Pages

Sunday, October 31, 2010

jomm..

salam.


Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa



katahatiku 1: sebagai renungan kita bersama..
katahatiku 2: masih belum terlambat untuk mngubah segalanya..sesungguh nya, Allah Maha Pengampun.

Saturday, October 30, 2010

hAri Ini...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
syukur alhamdulilah,aku masih lagi diberi kesihatan yang baik. 
kesihatan kepada badan ku, kesihatan kepada pendengaran ku,kesihatan kepada penglihatan ku..

untuk entri kali ini..sepatut nya sekarang aku bukan berada di hostel ini..
aku akan berada di Melaka, rumah mak mertua akak aku. kat sana ada majlis cukur jambul anak sulung akak ku itu.malang nya, aku tak dapat menghadiri nya..haishhh..~

NUR ALIYA QAISARA.

bonda tercinta, alya, kak Nita

rasa serba salah pulak.aku sudah janji pada bondaku, yang aku akan menemani nya pergi  ke rumah akak aku, tapi last2 minit  batalkan..bonda sudah beli tiket untuk kami berdua lagi waktu tu..
sepatutnya semalam, aku bersama bonda akan bergerak ke kL..
rumah akak aku tu, kemudian lepas jumput kami barulah mereka akan balik ke Melaka.
tapi disebabkan aku ada presentation pada hari isnin ini, aku batalkan perancangan tersebut..
ya..kita hanya mampu merancang, tetapi ALLAH yang Maha Esa akan menentukan segalanya..

******************************************************
perbualan aku dan bonda pada malam khamis..

aku: salam.bonda..ni kita.bonda sihat? buat apa tu?

bonda : wasalam..iye, bonda tahu..alhamdulillah, sihat. kat dapur ni, tengah masak. ayahanda suruh masak sambal udang, kan bonda dah nak pergi esok.

aku: ooo..ayahanda  mengidam ek.haha..;P  bonda dan ayahanda dah makan ke belum ni?

bonda: hehe..sambil tersenyum (agak nye lah) ntah r ayahanda mu tu. dah makan tadi..anakanda da makan ?

aku: hehe.kite lom makan lagi..jap lagi nak pergi turun kafe, makan dengan kawan. bonda..camne ngan esok? bonda pergi sorang lar ek? ida (adik ku) takmo ikut? 

bonda: ha;ah..bonda pergi sorang.nurul(merujuk kepada ida) tak bleh nak pergi. katenye, tak nak ponteng kelas, lagipon SPM da dekat..lagipon, sabtu ini ada jamuan kelas.tu yang nurul tak nak pergi..

aku: ooo..macam tu..bonda, kite nak mintak maaf sebab tak dapat nak teman bonda pergi kL..d
dengan rasa bersalah..empangan air mata da nak pecah, cepat2 aku sekatnya.. kite ada presentation pagi isnin nanti, report tu pon belom siap, nak kene siapkan ujung minggu ni..

bonda: takpa lar..belajar itu yang penting. nanti lain kali boleh pergi kan..hatiku tersentuh.rase camnak nangis jer..:'(
lagipon final exam dah dekat kan..jadi concentrate pada pelajaran..belajar molek2. masa nie lar kite nak blajar pandai2..nanti boleh dapat kerja bagus2..

aku: ...terdiam seketika..hmm..baek cikgu..! hehe..cuba untuk mengawal suara ku menjadi normal. bonda, kita mintak maaf tau tak dapat teman bonda..telefon bonda pon lambat ..

bonda: takpa..jangan wisau..kak nita dah bagitau bonda semalam.
nanti bonda akan turun kat serdang..bukan kat Hentian putra..sebab lagi dekat dengan rumah kak nita.(sungai besi).nanti, da sampai kak Nita akan terus jemput bonda dan terus balik Melaka..kak Nita dan Abang anip da start cuti hari jumaat tu.

aku: ooo, nanti ble naek bas bonda terus gtau driver bas nak turun kat Serdang tau.nada kerisauan. lau aku pergi sama kan senang.boleh r aku buat semua ni..

bonda: iye..jangan risau..

