Pages

Wednesday, March 30, 2011

ukhuwah :)

bismillahirahmanirrahim..


Tidak perlu selalu
berhubung untuk menunjukkan 
kita mengingati seseorang..
dan 
tidak perlu selalu
berjumpa untuk menyatakan kita 
sayangkan seseorang 
kerana 
tak berjumpa 
bukan bererti terpisah 
dan
tak berhubung 
bukan bererti terputus ikatan...
Tapi 
sebenarnya Allah 
menghadiahkan Kerinduan yang 
berpanjangan..
usah risau.. 
andai ada jodoh, pasti akan ...
menyebelahi jua.. 
Rindu itu adalah 
anugerah yang diberi oleh Allah.
katahatiku1 : sumber dari mukabuku yani(classmate)..hehe
katahatiku2 :jom kite renung2 kan...hee ;)
katahatiku3 :this is especially for me  and for my bFF, NOR HAFINI HAMBALI.. luv u until end of my life! indeed! ;)

Tuesday, March 29, 2011

TETIBE...

ASSALAMUALIKUM..





tadi aku baru jer menjelajah gambar2 dari mukabuka( fb )..
tetiba telihat semula gambar2 kawan aku masa matrik dulu..
seriously..
RINDU..
AMAT2 RINDU..
NAK AKTIF CAM DIORANG JUGAK.
CAM MASA WAKTU KAMI DI MATRIK DULU..
 WAKTU AKU DI SEKOLAH ASRAMA DULU2.. 
RINDU..RINDU YANG AMAT SANGAT..

HUHUHUU.. :'(


katahatiku1 : ermm..nak aktif..tapi...aishhh...=/
katahatiku2 : campur dengan assgment yang bertimbun2 ..alahai..semakin terkubur harapan ku..
katahatiku3 : amat merindui saat ketika masih di sekola dulu..sob...sob..
katahatiku4 : rindu sangat dengan geng2 DRIBLERZZ ! ahaaakkzzz!!!






Sunday, March 27, 2011

S..O..L..A..T kita sempurnakah ??

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



gambar hiasan


Rasulullah telah bersabda : 10 jenis solat yang tidak diterima ALLAH:
  1.  Orang lelaki yang solat bersendirian  tanpa membawa sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3. Orang lelaki yang menjadi imam, tetapi ada makmumnya yang membencinya.
  4. Orang lelaki budak melarikan diri.
  5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meniggalkannya.
  6. Orang perempuan yang suaminya marah padanya.
  7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tetapi tidak memakai tudung.
  8. Orang imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
  9. Orang yang suka makan riba.
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perkara keji serta maksiat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “sesiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan  perbuatan keji dan mungkar termasuk(maksiat), maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan ALLAH S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hasan r.a. berkata: “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.
gambar hiasan



katahatiku1: jom kite renung same2..huhu 
katahatiku2: sumber dari mukabuku(fb)..harap halalkan ilmu ini ea..hee :)

Thursday, March 24, 2011

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

ASSALAMUALAIKUM


AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...



sekadar gambar hiasan






LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya
kalau
buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya sepertigunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
beratnyadosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.









gambar hiasan

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali
lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu  adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil.
Manakaladosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya ,   dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3.  taat  suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)


Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah
dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya
menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri
memberikanalasan untuk membela diri "




katahatiku1 : perkongsian bersama..jom kite renung2kan..
katahatiku2 :sumber> email dari akak ku 

Tuesday, March 22, 2011

WANITA CANTIK YANG SUKA MENANGIS..

ASSALAMUALAIKUM


Subject: Wanita cantik yg suka menangis





Wanita Cantik yg suka Menangis...


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau
menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka
menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan
oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa,
tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia
menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita
begitu mudah menangis?"


Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi
seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang
lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan
melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan
ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."



"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang
ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu
hatinya

" tempat dimana cinta itu ada."


Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari ini untuk memperingati
Bulan Sejarah Wanita.
Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!



kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata

Selami lah hati wanita .. dan

ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik. 

katahatiku1 : sekadar sebuah perkongsian..hee :)

Monday, March 21, 2011

SaaaKITTT bAAAdaaanNNN...!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


assalamualaikum semua!!
hehehee..semoga kehidupan kite sentiasa diberkati oleh ALLAh swt
dan dicucuri rahmat dan petunjuk dalam apa jua yang kita lakukan,
ammar akruf, nahi mungkar..
insyaAllah..



jom layan entri aku kali nie..
sakit badan..
serious..!..bangon jer tido pagi tadi, badan aku rase sengal2..gerak ke kanan sikit, adooiii..
kekiri..adehhhh..nak menggeliat pon..adooyaiiii...perghhhh...sakitnyer..
sakit kat kaki, sakit kat lengan, sakit kat jari2, sakit kat pergelangan tangan..
fuhhh..! senang cite sakit 1 badan r..macam orang tua daa aku nie..hahaha :D
rasanya camni lar kut bile dah tua2 nanti..hik3 :P
korang nak tau tak, nape aku rase camni..
meh hambo nak crito..
mai rapat2..yang jauh dirapatkan..yang dekat mai dekat..takmau g jauh2..
ermm..tunggang tebalik ayat tuh..haha..almaklum r x reti nka kecek klate..hik3..
haha




semalam (ahad) aku, anim , immot pergi teman azah yang ade tournement tenpin bowling
individual under ump sport challage
kat eCm , kuantan,,
lepas dari tu, kami pon pergi lar latihan kayak..huhu..memandang kan kami nie menjadi antara wakil uMp dalam program kayak persisiran pantai minggu depan..
huhuhu..cayah lahh! hee
jadi start kul 2.30 kami diajar asas2 untuk berkayak nie..
duk kayauh kedepan..pastu reverse ke balakang..pastu camne lau nak belok ke kanan, ke kiri,
camne nak wat lau kayak terbalik
camne nak selamatkan diri.


kayuhhh...kanan..kiri..kanann..kiri...kanannn..kiriii...
hahaha :D




heee..dasyat woo..hik3 :P


lebey kurang camtu lar..fuhh..dengar jer simple..tapi sebenar nya susah gak woo..
nie baru kat tasik yang tenang.nanti mingu dpean , kami akan kayak kat pantai..dengan ombak nye..adesss..
xtau lar camna nanti...hanya mampu berdoa je banyak2..hehehe
 cukup 2 jam kat sane, kami pon dia arah tok kemas2 kayak2 semua..
alaaaa..kejap jer...tak puas nak men lame2..huhu..
sebenarnye latihan kayak nie start dari pagi lagi..hik3..tapi kami datang petang jer.
tu yang cam tak puas hati..nak men lame jugakkk..huuuhuu.

itu jer nak crita..haha..
sekian.
~daa~



 katahatiku1 : tahniah to azah!!! menang empat ke-3..cayalah beb!! t hamper tu ingta gak kat kami, supporter yang hebat2 nie! hahaha
katahatiku2 : perggkkk..minggu yang sibuk..penuh dengan pelbagai aktiviti.. tapi assignment still tak siap2..haha
katahatiku 3: malam nie ada test..chaiyo3!! yeahhhh!!!



Sunday, March 20, 2011

2 hARi, 1mALaM..ngeh3.. ;P

ASSALAMUALAIKUM..!
selamat datang pada hari aHad, penghujung hari minggu..
hehehhe



ALHAMDULILLAH..
SUBHANALLAH..
ALLAHUAKBAR..
LAAILAHAILLALLAH..
ASTAGRFIRALLAHALAZIM..

hee..sedikit sebanyak bermunajat pada Maha Pencipta pada pagi2 ini..




jommm..teruskan deangan entri aku pada pagi ini..
2 hari, 1 malam..
pergi mana?
buat apa?
dengan siapa?
ramai ker orang pergi ?
best ke?



