Pages

Wednesday, April 27, 2011

pesanan untuk KAMI di sini oleh PM..

bismillahirrahmanirrahim

hehe..ini post yang kedua aku buat dalam minggu peperiksaan ini..
hehe..
jommm..! mahu kongsi  1 perkara dengan kamo2 di luar sana..
memandangkan sekarang ni masih lagi hangat dengan musim peperiksaan , ini adalah
TEKS KHAS DARIPADA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA KEPADA MAHASISWA UMP.  
fuiiyooohhh!! hehe..semangat berkobar2 untuk jawab exam lepas baca ini..
kih3 :P poyo jer..

~jomm layann~



Salam 1 Malaysia,
Sekeping kad atau panggilan telefon dari ayah dan mak amat berharga buat saya bila tiba saat peperiksaan. Sejuk hati mendengar nasihat dan doa ikhlas ayah dan mak. Semangat bertambah kuat dan berkobar untuk memberikan yang terbaik. Saya pasti anda juga melalui pengalaman itu.
Saya amat berbangga dengan kejayaan anda yang telah berjaya sampai ke menara gading. Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini tanpa usaha yang bersungguh-sungguh beserta doa. Saya tahu bagaimana rasanya bersengkang mata dan berpenat lelah, berjuang untuk menghadapi peperiksaan. Harapan tinggi menggunung untuk mencapai keputusan yang membanggakan.
Saya amat berbesar hati diberi peluang yang sebegini untuk berinteraksi dengan anda. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya buat anda yang bakal menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Berserta usaha dan berkat doa ia pasti akan berbaloi.
Diharapkan dengan kejayaan yang cemerlang, maka terbentuklah satu generasi yang pasti mempimpin rakyat Malaysia kea rah masa depan yang lebih gemilang. Agar kegemilangan tersebut bakal menjadi harapan suci ayah, mak dan seluruh rakyat Malaysia.
Saya akan sentiasa bersama anda untuk memberikan yang terbaik buat negara tercinta. Saya boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja di laman web Twitter (@NajibRazak), laman facebook (Najib Razak) & juga emel peribadi najib@1Malaysia.com.my.
Selamat Menghadapi Peperiksaan! Sentiasa berikan yang terbaik.
Ikhlas daripada,

 ~SEKIAN~


 katahatiku1 : baru habis 2 paper..2 paper to goo!!chaiyo3!! :)
katahatiku2 : sumber dari sini  klik sini
katahatiku3 : berjuang habis-habisannn!!!

Tuesday, April 26, 2011

mingGu tOK beRhemPAs PUlas..!!

assalamualaikum..

update seringkas yang mungkin..kerana masa amat mencemburui aku..
heheh..koya ok jer,,
memandangkan minggu ini kebanyakan minggu pelajar2untuk pelajar2 bersungguh2 mengadap buku tanpa jemu..

jadi..ini untuk korang..








 wat pilihan yang terbaik..!



 JANGAN jadi macam INI..!






 sentiasa meminta pertolongan dariNYA..






akhir kata..

SEMOGA BERJAYA..!!

katahatiku 1: pulun jangan tak pulunn..!!
katahatiku 2: nak kena wat banyak temujanji sebelum cuti habis dengan member2...sebab nanti cuti lamaa.
lamaa tak jumpa..WINDUU r korang t..heheh


Saturday, April 16, 2011

MaLAm TaDI....+_+

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..ketinggi-tinggi syukur kepada Yang Maha Pencipta lagi Maha Besar..

malam tadi aku bagaikan nak pengsan pon ade..penat sangat..
dengan aktiviti yang amat padat.

kul 8.00 mlm = ada mesyuarat kelab..datang kul 8, tapi mula kan meeting tu kul 9mlm..gara2 ramai yang datang lambat...pastu, di sebabkan ramai ajk2 yang tak datang, meeting tu dah bertukar wajah..
terus jadi berbincangan mengenai masalah2 yang berlaku.

kul 9.00 mlm = aku ada perbincangan kat perpustakaan (di bilik 24jam)..adess..tertindih jadual aku ini..
aku beri alasan kat ketua, cakap aku datanag lambt..pas abes mensyuarat..ku 10.30 aku sampi sana.

10.30 mlm = mesyuarat baru habis.kelam kabut sket berkejar untuk pergi perpustakaan..adess..
bila sampai kat bilik baru ingat malam tu , malam terakhir untuk di interview jadi fasilitator MINDS (minggu induksi siswa/wi ) ambilan yang terbaru bulan 9 nanti..

disebab kan yang semangat membuak2  nak apply tok jadi fasilitator tue
aku abaikan discussion yang kat bilik 24jan tu.
sampai di pejabat MPP(Majlis Perwakilan Pelajar)

ramai orang lagi yang sedang tunggu giliran..tak  apa, aku nak jugak apply jadi fasi..
saya pon mahu di interiew! hehe

12.00 pg = tunggu dengan sabar..
akhirnya nama aku dan 4 orang lagi tu peserta terkahir yang di interview malam tu..

salah satu soalan yang aku agak gagal nak jawab dengan tepat ialah pasal rukun solat..
alamakkk..
kantoi sudahh..
hehehe

jomm....
aku dah cari maklumat pasal rukun solat nie..
mari  kite same2 renung kembali..






dirikan lah solat walau dimana kita berada :)


Rukun Sembahyang

Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat. 





