Pages

Sunday, November 28, 2010

D..O..A..


 assalamualikum..

Insan tak berutus asa berdoa penuh keyakinan dimakbulkan hajat.

Imam Ghazali berkata,
 jika kita meyatakan beriman iaitu yakin adanyaAllah SWT dan yakin pula terhadap sifat-Nya , hendaklah kita sandarkan harapan baik kepada Allah dengan sepenuh hati.
Agama Islam mengajar di samping seseorang berikhtiar, hendaklah dilengkapi dengan berdoa. Doa sebagai tanda seseorang mempunyai harapan baik kepada Allah SWT.
Orang yang berputus asa daripada rahmat Allah bererti tidak percaya kepada kemurahan-Nya. Dalam Al-Quran orang sedemikian dianggap kafir( tertutup hati dan tidak percaya adanya pertolongan Allah )

Firman Allah yang bermaksud “ Tidak ada yang putus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat.” Al-Hijr:56.

                Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah mempunyia seratus rahmat, diturunkan ke bumi hanya satu rahmat untuk penduduk dunia, maka mencukupi hingga habis ajalnya. Dan Allah akan mencabut rahmat yang satu pada hari kiamat untuk digenapkan pada yang sembilan puluh sembilan dan diberikan-Nya kepada para wali dan ahli yang taab kepada-Nya.

                Allah SWT tidak pernah membezakan hamba untuk mendapatkan rahmat-Nya. Baik orang beriman atau berdosa, Allah tetap akan memberikan rahmat-Nya, kecuali syaitan dan orang kafir.mereka(syaitan dan orang kafir ) tidak akan mendapat rahmat Allah sampai bila-bila.

Firman Allah yang bermaksud “ Maka sesiapa yang mengharap mendapat rahmat dan bertemu dengan Tuhan-Nya, maka hendaklah beramal soleh.” Al-Kahfi:110.
Firman Allah yang bermaksud “ Kami akan memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang yang beriman.” Al-Anbiya:88.



Katahatiku 1: sesungguhnya doa itu adalah senjat orang mukmin! Gunakan lah dengan sebaik-baiknya.
Katahatiku 2: senyum girang sentiasa a.k.a senyum somko! :) hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...