Pages

Thursday, July 28, 2011

Mr. Domo datang lagi..!! hehe

Bismillahirrahmanirrahim..



Domo kun! hehe..comel tak ?? comel tak ? hehehe *senyum sampai ke telinga*
Ini  kali kedua aku mendapat domo daripada orang yang pernah kasi aku dulu. Ke obsesan beliau sehingga merebak kepada aku sekali.haha =D senget jer. Okeh, baru-baru ini aku ada balik ke hostel aku, dan bila aku buka loker aku, muncul Mr.domo ini..hee +___+  bukan turun dari langit tau, tapi pemberian dari seorang sahabat.


Wah3!! Hati berbunga-bunga..cepat-cepat aku baca kad yang  ditampal pada dinding loker. Hehehe  :) yup, daripada Anim! Sayang kamoo ketat2 Anim!! Hee. Alkisahnya , hari lahir aku dan Anim dalam bulan Jun yang lalu. Sebelum aku pulang ke rumah, aku ada tinggal kan hadiah untuknya..seutas jam tangan. Balut comel2, letak dalam kotak dan sekeping nota di atasnya. Kemudian aku balik rumah tanpa sempat jumpa Anim, sebab Anim ada program pagi itu. 

Tak disangka, Anim pon ada kejutan untuk aku.hehehe..suka3!! lepas ni BROWNIE dah ada rakan atas katil.hehe..okeh.sekian saja coretan hari ini.daa~







Katahatiku 1: dear Anim! Thank you so much2!
Katahatiku 2: it’s my second birthday present for this year. Haha :D

Tuesday, July 19, 2011

imbas kembali :: PART 3 ::

assalamualaikum

PART 3


24-26 Jun 2011- KAMPUNG SIMPANG TEBING TINGGI, JERANTUT , PAHANG

PROGRAM ANAK ANGKAT DAN KHIDMAT MASYARAKAT 2011

                       Program kali ini membawa aku ke JERANTUT, yang terletak tengah2 Pahang.
Sejujurnya, aku pon belum pernah menjejakkan diri di jerantut ini..nama saja anak pahang..ehhehe.. +__+  Perjalanan kami dari uni jam 12 tengahari pada hari JUMAAT dan tiba di sana pada jam 3.30petang. tiba di sana, kami dikumpulkan di masjid KG.Simpang Tebing Tinggi sementara menunggu jam 5 petang iaitu majlis perasmian  program ini oleh wakil Adun kawasan itu dan penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing2 yang dilakukan di balai raya kampung tersebut. 


                     Kali ini, kami akan mendapat keluarga angkat masing2 yang terdiri daripada
keluarga dari kawasan berhampiran dengan Kampung Simpang Tebing Tinggi. Ada yang dapat 2 orang anak angkat dan ada yang dapat 1 orang anak angkat.majlis penyerahan anak angkat dijalankan dengan penuh gelak ketawa dan kegembiraan ibubapa angkat menerima anak angkat mereka . pada malam hari, sesi taaruf (berkenal-kenalan) bersama keluarga angkat masing. 


                    Keesokan harinya, kami , peserta anak angkat terbahagi kepada 2 kumpulan..
menjadi fasilitator di sekolah rendah tebing tinggi dan sebahagian akan menjadi sukarelawan untuk khidmat komuniti kampung itu. Dan aku memilih untuk menjadi fasilitator di sekolah rendah. Ini merupakan kali kedua aku menjadi fasilitator untuk sekolah rendah. Pengalaman dari sekolah rendah Chini , sedikit sebanyak membantu aku untuk menjadi seorang fasilitator yang lebih baik dari masa dahulu.


                   Bilangan peserta sekolah yang terdiri daripada 3 buah sekolah berhampiran 
tidak begitu ramai.hanya 40 orang pelajar sahaja. Dan setiap fasilitator yang terlibat akan menjaga 1 kumpulan pelajar yang terdiri daripada 6 orang. Program yang bermula daripada jam 9 pagi berakhir pada jam 5 petang setelah perasmian program oleh wakil guru sekolah rendah tersebut. Di samping itu, sesi penyampaian hadiah turut diadaakan kepada wakil setiap kumpulan pelajar tersebut.


