Pages

Thursday, February 17, 2011

trip ke KELANTAN..!

bismillahirahmanirrahim..

jom senyum lebar..
pai nampak gigi kambing di bawah nie..
senyumm semua...senyummmmm...
heeeeee..
=)



kali nie aku akan kongsi pengalaman percutian CNY  yang 
AMAT..AMATTT BESHHH!!
serius , x tipu ponn! 
hahaha :D

:::tentatif program kami::

>sabtu<
keluar dari uni kul 12..baske kelantan kul 6.30ptg..
hahaha.masing2 dengan muka yang penuh bersemangat! teruja! tak sabar2!
perghhhh..! cayalah korang..hehhehe

sampai kuantan, jalan2 di ECM..saje nak buang masa sementara nak tunggu bus petang tu.
kebetulan, rOK RaK(bukan name sebenar) pon nak cari baju untuk anak sedara nya, 
aku pon nak shopping sket2,
wani pulak window shopping..
hehehe..
jadi layan  jerk..jom, pusing2 ECM..

kul 6ptg kami da berkumpul di stesan bas makmur..
ready2 nak naEk bas sambil2 tunggu cik MOn(bukan name sebenar)
seorang lagi member kami..

dalam bas..
aishhh..part nie, aku x suke sangat.
sepatut nya tiket yang kami beli akan kompem2 dapat tempat duduk yang sebelah2..
tapi , entah nape lar kami terpakse tukar2.
tetibe jer..aishhh! dah lar dapat tempat duduk yang belakang2..
pastu berselerak jer duduk..
tempat kami dah ade orang lain duduk..
senget jer!

dalam bas jugak..kami terpaksa bertahan lapar..
yang kelakar nya ROK rAK(watak utama nie) haha
tak senang duduk lar..
kejap2 duk pusing sana..
kejap2 duk ke depan sket, menyembang ngancik MOn,
pastu kebelakang sket, menyembang ngn aku plak..
hahahah..
last, tetidur lah dengan perut yang lapar..
ayat yang paling aku tak kan lupakan..

>gelenyar(bukan name sebenar), tak sampai lagi ker?
>lom lagi..
>ok.

sambung tidur..
tak lama kemudian,

>gelenyar, tak sampai lagi ker?
>lom lagi..sabar ea..

hehehhe..
aku pon daa x ingat berapa kali entah Rok rAK nie bangon tido..bangon tido..
dah lar masing2 pon perut lapar..
tertunggu2 bila bas nie nak berhenti..
rase cam nak cakap jer camni kat pakcik driver tuh..

Pak Cik!!!bile nak berenti nieh..?
perut da lapar gile nie..
dah macam2 konsert dimain kan..
nak makan..! nak makan!!
grrrrr!!

akhirnya...bas brenti jugak kat dungun(lau tak silap lar), terengganu.
okeh! time to eat!
makan..punyer makan.punye makannn..
last2 kami jugak orang yang paling lambat naek bas..selain dari pakcik driver tu..
hahaha..dah lar pondok yang kami duk makan bersebelahan ngan bas tue..
orang lam bas duk pandang2 jer..
tapi
ade kami kesah!
hahahah..
xpe..
diorang pandang sebab kami 4 gadis yang chomey2 sedang makan..
sambil angin laut yang bertiup kencang. sejukkk..! hehehe
selepas 8jam dalam bas..akhirnya, kami sampai jugak ke bumi kelantan!
yeehaaaa..!!


>ahad<
pagi tu, sampai umah kul 1 lebih..sampai rumah, duduk sembang2 ngan ayah n mak wani.
pastu, set up tempat tidur.
zzzzZZZZZ

selepas sarapan, kami pon siap2 nak pergi KB (kota bharu).
driver kete kami ari tu ialah HAMZAH yang amat cool !
ehehehe..

destinasi kami..

pasar cT khadijah
KB mall





rancangan kami, petang tue nak merempit pergi sawah bendang ayah wani, tapi malangnya tak sempat.
tiba di rumah wani pon, da magrib..jadi perancangan itu dibawa ke hari esok nye.
misi itu harus dilaksanakan!!
hehehe..