Perkara Yang Membatalkan Sembahyang

Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
1. Batal Wuduk.
2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
3. Terbuka Aurat.
4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
6. Tertawa Terbahak-bahak.
7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
8. Berubah Niat.
9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
(*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).

yeahh!! renung2kan dan selamat beramal!
=_=


seterusnya, sambung balik cerita asal aku..

12.30 pagi =  baru habis interview.
okeh, telefon member aku a.k.a ketua group discussion aku, kata nya masih ada di sana..
okeh! bergerak ke destinasi seterus nya!!
vroomm..vrommmmm..vrommmmm..
[ naek kaki jer..huhuk.selamat xde jauh sangat, tapi ley xde lar dekat jugak..hahak2!]

6.00pg =  denagr azan subuh berkumandang dari masjid uni aku..fuhhh!! giler ahh...
kemas2 barang..gerak nak balik bilik..
sempat singgah masjid tok solat subuh berjemaah/..
alhamdulillah..


OKEH..SEKIAN SAHAJA EXPLORASI CERITA AKU PADA MALAM ITU..
Heheheh..
SEKIAN~


Friday, April 15, 2011

awak di sane...! dengar sini baEk2! ;)

bismillahirrahmanirrahim..
dan
ASSALAMUALAIKUM.

pertama sekali...
jommm..
senyum selama 1-2 minit dahulu..
senyum ea..abang2 encem..akak2 chomey..adik2 manis..
senyummmmm  :)



okeh..dah abes senyum..??
orite..
jom layan entri kali ini..



PESANAN IKHLAS UNTUK  
AWAK!

baca sampai habis tau! 
=_=


> to my beloved BFF..^_^

 >dun woryy..be happy..!

> ingaT Allah selalu..selawat dan beristifar selalu
DIA tahu apa yang kita tak tahu..

> selalu ingat mak ayah kat kampung..
jadikan mereka semangat yang akan push kita untuk  study molek2..
u can do it! i believe that! 

>take everything as a challenge! 
and 
be strong k!

> take care!
especially daa nak dekat2 exam nie..
make sure ..pergi jumpe doctor
and 
MAKAN UBAT..!!

>kalau tak i'll sekeh u kuat2.. >_<

> in case xley telan ubat, makan madu..
nanti balik umah kan, cuba pergi cari madu..bawak balik hostel.
nanti kalau ada sakit2, nak demam, selsema...
makan madu tu..

> my dear, remember...
antara sebab Allah menurunkan masalah@ dugaan kepada hamba2 NYA
ialah sebab nak hapuskan dosa2 kita..

> jadi..
jangan sesekali mengeluh..
jangan merungut..
redha dengan ketentuan Nya.

>selalu bergantung kepada Allah..
InsyaAllah, semua nya akan menjadi mudah





katahatiku 1: semoga cepat sembuh!
katahatiku2 : kalau lar i can be alwayz besides u..hurmm..=/
katahatiku3 : jaga kesihatan baEk2 tau..
katahatiku4 : gud luck 4 final exam t! >_<
katahatiku5 : this entry also for all my friends outhere. ;)



Wednesday, April 13, 2011

MENGAPA WANITA SANGAT ISTIMEWA..

assalamualaikum..

selamat pagi malaysia!!! 
heheheh 

jom bace crite kat bawah..mahu kongsi sama2..


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."


Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...



baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...



ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."



masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..



bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..



ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...



ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...



aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....



So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...
SEBAB 
ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....
tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!





katahatiku1 : mak..terima kasih sebab lahirkan kita..kita akan blajar sungguh2..mak sabar ea..tunggu sampai kita nek tas pentas amek segulung ijazah..
katahatiku2 : sama2 kita hargai apa yang ada sekarang sebelum beliau meninggalkan kite..
katahatiku3 : sumber dari mukabuku~



Monday, April 11, 2011

sebak.. :'(

bismillahirrahmanirrahim

AlhamduLillah,

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, berkat kekasih-Nya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, berkat guru-guru kita, karomah ibu serta hikmah bapa, kita masih berpeluang hidup di muka bumi Tuhan yang serba indah ini.

entri kali ini agak berlainan bagi ku..
sebak...
bile kite cakap sal sebak. secara tak langsung akan mengaitkan kita dengan 
 menangis..sob..sob.. :'(

yeaahhh..aku ade cerita sebenarnya berkai dengan menangis..
tanggal 9 april 2011..
tarikh keramat bagiku kerana akan akan mengambil ujian sijil rendah (USR) zon pantai timur (pahang, terengganu, kelantan)
kebetulan universiti aku yang menjadi tuan rumah bagi program ini..lagi lar senag, sebab sudah serasi dan selesa dengan situasi persekitaran.