hahahhaha..
jawapan nye mudah saja.
yeahhhhh! hari jumaat lepas aku menyertai percutiaan
yang seriously buat aku tak duduk diam
ke
teratak kediaman sendiri..
rumah tercinta di keratong.
hahaha..
sebelum ini, aku tak pernah lagi balik umah sendiri, hanya untuk 2 hari 1 malam.
hehehhe..paling koman pon aku balik petang khamis,sampai hari ahad..
semalam r, buang tebiat aku nak balik umah..
lagipon kak nita ku de pesan suruh selalu balik rumah..
memandangkan hanya ada bonda dan ayahanda di rumah,
adikku pula sedang berkursus di KelanaJaya..
hari selasa ini, bru abes kursus..
pastu, bonda pula yang masih tak sihat2 ,
menguatkan hasrat ku untuk menjenguk mereka di rumah..
heheheh



tapi yang berbeza nya. kali ini aku balik dengan Idayah..
salah seorang rakan kelas aku, yang merupakan salah seorang ahli kelab jalan2 aku..kelab yang tak sah..hanya untuk kami2 saje.. 
hahaha



tambahan pula,
rakan2 rapat yang lain semua tiada di uni aku..
wani, balik umah di kelantan
yani, pergi ke selangor ade program under MpPmajlis perwakilan pelajar
aku pula nak balik umah, terinagt kat Idayah yang tinggal sorang2 ..takda geng di uni
teros aku ,mengajak pulang ke umah aku..
 idayah pula, ON jer..hahah
sanggup ponteng kelas bI nye kowt..hahah
semart r kamoo supik rokrak!! 
hahahha






jomm..layannn~

sempat untuk merasa buah nangka dari kebun ayahandaku






 berposing2 sebelum keluar berjalan2 di kawasan rumahku yang takda benda yang menarik sangat pon
hehehhe






tak da koje daa..pagar umah pon bleh dijadikan tempat nak posing2..hahaha






wajah bahagia Idayah sebelum meninggal kan teratak ku untuk pulang ke uni..








~SEKIAN~






katahatiku1 : semoga datang lagi k, supik! hehehhe
katahatiku2 : Fazir, sowie..amal tak gatu pon yang amal pon balik umah..hehehe
saje xmo jeles kan fazir jer..heheh
katahatiku3 : fini..!! i pon balik umah jugak! hahaha :D


Thursday, March 17, 2011

a..k..u..h..e..b..a..t...!!

bismillahirrahmannirrahimm

ASSALAMUALAIKUM..

apa kabar kesihatan? apa kabar mak ayah di rumah?
semua sihat? mental & fizikal ?hehe 
insyaAllah, dengan izin dari Allah swt semuanya akan selamat, tak da  masalah yang berat2.moga dapat menjalani kehidupan dengan tenang serta mendapat keberkatan dari ILAHI..insyaAllah.. ;)

rasanya sudah agak lame blog ini berhabuk..tak berseri2..kunjungan pon da berkurangan..
kepada sesiapa yang sudi menjenguk blog aku yang kurang aktif sejak 2 menjak ini,
harap maaf ia..kesibukan tahap cipan yang paling tinggi level nya, buat aku terpaksa mengabaikan alam maya ini untuk seketika..
tapi, jagan risau!
kerna aku sudah kembali..!!
wuahaahhaa :D 

okeh, jom masuk kepada entri kali ini..


a...k....u...h..e...b...a...t...!
hehehehe..
 kisah nya bermula ..
semalam aku tidur lambat,gara2 sibuk m;online sambil nak wat assignment..malangnya, hampeh jer.kerja yang dibuat hanye separuh jer yang siap..masa yang len, habis ngan duk makan+ wat air panas+ layan mukabuku(fb), berchating yM dan macam2 lagi..
 semua symtom2 dan gejala diatas telah mengakibatkan aku bangon lewat pada paginya..
adooyaiii..
dah lar kelas pagi kul 8..
habis kelam kabut aku..
wuwuwu 
papepon, bak kata pepatah lam bahasa inggeris 
"better late than never" 
dengan menggunakan kelajuan yag paling tinggi,
menyiapkan diri untuk ke tutorial en.X pagi tadi.

sampai didepan kelas, aku toleh jam.
8.05minit pagi 
okeh, masih x begitu lambt..
toleh kanan, toleh kiri..
alamakkk!!
kereta en.X dah ada.gelabah sekejap..tapi rilexxx..
control..cool jer..
dengan langkah yang biasa2 jer..buka pintu kelas, masuk setapak
en.X cakap kat aku..

" BALIK.
BAIK AWAK BALIK SEBELUM AWAK KENA TENGKING NGAN SAYA.
FOR YOUR OWN SAKE, YOUR FRIENDS SAKE, GO BACK.."