>isnin<

pagi ni, kami pergi ke bandar pasir puteh..dekat jer ngan umah wani.
hehehe.pusing2..jalan sane..jalan sini..
agak2 dah penat, balik umah..

petang itu, lepas pergi mencari tiket nak balik ,
kami pon pergi melaksanakan misi yang amat ditunggu2..
pergi bendang!! yehaaaa!!

mak wani siap2kan bekalan nak makan berkelah di sana,.
heheh..comey jer.

dah siap2, kami pon pergi lar merempit ke bendang ayah wani..


malam nyer plak, kami sekeluarga *cewahhh..ayat tak boleh blah
hahahah
pergi ke rumah nenek wani..dekat jer..pastu sebelum balik, 
singgah ke pasar borong wakaf che yah!

ehehe..
punyer lar besar pasar malam tu, sampai mak wani tersesat2 lam tu..
dasyat woo..orang y bese pon leh tersesat..
lau kami apatah lagi..
huahuahua..


sebelum sampai umah, ayah wani ajak makan lewat malam kat gerai tepi jalan..
hehehe..ayah wani belanja.
tak kan lupe kan !
rase cam 1 keluarga yang bahagia.
serius..! borak2..gelak2..bergurau senda..tukar2 makanan..
pastu gelak lagi..
hahahha..
+__+


>selasa<

hari terakhir di bumi kelantan..
sob..sob.. bila bangon tido pagi tu, lam hati da mula rase sayu..
sedih nak tinggal kan kelantan..
tapi cam biasa, control2..
hahaha..
muka ilekk jer..
sempat lagi wat lawak2..
aku dan RokRak naek bas yang sama, ke KL,cuma RokRak brenti kat gombak..
aku brenti di KL..
kami naek bas pagi, yani balik naek bas malam..

begitulah cerita aku kali ini..

penghargaan

> wani : thanx banyak2 tau, sebab kasi kami tumpang rumah wani..
>adik wani : adik, len kali kami datang kite borak2 lagi k..
> pak ite : meeowww3..haha..tunggu kedatangan kami untuk buli pak tam lagi..! ahhaha
>ayah dan mak wani : pak cik, mak cik...
maaf 
 =kalau ada wat salah silap yang kami tak perasan,
=maaf sebab kami tak tolong sangat kat dapur,
hehehehe
terima kasih 
sebab
= sudi terima kami,
=masak makan yang sedap,
=tak jemu melayan kami yang banyak karenah nie 
=memberikan satu pengalaman yang AMAT seronok!
yang pasti tak kan kami lupakan!
insyaAllah, kami akan datang lagi rumah pakcik makcik.



::THE END:::


katahatiku 1: hati amat gembira ketika berada di kelantan..
katahatiku 2: koranggg...wani, idaya, yani..sayang korang AMAT2 sangat! semoga persahabatn kita kekal sampai akhir hayat.hehehe
katahatiku 3: planning for the next trip..! heheh kite nak g mane plak pas nie?? hahaha. s/u jagn lupe wat kertas kerja k. ahhaha :P
katahatiku 4: semua gambar2 kan di upload pada entri yang akan datang..sabar2..hee

Wednesday, February 16, 2011

bila aku MARAH..!!

assalamualaikum..
pertama sekali, cam biasa..alhamdulillah..bersyukur pada Ilahi kerana aku masih 
diberi peluang untuk bernafas sampai di saat ini..

ermm..macam mana ea aku nak mulakan entri malam nie.
rasa kekok pula..haha..almaklum lah da lame tak mengupdate blog..
adooyaiii..
hehe.

jomm scroll kebawah tetikus kamu itu..


aku hanya insan biasa..seorang hamba Allah yang lemah.
tak sesabar Rasullullah dalam menghadapi cabaran2 yang nyata mahupun tidak nyata.
semalam  kesabaran aku tercabar lagi.
kerana kerenah manusia itu.
aku sudah tak mampu bersabar..
bukan bermaksud 
aku melemparkan kata-kata kesat,
meninggikan suaraku padanya,
tangan ku menjadi ringan dan ringan untuk hinggap di pipinya,
dan bukan melulu memaki hamun dia..

