Pages

Wednesday, November 30, 2011

KATA HATI a.k.a GERAK HATI~

bismillahirrahmanirrahim
pernah tak kamu semua dengar pasal gerak hari ataupon dikenali sebagai kata hati ??
setahu dan seyakin kata hatiku, setiap orang pasti dan mesti mempunyai dan penah merasai gerak hati..
betol x?


contoh yang mudah
 *********************************************************************
situasi: nak pergi kuliah

hari nampak mendung..matahari tak muncul2..jam menunjukkan pukul 8.30 pagi.
pukul 9 pg ada kuliah. kata hati menyatakan 
"bawalah payung, mungkin sewaktu nak pergi kelas*jalan kaki je* akan hujan"
namun, Minah tidak memperdulikan kata hati nya itu..

keluar dari bilik, dan berjalan kaki ke kelas dengan hati kering..*maksudnya, dengan selamba sahaja*

sewaktu dalam perjalanan, tetiba hujan turun dengan lebatnya..
dalam hati Minah berkata
" alamak, rugi betol laa tak bawah payung tadi..kan da basah kuyup baju ni."

************************************************
okeh.amacam? da faham apa itu kata hati ??
kalau tak faham pon, buat2 faham la k..huhu

bagus2..
jadi, kompem kan semua orang pernah rasa gerak hati ini. 
okeh..seterusnya, masuk kepada perkara utama yang aku ingin kongsikan pada saat dan ketika ini..
gerak hati terdiri kepada 3 jenis..
PERTAMA:
gerak hati yang pertama kali terlintas di hati  = selalunya gerak hati ini adalah yang terbaik untuk diri kita. mungkin itu adalah yang hidayah yang di beri oleh ALLAH yang maha pengasih kpd hamba2 NYA..


KEDUA :
gerak hati yang kedua terlintas di hati. = gerak hati yang telah diragui.


KETIGA :
 gerak hati yang ketiga yang terlintas di hati = gerak hati yang telah bercampur dengan bisikan syaitan.

 jadi, kesimpulan yang boleh dibuat..
jika dalam situasi membuat keputusan atau pun berada dalam pelbagai situasi yang kompleks , haruslah kita mendengar kepada kata hati @ gerak hati yang pertama..
apabila terdapat ragu2, segera berfikir dengan waras dan membuat keputusan yang wajar.
renung-renungkan , dan selamat mencuba..

katahatiku 1: jika ada yang salah, sila betulkan..maklum lah, aku hanya manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan. hihi =)
katahatiku 2: jika mempunyai sebarang pengalaman untuk dikongsi, sila2..jangan malu2..*bajek ade je kan orang bace entri ni* haha
katahatiku 3: kredit to my sis, Nina yang telah berkongsi ilmu ini kepada ku..thanx , my dear nina! :)


Tuesday, November 22, 2011

kawan ???

bismillahirrahmanirrahim








katahatiku 1: sangat sangat dan sangat sayang kan kawan baEk ku..!! FINI..DAN KUPT...!! =)

Friday, November 18, 2011

terlalu..???

assalamualaikum
 
hanya mahu berkongsi dengan semua
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

SEKIAN



katahatiku 1: hanya kepada Allah aku bergantung harapan.
katahatiku 2: " hanya kepada ENGKAU kami sembah dan kepada ENGKAU  kami  meminta pertolongan " [Al-Fatihah, ayat 5 ]

Thursday, November 17, 2011

Bila Kita Dilanda Masalah..kita ???

bismillahirrahmanirrahim






Bila Kita Dilanda Masalah, Kadang Kadang Kita :

Bila kita dilanda masalah, kadang kadang jalan penyelesaian yang mudah adalah tidur. Dan bila kita tidur seakan akan tak mahu terjaga semula. sebab bila terjaga otak kita ligat memikirkan masalah yang kita hadapi itu. Nak nak lagi bila berada dalam mimpi yang indah.

Bila kita dilanda masalah, kadang kadang kita termoody tak bertempat. Marah orang lain tanpa sebab atau sebab sebab kecil yang tak masuk dek akal. Kita terlepas marah kat orang tak sepatutnya seperti teman rapat, teman lelaki, dan keluarga. Terlepas geram kat barang barang seperti menumbuk dinding, pecahkan cermin, selerakkan bilik. semua ini akibat 'pengurusan marah' yang kurang sistematik. Tapi dapat mengurangkan masalah yang dihadapi.
Bila kita dilanda masalah, kadang kadang kita lepas geram pada makanan. Nak nak lagi jika kita marahkan seseorang. Bila makan seolah olah kita kunyah daging orang yg buat kita geram tu. Nikmatnya perut kenyang. kesannya berat badan naik.