 PERGHHH!!! menyirap kutt..
haishhh..aku toleh kat Minah(bukan nama sebenar)
yang datang sekali dengan aku,
die pon tergamam..
tak tau nak buat apa..member aku JOyah(bukan name sebenar)
bagitau aku
"balik jer..balik jer..nanti x pasal2 ko kene marah wehh"

situasi aku :  aku berdiri..toleh Minah.toleh seluruh kelas, pandang en.X yang masih menyuruh aku dan joyah pergi balik..dalam hati aku, aku tekad tak nak balik sebab aku datang kelas nak blajar kut..penat2 jer ak kelam kabut nak datang kelas dia,tetibe kena halu balik plak..
aisshhhh...pesal nie bro??!!!!

situasi Minah : tergamam..hanya mampu menadang aku dan en.X dan  rakan2  yang duduk berhampiran kami..tak pandang ke seluruh kelas pon..kate nye malu kut..
kemudian, mengajak aku balik..
situasi en.X : aku takkan kasi muka kat diorang yang suka datang lambat..kan dah selalu cakap, always be punctual! i don't like student who're not punctual ! biar kasi mereka pengajaran hari ini.
 kemudian, tanpa melengah kan mas aku dan minah pon terus mengundur diri dari kelas en.X yang tak mahu kami..
sewaktu Minah buka pintu kelas itu, secara sengaja + tak sengaja (kekeliruan emosi) aku telah menolak pintu kelas itu dengan kuat.
dan mengeluarkan bunyi yang AGAK-AGAK kuat.
hehehhee..sory lar guys..
aku pon tak sangka pintu tue mampu keluarkan bunyi sebegitu kuat.
hahaha..adoyaiii..aku takut en.X salh anggap jer.
tapi,tak pa lar..mungkin ALLAH dak makbulkan salah satu doa aku seketika dulu..dirahsiakan doa itu..hehehe..sensetif2..hahah
dalam perjalanan pulang ke hostel, terserempak lar dengan Bedah, sorang lagi dak kelas aku..setelah menerangkan secara ringkas
"en.X halau kami kuar dr kelas sebab datang lambat"
bedah pon terus patah balik..hehehe
"laa yeker..sambail senyum2..
takpe lar...jo kite balik same2..nanti singgah kafe jomm..sarapan terus."
hahaha..sengal tak member aku nie..
ehehehehe..
 sampai bilik, aku terus baring atas kati..sambil merenung kembali apa yang telah berlaku..
aku tarik nafas dalam2..sedang mengawal gelora amarah dalm jiwa..
aku fikir secara logi..dari pelbagai sudut..
dari pendangan diri aku..
pandangan en.X 
pandangan Minah
pandangan rakan2 yg ada lam kelas tdi..

akhirnya, aku jadi tenang..
alhamdulillah..semua nya takdir untuk diri aku pada hari itu.
terima seadanya..redha..ambil iktibar..
memang salah aku.
sape suruh datang lambat, 
tapi bila di fikirkan..hanya lambat 05minit je kutt
tapi still lamabt kann..
salah aku..
tolak pintu kuat2..
haha..tu mungkin terdetik lam hati nak tunjuk protes kat en.X
hehehe
last2, amek ko.memang tunjuk betol2.kuat plak aku tolak pintu tadi..haha
 akhirnya, aku pon terus sambung tido aku ..hehehe
SEKIAN
katahatiku1 : hehehe..aku hebat!!! tak pernah kene halau dari kelas.memang terbaek r..terbaEk dari ladang..!! ahahha :D
katahatiku2 :alhamdulillah, trimas byk2 kat en.X yng kasi pengalaman bru kat aku sem ini.
katahatiku3 : don't try this at home! ehhehee..jgn tiru aksi ini di rumah, mahupon di kelas, university, tempat kerja & di mana jua anda berada..
hahaha :D
katahatiku4 : sentiasa b;fikiran positif!! akan byk membantu kita ketika berhadapan denagn masalah.
katahatiku5: absorbb!! absorbb!! masalah yang datang, tempuhi dengan tenang...hehehe 
katahatiku6 : peace no war!! hee ;)

  











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...