sebelum kami semua berkumpul tok panaskan badan, setiap ipt(institut pengajian tinggi) memngambil kesempatan berkumpul dan sesi luahan perasaan masing2.
dan ketika itu.bermula dari Raja, zam dan seterus2 nya bercakap(peserta laki2 dulu, bru pempuan yang cakap) 
mataku dah mula berair..sebak tetibe ..
nak nangis..dengan macho nya, aku mengawal keadaan diriku.
masih lagi mampu untuk membina benteng yang teguh
agar airmataku tak melimpah2..

aku pandang kek kiri, nampak wani terlebih dahulu tewas..
dengan air matanya...
aku tak mampu untuk berkata apa2..
bak kata izat
" aku tak leh cakap banyak, nanti menangis"
hehe..izat..memang betol pon ayat ko tue..
bile kak DAh sampai, kami terus berkerumun pergi ke kak Dah untuk bersalam..
masa itulah aku dah tak mampu..
akhirnya, air mata "emas "
 aku nie gugur dengan derasnya..
hehe..ape daa aku nie..
tak mampu nak cakap pape kot..
adess..
ambil mase agak lame gak nak berenti..
mata merah jer + hidung berhingus2..

member aku cakap
> mal...sabar mal..
>mal..ilek r..ujian nie simple jer.
>ishh..susah nak tengok mal nangis nie
>dah lar mal.xde pape lar..
>sabar2..kuatkan semangat

hehe..
macam2 lar..
adess..sebak bile terfikir semula..
camne lar aku leh nangis.
nak kate takut..tak jugak.
nak kate nervous, sikit nervous, tapi tu normal lar kann
nak kate tak sedia, hmm..xda lar sangat kan..

tapi,
yang aku pasti, redha dengan segala2 nya..
mungkin Allah dah gerakkan hari ku tok tersentuh pada pagi itu.
dan 
menangis lar hatiku..

alhamdulillah..

 

sekadar gambar hiasan


katahatiku1 : agak malu gak, sebab nangis depan orang..waaa..! jarang2 aku nak nagis depan orang nie..huu..kantoi2..
katahatiku2 : alhamdulillah, selesai sudah USR..pasni same2 kite tunggu result..
katahatilku3 : lain kali aku wat entri pasal USR ..insyaAllah..lau sempat.hee :)

Wednesday, April 6, 2011

Apabila Diri Dihina

assalamualaikum


 
 
DIAM dan SABAR
 
 





 
 Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.
 
 
 
Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina.



Antaranya ialah:


  • Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 


  • Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 





  • Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.




  • Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 




  •  HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.



  •  Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.







  • Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia,
    namun sebaliknya pada pandangan Allah.
    Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH.
    Insya-Allah hidup kita lebih tenang,
    bahagia
    dan
    sangat matang.
    Insya-Allah.

    jom singgah di link bawah ini =)


    ::sekadar gambar hiasan::



    katahatiku1: sumber dari I LUV ISLAM.
    katahatilu2 :jom kita renung2 kan..hehehe ^_^
    katahatiku3 :sedang bergantung hati pada tuhan Rabbi utk memulih kan segala-galanya..Ya Allah, bantulah hambamu yg lemah ini..='(

    Tuesday, April 5, 2011

    kOi anOk PahAnG..!!+__+

    bismillahirrahmanirrahim..

    31 MAC 2011
    hehehe..dengan bangga nya aku mengisytiharkan tanpa segan dan silu..

    koi anok pahang aok me..!! 
    haha..
    lau di translate bahasa melayu baku..

    saya anak pahang, awak semua..!!

    hehe..tetibe semangat kenegerian plak..
    haha 

    baru-baru nie aku ada join satu program anjuran kelab Sekretariat Mahasiswa Anak-anak Pahang..
    setelah sekian lama, aku tak nyanyi lahu negeri sendiri..
    aku punyer lar bersungguh2 nyanyi waktu pembukaan program ni..
    heheehe..rindu kott!! haha

    jom layan gambar2 bawah nie





     banner





     barisan ahlijawatankuasa yang berusaha gigih tok menjayakan program ini..





     SYABAS!!  ^_^










     jemputlah masuk aok me.. +_+







     riang ria anak-anak pahang..







     gambar kenangan setelah abes bersembang2..hehe








    yeahhh!! kami anak pahang!!
    lau korang habat cube cari mana satu aku..??
    hik3 :P




    seterusnya...
    lau nak maklumat lebih, klik je link kat bawah k..








    hehhe..sampai sini jelar..malas nak cerita panjang lebar..haha
    len kali jumpa lagi ok! 


    daa




    katahatiku1 : ~Perkataan Pahang Hari Ini.. Bahasa Ganti Diri..~ 
    Aok maknenye Awak... 
    Koi atau Keh maknenye Saya... 
    Kome maknenye Kami... 
    Deme maknenye Mereka...



    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...