Bila kita dilanda masalah, kadang kadang kita pencilkan diri. Lari dari rutin harian untuk meratapi nasib. Menangis sampai mata bengkak. Berdiam diri dan hampir alami kemurungan. sampai orang keliling perasan yang kita ada masalah.

Bila kita dilanda masalah, kadang kadang kita rasa dah takde kawan tuk berkongsi masalah. Rasa sunyi, sedih dan mula sensitif. kawan ajak bergurau pun di ambil serius. Mula menjauh hati.

Bila kita dilanda masalah, kadang kadang kita ambil benda yang tak sepatutnya. Akibat akal pendek dan kurang waras mula mendekati rokok, arak, ice, pil kuda dan lain lain.

Adakah semua di atas adalah diri anda? JIKA YA..anda sebenarnye memikirkan masalah yang telah berlaku. Apa kata lepas ini kita memikirkan cara jalan penyelesaian dan bukannya meratapi masalah sampai berkurun lamanya. Tidak membantu sebenarnya.




katahatiku 1: sumber mukabuku.
katahatiku 2: menginsafi diri..
katahatiku 3: kegagalan itu bukan bermaksud anda tidak bagus..ia bermaksud ada sesuatu yang lebih berharga untuk anda pada masa yang akan datang..banyak2 bersabar k! :)

Wednesday, November 16, 2011

#Wordless Wednesday# : WW4 :

assalamualaikum









speaking competition


!!!!


nervous! huhu



Tuesday, November 15, 2011

first tyme!-------------> PERSADA punye program..!

assalamualaikum...

jom update semula aktiviti yang aku sertai baru-baru ni..


21-23 October 2011
Taman negara pahang, jerantut, pahang.
Progam team building PERSADA peringkat zon pantai timur.



Baru-baru ini aku mengikuti satu perkhemahan 3 hari 2 malam. Program team building ini anjuran kelab PERSADA (ANAK –ANAK FELDA) dari UMT. Peserta terdiri daripada ahli2 PERSADA daripada wakil UMP ( pahang) , UNISZA(terengganu), UMK(kelantan) dan UMT(terangganu) sendiri.(mewakili zon pantai timur).

Sepatutnya tentatif bermula dari jam 5 ptg hari jumaat (21hb ), malangnya, program pada malam itu terpaksa ditunda( nightwalk) disebabkan oleh kehadiran peserta dari UMP dan UMT yang sampai ke tapak perkhemahan  di kampung kuala tahan pada jam 10-11 malam. jadi pada malam itu, kami hanya membuat persiapan mendirikan khemah masing2 dan merehatkan diri.

Tentatif pada hari berikutnya..

22/10/2011 (sabtu)
pada pagi hari pertama,, aktiviti kami ialah ice breaking ( membuat kumpulan berbilang universiti, membuat + melakarkan logo di atas kain diberikan untuk dijadikan bendera kumpulan)..makan pagi..dan seterusnya masuk ke taman negara-menaiki jambatan gantung ( terdapat beberapa chenkpoint dan task2 yang kami perlu selesaikan sepanjang perjalanan )
selepas selesai menaiki jambatan gantung, kami balik ke kawasan perkhemahan dan merehatkan diri. Selepas asar, aktiviti diteruskan dengan LDK 1. Kemudian pada malam pula, seusai makan malam dan solat , altiviti diteruskan dengan masuk semula ke Taman Negara Pahang dan menonton tayangan mengenai taman negara tersebut. kemudian aktiviti “nightwalk”  bermula.

23/10/2011 (ahad)
Aktiviti pada pagi tersebut dimulakan dengan makan pagi..hihi.
Kemudian kami meneruskan dengan permainan dan debat antara kumpulan masing2..
Yang kelakarnya, setiap kumpulan mewakili ayam hutan, ayam kampung, ayam belanda, ayam telur , ayam daging dan ayam serama..
Pelbagai fakta dan auta ynag kelakar dibahaskan untuk mengalahkan antara ayam-ayam yang lain.. memang kelakar sehinggalah pihak juri( terdiri daripada jurulatih kami) terpaksa berfikir panjang untuk menentukan ayam manakah yang akan digelar juara..
Akhirnya, tidak dinafikan kelantangan pendebat dari ayam telur menjuarai pertandingan debat ayam yang julung kali diadakan..haha :D

Selepas selesai majlis penutupan dan makan tengah hari, kami berkemas2 dan membuat persiapan untuk pulang ke universiti masing2.

jom layan gambar..

























katahatiku 1: pertama kali mengikuti program PERSADA( terdiri daripada anak-anak felda).
katahatiku 2: oyeahhhhh!! Taman negara Pahang, telah ku tawan..!! oyeahhhh..hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...