Pages

Tuesday, November 15, 2011

first tyme!-------------> PERSADA punye program..!

assalamualaikum...

jom update semula aktiviti yang aku sertai baru-baru ni..


21-23 October 2011
Taman negara pahang, jerantut, pahang.
Progam team building PERSADA peringkat zon pantai timur.



Baru-baru ini aku mengikuti satu perkhemahan 3 hari 2 malam. Program team building ini anjuran kelab PERSADA (ANAK –ANAK FELDA) dari UMT. Peserta terdiri daripada ahli2 PERSADA daripada wakil UMP ( pahang) , UNISZA(terengganu), UMK(kelantan) dan UMT(terangganu) sendiri.(mewakili zon pantai timur).

Sepatutnya tentatif bermula dari jam 5 ptg hari jumaat (21hb ), malangnya, program pada malam itu terpaksa ditunda( nightwalk) disebabkan oleh kehadiran peserta dari UMP dan UMT yang sampai ke tapak perkhemahan  di kampung kuala tahan pada jam 10-11 malam. jadi pada malam itu, kami hanya membuat persiapan mendirikan khemah masing2 dan merehatkan diri.

Tentatif pada hari berikutnya..

22/10/2011 (sabtu)
pada pagi hari pertama,, aktiviti kami ialah ice breaking ( membuat kumpulan berbilang universiti, membuat + melakarkan logo di atas kain diberikan untuk dijadikan bendera kumpulan)..makan pagi..dan seterusnya masuk ke taman negara-menaiki jambatan gantung ( terdapat beberapa chenkpoint dan task2 yang kami perlu selesaikan sepanjang perjalanan )
selepas selesai menaiki jambatan gantung, kami balik ke kawasan perkhemahan dan merehatkan diri. Selepas asar, aktiviti diteruskan dengan LDK 1. Kemudian pada malam pula, seusai makan malam dan solat , altiviti diteruskan dengan masuk semula ke Taman Negara Pahang dan menonton tayangan mengenai taman negara tersebut. kemudian aktiviti “nightwalk”  bermula.

23/10/2011 (ahad)
Aktiviti pada pagi tersebut dimulakan dengan makan pagi..hihi.
Kemudian kami meneruskan dengan permainan dan debat antara kumpulan masing2..
Yang kelakarnya, setiap kumpulan mewakili ayam hutan, ayam kampung, ayam belanda, ayam telur , ayam daging dan ayam serama..
Pelbagai fakta dan auta ynag kelakar dibahaskan untuk mengalahkan antara ayam-ayam yang lain.. memang kelakar sehinggalah pihak juri( terdiri daripada jurulatih kami) terpaksa berfikir panjang untuk menentukan ayam manakah yang akan digelar juara..
Akhirnya, tidak dinafikan kelantangan pendebat dari ayam telur menjuarai pertandingan debat ayam yang julung kali diadakan..haha :D

Selepas selesai majlis penutupan dan makan tengah hari, kami berkemas2 dan membuat persiapan untuk pulang ke universiti masing2.

jom layan gambar..

























katahatiku 1: pertama kali mengikuti program PERSADA( terdiri daripada anak-anak felda).
katahatiku 2: oyeahhhhh!! Taman negara Pahang, telah ku tawan..!! oyeahhhh..hihi

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...