                 Pada malam pula,mama dan abah sempat membawa kami(aku dan ira) ke pasar malam
di bandar jerantut untuk membeli ikan patin sebagai juadah makan tengahari. Di pasar malam itu, kami hanya singgah sebentar sahaja kerana bergesa untuk ke masjid untuk majlis malam itu..ceramah agama dan makan malam bersama penduduk kampung.


                 Hari akhir di jerantut..pada sebelah pagi program sukaneka (untuk kanak2) telah 
berlangsung disamping perlawanan futsal dan bola jaring untuk penduduk kampung melawan kami. Keputusan nya, pelajar lelaki kalah tipis kepada wakil belia dalam perlawanan futsal dan wakil belia wanita kampung juga telah mengatasi mata dengan perbezaan yang tipis ke atas kumpulan kami. Bak kata mak angkat kami “jangan menderhaka kepada ibu, kasi ibu2 yang menang” hehehe.apa2 pon yang paling aku tak sangka, aku ynag memang tak suka dengan bola jaring pon tersangkut menjadi pemain  menentang mereka..hadoi2.. haha..memang gelabah jugak la. Tak dapat nak menolak, di sebabkan kekurangan pemain..jadi, aku pon belasah jela permainan ini..janji tak gerak kaki dan tak offside..tu jer yang aku pegang..hahaha..kelakar laa..hadoi..tobat.pasni aku tak mahu dah main bola jaring. Wee =D  kemudian setelah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan juga perasmian penutupan majlis ini , kami beransur pulang ke rumah keluarga angkat masing2..sesi berkemas untuk berangkat pulang ke bumi ump..


                Jam 4 petang, majlis perpisahan bermula..masing2 kelihatan bersalaman kali terakhir
dengan keluarga angkat mereka.ada juga para ibu yang menitiskan air mata perpisahan, tak kurang juga dari pihak kami..jiwa sensitif ..huhuhu..masing2 mendapat bekalan dari keluarga angkat..ada yang dapat lauk ikan patin masak tempoyak, ada yang dapat kuih tradisi pahang( erm..nama tak ingat lar), ada yang dapat sebotol serbuk kunyit buatan sendiri..tak kurang jugak dengan hadiah  seperti kain pasang( aku dan ira), tshirt, bingkai gambar, selimut dan sebagainya..


                  Perjalanan yang singkat, tapi menungkap pelbagai pengalaman tersendiri kepada 
setiap peserta program. Harapanku, aku berharap akan menjejakkan kakiku lagi di rumah keluarga angkatku itu. Ribuan terima kasih yang tak terungkap kepada keluarga angkatku kerana sudi menerima kunjungan aku dan ira. Begitu jugak kepada penduduk kampung yang sudi menerima kunjungan kami ke Kampung Simpang Tebing Tinggi, Jerantut, Pahang. =)

~jom layan gambar ~

::hari pertama::

banner program kami
muka ceria ketika memulakan perjalanan

masjid tempat kami berkumpul

setelah sampai di Jerantut
tiga pelajar antarabangsa yang menjadi peserta program ini
hehehe


:::hari kedua::

sekolah kebangsaan Tebing Tinggi
gelagat pelajar-pelajar sekolah

aktiviti pelajar
makan-makan
gotong royong



::::hari ketiga:::: 

 
pasukan sorak Pinky dari UMP..hehehe

pasukan bola jaring .berdiri-warga belia kampung. duduk-anak2 angkat



selepas habis sukaneka

serangan bermula..! lari -lari..! haha >_<

mangsa tepung! hehe =.="
kereta aboh
ma, ira aboh dan aku

bersama keluarga angkat masing-masing
sebelum pulang ke universiti



 ~TAMAT~



Katahatiku 1: a new and worth experience for me because first time join program like this.
Katahatiku 2: to my adopted family, ma aboh and adik. Thank you very much for accepted me and Ira as a new family members. You guys were so nice! Nice to meet you all..! hehe
Katahati 3: insyaAllah, next time I and Ira will came back to the ma’s house again to see you guys! Hehe..insyaAllah. =)

Sunday, July 17, 2011

imbas kembali :: PART 2 ::

PART 2



22 Jun 2011 – HOTEL ZENITH ,KUANTAN, PAHANG.

Majlis Makan Malam Menjunjung Kasih Belia Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang. 

