Pages

Saturday, November 27, 2010

mereka TAK layak..!

Bismillahi Rahman nir Rahim..

4 kategori manusia tak layak jadi pemimpin.
Dalam Islam, jawatan bukanlah satu hak yang mesti diberi, apatah lagi jika diperoleh melalui apa jua cara.
Sebaliknya, jawatan adalah satu tugas, tanggungjawab dan amanah.
Rasulullah tidak memberikan sesuatu jawatan/kepimpinan kepada orang yang memohon atau berhasrat untuk mendapatkan nya, sebaliknya akan menyerahkan kepada mereka yang cukup layak menjawat jawatan/kepimpinan tetapi tidAk berhajatkan jawatan tersebut.

Allah telah menyatakan dalam Al-Quran 4 kategori manusia yang tidak boleh atau HARAM dijadikan sebagai pemimpin.
PERTAMA.
Orang Yahudi dan Nasrani. Firman Allah yang bermaksud : “wahai orsng yang beriman, jagan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani mejadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian daripada mereka. Barang seiapa antara kamu menjadikan mereka pemimpin, sesungguhnya ia jadi golongan mereka( Yahudi dan Nasrani). Sesungguhmya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.” –Al-Maidah: 51 –

KEDUA.
Orang yang melebihi atau mengutamakan kekafiran daripada keimanan. Dalam hal ini, Allah telah berfirman yang bermaksud  Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bapa, saudara kamu menjadi pemimpin jika mereka memilih kafir daripada iman. Barang siapa mengangkatnya menjadi pemimpin daripada kalangan kamu, maka mereka itu adalah zalim,”- At Taubah:23-

KETIGA.
Orang yang diluar kalangan mu teermasuk dalamnya orang munafik. Allah telah berfirman yang bermaksud : “ wahai orang yang beriman, janganlah kamu ambil sahabat yang setia selain daripada golongan kamu, mereka tidak henti-hentinya berikhtiar mencelakakan kamu, mereka itu suka apa yang menyusahkan kamu. Sesungguhnya kebencian telah terbit dari mulut mereka, tetapi apa yang tersembunyi dalam hatinya adalah lebih besar lagi.
Kami telah terangkan kepadamu tanda2 jika kamu mahu berfikir.
Ingatlah kamu ini mencintai mereka, sedangkan mereka tidak mencintaimu dan kamu percaya kepada seluruh Al Quran, sedangkan mereka itu apabila bertemu dengan kamu mereka mengakui kami telah beriman, tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari mereka lantaran marah bercampur benci kepadamu.
Katakan kepada mereka : matilah kamu bersama kemarahan kamu itu. Allah mengetahui apa yang ada di dalam dadamu/ hatimu. ” Ali Imran: 118-119 .

KE-EMPAT.
Orang yang mengingkari Al Quran dan hukumnya. Allah telah berfirman yang bermaksud, “ wahai orang beriman, janganlah kamu menjadikan orang kafir itu sebagai pemimpin kamu, padahal mereka bukan dari kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari alasan yang nyata bagi alasan bagi Allah untuk menyeksamu ? An Nisa:144.

Katahatiku 1:  hasil nukilan saudara Ramli Abdul Halim. Mohon untuk dikongsikan nurkilan encik iye..hehe..jangan saman saya pula lepas nie.huhu.benda baik, elok dikongsi-kongsi..hee
Katahatiku 2: betol kata Matun( classmate aku tentang ketua nie) huhu..baru jumpa bukti2 nieh.jadi rase cam nak dikongsi bersama..
Katahatiku 3: harap dapat ambil iktibar kepada sesiapa yang membaca entry kali ini. Jangan berbuat silap lagi dalam memilih ketua k.
Katahatiku 4: senyum sokmo! Heeee ;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...