Pages

Tuesday, July 19, 2011

imbas kembali :: PART 3 ::

assalamualaikum

PART 3


24-26 Jun 2011- KAMPUNG SIMPANG TEBING TINGGI, JERANTUT , PAHANG

PROGRAM ANAK ANGKAT DAN KHIDMAT MASYARAKAT 2011

                       Program kali ini membawa aku ke JERANTUT, yang terletak tengah2 Pahang.
Sejujurnya, aku pon belum pernah menjejakkan diri di jerantut ini..nama saja anak pahang..ehhehe.. +__+  Perjalanan kami dari uni jam 12 tengahari pada hari JUMAAT dan tiba di sana pada jam 3.30petang. tiba di sana, kami dikumpulkan di masjid KG.Simpang Tebing Tinggi sementara menunggu jam 5 petang iaitu majlis perasmian  program ini oleh wakil Adun kawasan itu dan penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing2 yang dilakukan di balai raya kampung tersebut. 


                     Kali ini, kami akan mendapat keluarga angkat masing2 yang terdiri daripada
keluarga dari kawasan berhampiran dengan Kampung Simpang Tebing Tinggi. Ada yang dapat 2 orang anak angkat dan ada yang dapat 1 orang anak angkat.majlis penyerahan anak angkat dijalankan dengan penuh gelak ketawa dan kegembiraan ibubapa angkat menerima anak angkat mereka . pada malam hari, sesi taaruf (berkenal-kenalan) bersama keluarga angkat masing. 


                    Keesokan harinya, kami , peserta anak angkat terbahagi kepada 2 kumpulan..
menjadi fasilitator di sekolah rendah tebing tinggi dan sebahagian akan menjadi sukarelawan untuk khidmat komuniti kampung itu. Dan aku memilih untuk menjadi fasilitator di sekolah rendah. Ini merupakan kali kedua aku menjadi fasilitator untuk sekolah rendah. Pengalaman dari sekolah rendah Chini , sedikit sebanyak membantu aku untuk menjadi seorang fasilitator yang lebih baik dari masa dahulu.


                   Bilangan peserta sekolah yang terdiri daripada 3 buah sekolah berhampiran 
tidak begitu ramai.hanya 40 orang pelajar sahaja. Dan setiap fasilitator yang terlibat akan menjaga 1 kumpulan pelajar yang terdiri daripada 6 orang. Program yang bermula daripada jam 9 pagi berakhir pada jam 5 petang setelah perasmian program oleh wakil guru sekolah rendah tersebut. Di samping itu, sesi penyampaian hadiah turut diadaakan kepada wakil setiap kumpulan pelajar tersebut.


                 Pada malam pula,mama dan abah sempat membawa kami(aku dan ira) ke pasar malam
di bandar jerantut untuk membeli ikan patin sebagai juadah makan tengahari. Di pasar malam itu, kami hanya singgah sebentar sahaja kerana bergesa untuk ke masjid untuk majlis malam itu..ceramah agama dan makan malam bersama penduduk kampung.


                 Hari akhir di jerantut..pada sebelah pagi program sukaneka (untuk kanak2) telah 
berlangsung disamping perlawanan futsal dan bola jaring untuk penduduk kampung melawan kami. Keputusan nya, pelajar lelaki kalah tipis kepada wakil belia dalam perlawanan futsal dan wakil belia wanita kampung juga telah mengatasi mata dengan perbezaan yang tipis ke atas kumpulan kami. Bak kata mak angkat kami “jangan menderhaka kepada ibu, kasi ibu2 yang menang” hehehe.apa2 pon yang paling aku tak sangka, aku ynag memang tak suka dengan bola jaring pon tersangkut menjadi pemain  menentang mereka..hadoi2.. haha..memang gelabah jugak la. Tak dapat nak menolak, di sebabkan kekurangan pemain..jadi, aku pon belasah jela permainan ini..janji tak gerak kaki dan tak offside..tu jer yang aku pegang..hahaha..kelakar laa..hadoi..tobat.pasni aku tak mahu dah main bola jaring. Wee =D  kemudian setelah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan juga perasmian penutupan majlis ini , kami beransur pulang ke rumah keluarga angkat masing2..sesi berkemas untuk berangkat pulang ke bumi ump..


                Jam 4 petang, majlis perpisahan bermula..masing2 kelihatan bersalaman kali terakhir
dengan keluarga angkat mereka.ada juga para ibu yang menitiskan air mata perpisahan, tak kurang juga dari pihak kami..jiwa sensitif ..huhuhu..masing2 mendapat bekalan dari keluarga angkat..ada yang dapat lauk ikan patin masak tempoyak, ada yang dapat kuih tradisi pahang( erm..nama tak ingat lar), ada yang dapat sebotol serbuk kunyit buatan sendiri..tak kurang jugak dengan hadiah  seperti kain pasang( aku dan ira), tshirt, bingkai gambar, selimut dan sebagainya..


                  Perjalanan yang singkat, tapi menungkap pelbagai pengalaman tersendiri kepada 
setiap peserta program. Harapanku, aku berharap akan menjejakkan kakiku lagi di rumah keluarga angkatku itu. Ribuan terima kasih yang tak terungkap kepada keluarga angkatku kerana sudi menerima kunjungan aku dan ira. Begitu jugak kepada penduduk kampung yang sudi menerima kunjungan kami ke Kampung Simpang Tebing Tinggi, Jerantut, Pahang. =)

~jom layan gambar ~

::hari pertama::

banner program kami
muka ceria ketika memulakan perjalanan

masjid tempat kami berkumpul

setelah sampai di Jerantut
tiga pelajar antarabangsa yang menjadi peserta program ini
hehehe


:::hari kedua::

sekolah kebangsaan Tebing Tinggi
gelagat pelajar-pelajar sekolah

aktiviti pelajar
makan-makan
gotong royong



::::hari ketiga:::: 

 
pasukan sorak Pinky dari UMP..hehehe

pasukan bola jaring .berdiri-warga belia kampung. duduk-anak2 angkat



selepas habis sukaneka

serangan bermula..! lari -lari..! haha >_<

mangsa tepung! hehe =.="
kereta aboh
ma, ira aboh dan aku

bersama keluarga angkat masing-masing
sebelum pulang ke universiti



 ~TAMAT~



Katahatiku 1: a new and worth experience for me because first time join program like this.
Katahatiku 2: to my adopted family, ma aboh and adik. Thank you very much for accepted me and Ira as a new family members. You guys were so nice! Nice to meet you all..! hehe
Katahati 3: insyaAllah, next time I and Ira will came back to the ma’s house again to see you guys! Hehe..insyaAllah. =)

2 comments:

myrra_yerra said...

hyepo!

waaaaaaaaaaa....best ye program semampan nie...congrate tue urus setia program=)

cikmamal said...

hehe..mekaseh! tp siyes, memang terbaEK.!! hehe.. =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...