Wwow!! 
Panjangkan nama program ini..cam gempak jer..hehe.nak dipendekkan cerita , majlis makan malam ini dilakukan sempena nak melancarkan laman sesawang belia negeri pahang oleh yang amat mulia Sultan Pahang sendiri..disertakan sekali dengan makan malam bersama Tuanku yang bertempat di Silk and cashmere Ballroom, Level 3 at Zenith Hotel yang terletak di tengah bandar Kuantan.


Antara makanan yang dijamu kepada kami ialah Tom Yam Seafood Soup, Sweet Sour Fish, Nyonya Style Chicken Curry, Sambal Petai Pawn, Loh Hon Vegetable, Battered Squid with Ponto sauce and Steamed Rice dan untuk pemanis mulut ialah Tropical Cocktail in Lemon Jelly.(nama makanan pon gempak2 jer kann)






Pergerakan kami dari uni pada jam 5.30petang..terlalu awal okeyy..sebab nya kami ialah antara peserta pertama yang sampai di dewan makan tersebut..program makan malam denagn kehadiran para tetamu pada jam 8.30malam..ok, melampau tak..kami terpaksa menunggu selama beberapa jam di dalam dewan itu..mak aiii..sabor jelaa.sementara menunggu majlis bermula, kami pon habis posing sakan dalam dewan yang cantik itu sambil berkenalan sesama sendiri dan berborak2 sampai masuk waktu magrib..solat di ECM, mall yang terletak betul2 di hadapan Zenith Hotel itu.

Program bermula apabila ketibaan Tuanku Sultan Pahang bersama Anakanda nya, Tuanku Mahkota Pahang dan beberapa ahli kerabat diraja yang lain..kemudian majlis berakhir hampir jam 11.30 malam.

okeh, 

~jom layan gambar~


semua benda berwarna kuning oren-oren lar..hehe
persembahan dari seni silat cekak terlak





makanan yang sedap-sedap..yummy..
wajah-wajah bahagia ..hehe 
posing 1



posing 2


posing 3



posing 4

posing 5

posing 6

sebelum pulang

Katahatiku 1: I wondering, when I would like to dress up like matured woman liked all they did last night. Huuu :?




Pil gemuk RM5 bawa maut!!

assalamualaikum.

TERKEJUT..!
WOW..!
DASYATNYA...
kenapa jadi macam itu?
ish2..

aku baru lepas baca berita hari ini..
dan entri yang paling menarik perhatian  aku
pasal seorang wanita meninggal dunia
sebab nak gemuk..
ish..ish..ishh..
dasyat la..

jom baca kisah wanita malang ini..

Ibu tunggal lumpuh seluruh badan
SUNGAI PETANI: Risau dengan bentuk badan tidak menarik kerana kurus, seorang ibu tunggal maut selepas mengambil ubat menambah berat badan yang dibelinya dengan harga RM5 dari sebuah kedai ubat tradisional dan produk kosmetik, di sini, pagi semalam.
Che Su Md Isa, 29, dari Taman Arked, didakwa membeli ubat itu Khamis lalu dan selepas makan pil berkenaan, suhu badannya tiba-tiba meningkat selain lumpuh seluruh badan.
Bapa mangsa, Md Isa Tahir, 54, berkata Che Su, ibu seorang anak lelaki berusia lima tahun mengadu sakit perut dengan suhu badannya meningkat menyebabkan isterinya Halijah Mahmud, 50, mengelap tubuh anaknya itu dengan air bagi menurunkan suhu badan.

