkara yang sama diberitahu kepada ku.
"balik lah rumah hujung mingu ni"

dan akhirnya..
aku tekad meninggalkan segala urusan & kerja2 di kampus 
dan pulang ke rumah petang semalam.

akhirnya, aku mengetahui ada sebab mengapa aku perlu balik..
sesungguhnya mereka memerlukan aku ketika itu..
 
semalam, sampai di rumah..
tatkala aku bersalaman dengan ibuku,
tetiba air mata mula bertakung..
aku bertanya kabar sambil menahan sebak di dada.
akhirnya aku terus melarikan diri ke bilik.
dan akhirnya
air mata terus menerus mengalir ..
sebak..
dan 
sebak..
 
dan petang tadi, sebelum keluar dari rumah..
melihat ayah yang sedang tidur di atas sofa, 
aku mengejutnya dan meminta izin untuk pulang.
mendengar suara ayah ketika itu sudah membuat aku menjadi sebak lagi.
bersalaman dan terus mencari ibu di luar rumah.
selepas bersalaman, air mata menitis lagi.
Ya Allah, betapa lemah nya 
diriku ketika itu.
segara meminta izin untuk bergerak..jalan kaki menuju ke 
" bustop" yang berhampiran dengan rumah ku.


tidak mampu untuk menceritakan segala yang aku rasai, cukuplah sekadar dapat berkongsi di sini...supaya kurang bebanan yang aku tanggung ini.

YA Allah, sesungguh nya Engkau tahu segala-galanya..
Ya Allah, selamatkan lah ibu bapa ku daripada segala kemungkaran di dunia
selamatkan lah mereka dari azab neraka di akhirat kelak.
amin.



katahatiku 1: tiada kata-kata..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...