cuma..
aku sudah bosan dengan dia.
aku sudah kenal dengan dia hampir 1 tahun lebih.
aku sudah kenal dan memahami dengan sikap nya,
dan aku rasa begitu jugak sebaliknya.

tapi, dia masih membuat benda yang sama..
membuatkan aku amat dan amat marah!
mahu saja aku cakap..

woiii...
kalau tak nak cakap je lar, TAK NAK! 
pe yang susah sangat nie.
bukan nak kena keluar duet beribu-riban pon.
tak pasal2 aku gak yang kena tunggu ko.
ko ingat ko nie besar sangat ker!


boleh tak nak jerit kuat2 n cakap semua2 tuh?
huhuhu..
tapi alhamdulillah..
iman ku masih lagi kukuh..
aku hanya memandangnya dan begitu juga dia..
dia yang hanya mampu menyebut namaku sebelum aku berkata

"aku tak kenal budak yang pakai baju warna kuning itu."

hanya itu.
dan aku terus berlalu meninggalkan nya..
aku tak tahu apa yang terjadi selepas itu.
 dalam bilik, aku hanya mampu beristifar byk2..ambil wuduk, solat..
mengawal kemarahan ku sebelum rumate2 ku terkena tempias gunung berapi ynag mahu meletus itu
persoalan2 yang jiran meja study ku tanya, ku jawab dengan berhati-hati.
tidak mahu pula dia menjadi mangsa amarahan ku.

mungkin aku yang bersalah..
mungkin aku yang terlalu berharap agar dia memahami ku.

sudah lar..
aku tak mahu berfikir lagi tentang ini.
lupakan perkara yang sudah lepas..
mungkin aku harus tidak terlalu berharap kepada orang lain.

jadi lepas ini,ambil pengajaran dan iktibar banyak2..
jangan sampai pisang berbuah 2 kali.







THE END

katahatiku 1: istifar banyak2..halau syaitan yang sedang menghasut2 umat2 Nabi Muhammad SAW ini..
katahatiku 2: manusia yang paling hebat, apabila dia berjaya mengawal kemarahan di dalam diri nya. dan aku mahu menjadi salah seorang yang hebat itu!!
katahatiku 3: my dear bestfriend, i'm really2 sory because didn't reply your message.. i can't.. really can't story at that time.it might make me very sad..and want to cry..


Wednesday, February 9, 2011

jom kita betolkan.!! ;)

bismillahirahmanirahim



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

sekadar gambar hiasan



katahatiku 1: entri kali ini aku hanya " copy and paste" dari mukabuku..harap kita sama2 dapat ambil iktibar..
katahatiku 2: renung-renungkan dan selamat beramal..hehehe

Tuesday, February 8, 2011

sudah 1 tahun lar ;) :::siri 2:::

assalamualaikum..
semoga semua sihat sentiasa denagn izinNYA..
aminn..

okeh, seperti yang dijanjikan,
jom sambung crita aku dan dia.
 sejujur-jujurnya, lepas daripada aku selidik punyer selidik, tengok gambar dan macam2 lagi
akhirnya, aku pon menalefon sahabat eXskola menengah aku tu.
bertanyakan tentang dia yang cukup misteri bagi aku.
hurmm..setelah mendengar penjelasan yang panjang lebar 
kompem! 110% ..!! aku memang tak kenal dia.
huahuahuahua.. :D

tapi entah lar..mungkin takdir ILAHI yang menjodohkan kami untuk mengikat ukhuwah persahabatan
aku pon layan jer..sembang2, berkenalan, tanya nama, asal usul, adik beradik. nama panggilan, dan macam2 lagi..cam orang baru nak bercinta pulak..hehe.
dari mukabuku facebook, kami pon saling berYM..
mungkin lebih menarik..siap ada emotion yang comel2..
boleh main2 tukar environment,
boleh lukis2 karton
pastu boleh calling2..heheh
dan banyak lagi lar.ehehehe
comey jer..
                       gambar 1: hehe..orang2 kat sawah..