“Ketika itu dia tidak mampu menggerakkan tubuhnya yang kelihatan seperti sudah lumpuh. Pada kira-kira jam 2 pagi tadi (semalam) Che Su menjerit memberitahu perut, dada serta tulang belakangnya terlalu sakit dan dia meninggal dunia setengah jam kemudian.

“Lebih menghairankan kami apabila darah terlalu banyak keluar melalui duburnya menyebabkan kami terpaksa memakaikan lampin pakai buang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Md Isa berkata, apabila melihat keadaan anaknya itu semakin teruk dia menelefon ambulans dan sebaik pasukan perubatan itu tiba, Che Su disahkan sudah meninggal dunia.
Katanya, anaknya yang bekerja di sebuah kilang di Bakar Arang, di sini, tidak terlalu kurus dan terkejut apabila mengetahui dia mengambil ubat menambah berat badan.

Sementara itu, adik mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Umi ketika ditemui berkata, kakaknya itu pernah mengajaknya mengambil pil itu bagi menambah berat badan kerana dia risau dengan bentuk tubuhnya yang kurang menarik.

“Saya tidak mahu mengambilnya kerana bimbang kesan sampingan dan saya juga tidak pasti sejak bila kakak mengambil ubat berkenaan. Saya hairan mengapa kakak mengambil ubat itu sedangkan badannya tidak terlalu kurus," katanya yang sedih dengan kejadian itu.

 
okeh, sangat sadis kan berita ini. biasanya kita dengar pasal keterujaan seseorang*terutama wanita* untuk menjadi kurus..tetapi, kali ini berbeza sedikit. kes nak menambahkan berat badan...hmmm..dasyat2..zaman sekarang macam2 berlaku.
 
 
 
 

katahatiku 1: just be yourself! and live life to the fullest!! ehehe :)




imbas kembali..hehe

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..Allahuakbar! hehehe..tetiba je kann..xde motif sebenarnya..saja2 jer tuh..haha :D
Okeh.kembali kepada tujuan asal aku merajinkan jari jemariku untuk menari nari mengeja perkataan demi perkataan yang ingin aku kongsi bersama.
Kali ini, aku akan bercerita pasal aktiviti aku pada bulan Jun yang lalu...


THE REVEIW OF JUNE 2011






PART 1


20 Jun 2011 

                            Aku telah kembali ke bumi universiti aku yang terletak di tepi 
lebuhraya utara selatan ,atau lebih spesifik terletak di Gambang. Pagi tu, rakan2 ku yang baru habis latihan rekrut WATANIAh telah menjemput aku di simpang Gambang..hampir 1 jam aku menunggu mereka gara2 mereka bangun lambat pagi itu..ish3..biasa lar , lepas gian nak tidur lama2. Kebiasaan kalau dalam rekrut mesti kena bangun awal pagi. 

                          Aku terus mengCOOL kan diri..menunggu dengan sabar.
sarap kejap kat gerai makan berhampiran. Pastu beli surat khabar dan baca..
akhirnya , sampai jugak mereka. Kami meneruskan perjalanan ke terminal Makmur, 
kerana Ayu nak pergi ke Melaka(rumah akaknya) .lepas hantar Ayu, kami terjah ke MegaMall..memenuhi hasrat Anim, aku dan Balqis pon pergi beli stokin rm1 kat Giant..gara-gara Anim yang kempunan nak main Bowling. Hehehe. Nampaknya, Balqis sudah semakin gagah perkasa selepas dari rekrut sebab nampak jer balingan bola bowling dia biasa-biasa je,tapi mak aiii! Hampir semua pin-pin jatuh..

                               itulah kehebatan Balqis sehingga dinobatkan sebagai Juara..
haha*ayat tak boleh blah jer* nampaknya Anim kelihatan keciwa kerana hanya mendapat tempat ke3..aishhh...kecian jer ann.takpa Anim..tak cukup bertuah haritu..cuba lagi lain kali..hehehe. lepas habis kami main bowling, seterusnya kami pon berangkat pulang..tetapi sempat singgah ke kedai kek..hurmm..;P aku pon hampir dapat mengagak plan mereka membeli kek sebenarnya..lagipon hari jadiku baru lepas ..