gambar 2: ermm..xtau lar gambar apa nie sebenarnaya..haha..



gambar 3: lukisan abstrak..ehehe

gambar 4: lukisan abstrak 2..hahah :D


 dari Ym baru lar aku lebih mengenali dirinya..
memanggil diri nya sebagai " koya "bukan nama sebenar
 hehehehe
ermm, aku tak brapa pandai nak terangkan camna koya nie..
...subjektif..
hehehe
tapi yang pasti,
berkawan dengan nya buat aku senang..
berkawan dengannya buat aku gelak ketawa,
berkawan dengannya buat aku kecik ati, merajuk,
berkawan dengannya buat aku lebih mengenal erti kehidupan di luar sana,
berkawan dengannya buat aku rasa bersyukur amat dengan kehidupan aku sekarang,
berkawan dengannya buat aku rasa sayang padanya
berkawan dengannya juga, buat aku rasa tak akan memutuskan ikatan persahabatan kami,
dan akhir sekali..
berkawan dengannya buat aku teringat pada sahabat yang pernah aku sayang pada suatu ketika dahulu.



dan sekarang, kami masih belum berjumpa.
hanya 
ber"sms", ber "chatting", ber cakap menggunakan telefon..
hebat kan..hehehe..
aku pon x sangka kitaorang masih lagi berhubung walaupon masing2 belajar uni yang berbeza dan
berbeza bidang.
tapi, aku tak kisah..selagi hayat dikandung badan, insyaAllah, dengan izinNYA kami akan berjumpa 1 hari nanti..
yang penting sekarang, aku hanya mampu berdoa agar persahabatn kami terus kukuh
ditelan arus kemodenan dan arus kesibukan dengan kehidupan masing2 
perghhh..! ayat tak bleh blah..muahahah :D
akhir kata...

I LOVE U, AKAK..
INDEED..!!!






Monday, February 7, 2011

sudah 1 tahun lar ;)

assalamualaikum warga2 di luar sana..!
(abang, kakak, macik, pacik, adik dan bla bla bla..)
hehehe


firstly, alhamdulillah..
bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi 
peluang kepada hamba2 NYA yang lemah ini untuk bernafas hingga ke saat ini..
alhamdulillah 
dengan rezeki yang diberikan, nikmat2 yang tidak ternilai harganya..
terutamanya dengan nikmat iman dan islam di dalam diri kita..
alhamdulillah. =')
akan ku peliharakan semua nikmat2 yang ENGKAU berikan
kepadaku sehingga ke hujung nyawa.insyaAllah.

okeh..back to my topic today..
hari ini, tanggal 7 February..maksudnya genap sudah 1 tahun aku bersahabat dengan dia..
insyaAllah, aku sentiasa berdoa ukhuwah persahabatan kita akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.
heeheee.



jomm, selongkar perkenalan aku dengan dia.

bermula dari facebook..
tetiba buka ruang chat untuk berborak denganku.
aku buka profile nya..
mungkin dia sahabatku, tapi aku tak sengaja terlupa kot.hehe
okeh..seorang remaja perempuan, umor 1 tahun tua daripada aku
blajar di kolej matrikulasi tuuuttt..( tak same dengan aku pon)
sekolah menengah & rendah pon tak same..
adesss..sape plak minah nie kan..tertanya-tanya..
tak pe, cuba tengok gambar pula..
hurmm.sekilas pandang 
nampak cam senior waktu skola asrama dulu.
tengok mutual friend, ermmm..ada sorang saje.member aku waktu skola menengah.



.
.
.
.
.
.
.

aku akan sambung cerita ini lain kali k..
lau nak tau sapekah gerangan nya..
tungguuu..



 katahatiku 1: hehehe..x cukup masa nak bercerita ..siri ini akan disambung secepat mungkin..hee..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...