                                So, aku pon cam wat kesah tak kesah je masa diorang beli kek.
mungkin firasatku tak betul. malam tu aku , dan tiba-tiba mereka menyambut hari jadiku..waaaah! terharu2..huhuuu...yelah, jarang bebenar aku untuk celebrate hari jadi aku sendiri..hehe..terharu jugak sebenarnya..terima kasih pada rakan-rakan seperjuangan.
.ANIM, BALQIS,IZZAH, dan SARAH..malam itu, aku tidur kekenyangan dengan kek
yang sedap itu. Weee  =D



bukan gambar sebenar..hehe

katahatiku 1 : okeh, suddenly I thought to let my comment in the section “KATAHATIKU” in English version.  Hehe.I don’t care if my English is broken or not, at least I hope that it is simple enough to readers understand it. I need comments from everyone who are willing to give any comment about this. No hurt feeling. That’s all. Thank you. Hehe +___+

Katahatiku 2: thank you very much my friend! For celebrated my belated birthday and for the delicious cake.

katahatiku 3: my job began for preparation of MINDS( minggu induksi siswa intake  for this September intake )huhuuu..
katahatiku 4: for the time being, I still have Anim as my roommate to accompany me as long as she stay in university. It’s enough that, at least I has friend in the room to talk to. Hehehe


Saturday, July 16, 2011

aku sudah matang??!

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah,

syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia NYA ku masih lagi 
dapat bernafas sehingga kehari ini..
untuk makluman semua, pada tanggal 14 JUN yang lepas 
genaplah umurku setua 21 tahun..hehe..woww!! 
dah besar panjang rupanya aku ini.. Tapi masih tak sedarkan diri..
rasa cam baru saja habis SPM..
ish3.. 
Betul2 tak sedar diri aku ni..
haha =D 

Apa yang aku buat pada hari lahirku?? Hurmm..tak da apa yang istimewa pun..hehe.. 
Sambut dengan penuh rasa kenikmatan dapat bernafas sehingga saat ini...
ditambah pula dengan puasa sunat..
dan 
Alhamdulillah, 
aku dapat habiskan puasa dengan pelbagai cobaan dan dugaan terhadapku..haha..klakar lar,hampir2 aku terbatal puasa..selamat aku dah tanam niat betul2 mahu berpuasa hari itu..hikhikhik +__+

Pastu malam tu, aku menelefon kawan baik ku, nur hidayah kamarudin...atau nama glamernya KUPT 
..hehe..kami memang jarang update masing2 perkembangan kecuali kalau ade peristiwa2 penting..macam ini lar, hari lahir , hari raya..bru ingat nak member2 lama...hadoyaiii..
Tapi kalau dah bergayut..sejam pon tak cukup..haha..

jom update pasal kupt nie..

Nama panjang : nur hidayah kamarudin..
nama gelaran : minaci, macik, kupt, kupti, dayah..
umor: sama dengan aku lar..(21tahun).
Masih belajar di UNIMAp( universiti malaysia perlis) ..
ketinggian lagi rendah dari aku..hehehe ( lam 150 cm kutt..) 
berat..hmmm..lebey kurang cam aku( xnak gtau ! haha ) 
pekerjaan sekarang : pengasuh sementara di subuah rumah pengasuh (taska kutt, tak pasti lar..hikhik =P ) 
hari2 jalan kaki ke tempat kerja selama 15 minit.(huhu..agak jauh gak tu) 
aku kenal minaci kupt ini dari tingkatan 4..di salah sebuah sekolah berasrama di ibu negara...
lepas abes SPM aku dah tak pernah jumpa ..
masing2 belajar di negeri lain2..
sampai sekarang 2011, dah hampir 3, 4 tahun aku tak jumpa..sob..sob.. =’( ..
okeh sekian sahaja cerita pasal kupt..sedikit sebanyak mengenai salah seorang sahabt yang sayangi...hehe

Seterusnya, hadiah hari lahirku...inilah hadiahku..
mekaseh kepada pemberi hadiah ini..satu dan the only one hadiah yang aku terima sempena hari lahirku kali ini..
saya SUKAAA SANGAT2!!
Hehehe siap ada gambar domo kun...dengan warna kuning..my favourite colour! 
Wowww!! 
Amazing! 
Hehehe.
Suka sangat2...!
hehehehhe..
mekaseh awak di sanaa...!  +___+








Katahatiku 1: to miss RerAMe , mekaseh sangat2 tau! :)
Katahatiku 2: jutaan terima kasih kepada rakan2 yang beri ucapan kat mukabuku tempoh hari..
Katahatiku 3: sedikit kecil hati pada hari itu, tapi takpa la..dah besar2 ni, berfikiran matang ok..hehe

akhirnya... berbangga dengan diriku! hehe =D

assalamualaikumm..
*nada suara prof izzy cakap* 
hehee..

awal pagi
suasana sepi
hanya radio hOt fm dari laptop 
dan bunyi kipas berpusing2
kedengaran..

keadaan hati semakin tenang
otak semakin tepu kerna penat berfikir sepanjang minggu ini
badan makin letih,
esok harus bangon awal pagi
bersiap untuk agenda seterusnya
esok malam mesti pengsan awal
keletihan..

dalam diam 
aku menanggung derita
dan
aku juga hampir berputus asa
mana 
rakan2 ku yang lain
jauh dariku
hanya mampu berkata-kata
penat lelahku tiada siapa yang tahu
sedihnya hatiku
ketika itu
datang sahabatku
menabur bakti
berkongsi susah payah ku
terima kasih sahabat..

 alhamdulilah
keadaan semakin baik
harapanku 
semoga hari esok berjalan dengan lancar
dijauhi sebarang masalah
*dengan penuh harapan, mata bersinar-sinar*

Ya Allah, 
tolonglah diriku 
teguhkan imanku
menghadapi dugaan dariMU
Ameen

Thursday, July 14, 2011

kepalo aden PONIN..!!

bismillahirrahmanirrahim..

straight to the point..
aku penin! 
s.e.r.a.b.u.t !!
hadoi2..
=.="


petang tadi aku baru sampai hostel
tapi 
sejak hari isnin 
aku dah start tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi ..?
ahaa..kalau pasal mandi, 
mandi memang basah sebab aku mandi guna air, tak da guna
salji @ pasir yang sampai tak basah badan aku..
hehehe..

ketensionan tahap cipan yang tahap paling tinggi !
gara2 pasal bilik dan harta benda dalam bilik ini.

dah agak da, mesti perkara ini akan terjadi.
tapi cam biasa, sebelum ni hanya buat tak peduli je kan..
sekarang, ambik ko!
bak kata nabil, raja lawak..
Lu pk laa sendiri..!

huhuhu..rasa cam nak nangis je .sob..sobbbss.. =(
sebab tak mampu fikir kan penyelesaian yang 
terbaek boleh aku lakukan.
esok, insyaAllah, roomate aku yang lain akan sampai. 
 kak wani, dari johor..ayu dari melaka. lagi sorang, anim, 
memang tak dapat la nak datang, 
sebab jauh sangat. lagipon dia dah wat persediaan awal-awal lagi..
jadi cam takda masalah sangat bagi dia..

dan aku masih menunggu mereka dengan sabar dan hati yang tak tenang.
koranggg..cepat laa balik sini..
waaa ="( 
nak nangis daa ni..sambil tahan empangan air mata.

dipendekkan cerita , hostel aku ini kena kosongkan 2, 3 hari lagi..
tapi masyaAllah, barang dalam bilik ni masih banyak lagi.
dengan barang orang yang menumpang lagi.
camna ni..hadoi2!

tak tahu la nak cakap camna sekarang..
berdoa dan bertawakal..


katahatiku 1:  Ya Allah, kepada Engkau aku sembah, dan kepada Engkau aku meminta pertolongan..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...