* jiranku da memanggil nama ku untuk turun ke kafe*

aku: bonda, kawan kite dah ajak turun ke kafe...kite g dulu eh..

bonda: ok, t makan nasi .jangan makan yang bukan2merujuk kepada burger..snizzling..waffer,,

aku : hehehe..baek2..baru ingat nak makan snizzling mlm nie..haishh..(monolog lam ati) ok, t kirim salam pada ayahanda ye.assalamualikum.

bonda : waalaikumsalam.
 *******************************************************
sabda Rasulullah SAW..doa itu senjata orang mukmin..
hiasan semata-mata..hehe peace no war..!

 katahatiku 1: rasa lega selepas berdialog dengan bonda selepas itu..bonda,lepas kita dah habis pepriksaan akhir ini, bonda cakap je nak pergi mana..kita kompem teman kan..hehe ;)
katahatiku 2: sesungguh nya, kita hanya mampu merancang, tetapi ALLAH yang Maha Esa akan menentukan segalanya.. 
katahatiku 3: jadi belajar untuk REDHA dengan ketentuan Ilahi..ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.. :)
katahatiku 4: maaf atas segala typing error..malas nak betolkan..jadi sila paham2 kan sendiri apa yang nak disampaikan..hehehe  ;P

 
 






Thursday, October 28, 2010

suAtU peTAnG iTU..

salam..
kali ini aku nak berkongsi cerita yang berlaku pada suatu petang.
petang itu di uni aku ada pasar malam.tetapi kalau di lihat, kebanyakan pelajar2 akan berkerumun mencari makanan untuk mengeyangkan perut2 mereka pada sebelah petang. dan aku pon same seperti mereka.
masih selesa keluar merayau2 mencari makanan pada waktu petang itu.

kali ini aku yang bertemankan lagi dua orang rakan ku pergi ke destinasi kami.pasar malam! yeahh..
si Fufu menggesaku supaya cepat2 siap kerana pada sebelah malamnya dia ada presentation Lab..seorang lagi si Nanu macam biasa kelajuan nya..sambil berjalan lenggang seperti itik pulang petang betol ke ayat nie..haha kami meneruskan perjalanan..

F: mal, ko nak tau tak, tadi lepas habis test otak aku da macam apa ntah..bengong jer..
malam ini kan aku ada presentation, pastu aku tanye lar kat member group aku tuh nak pakai baju ape kan..
Aku: hmm..pastu..?
F: kan malam, aku nak tau lar diorang nak pakai baju jaket fakulti ataupon nak pakai baju kurung..
ade ke patut aku duk cakap yang jaket fakulti tu Lab coat..haha..tau r kan nak present pasal lab nyer experiment..
aku: haha...ko nie. pastu..?
F : aku tanya sorang lagi dak group aku..kali nie aku cakap plak..wehh..malam kang, hang nak pakai baju ape? nak pakai baju kurung ke atau nak pakai life jaket merujuk kepada jaket fakulti mereka
 aku : hahaha..mase bile plak ko ade life jaket niehh..? nak g present kat atas kapal ker ni? masih lagi ketawa..
 F: tu lar pasal..haha..aku nak cakap jaket fakulti.pastu tetibe tercakap life jaket plak..adeihh..kene bahan dah aku ngan member2 aku mase tu..hehe..
 aku:  haha..adoyaiii..excited tol ko nak present ek..pai nak pakai life jaket..tak dapat aku bayangkan lar, kalo ko wat presentation pakai life jaket..haha..  



lab coat
 atau

life jaket
 kami terus berborak2 sehinggalah hampir sampai di gerai pertama..
tiba-tiba  salam diberi kepada Nanu sambil tangan nya menghulurkan sekeping risalah..
Nanu terhenti seketika..tanpa menjawab salam yang diberi..tangan nya menerima risalah dan terus pergi sambil menyambung perbualan nya tadi..

aku tersenyum sendiri..waalaikumsalam..jawabku dalam hati..
senyuman itu tadi bukan untuk memerli rakan ku itu tetapi untuk menginsafkan diriku sendiri..
hati kecil aku berbicara..MasyaAllah, salam pon tak nak jawab..bukan nya nak kena jawab panjang2 pon..
perkataan yang ringkas, sambil mendoakan saudara seagama sendiri..
mungkin kerana sahabat yang memberi salam itu tadi, berpewatakan muslimat yang lengkap menutup aurat, jadi Nanu menjadi sebegitu..atau pon kerana kehadiran nya secara tiba2..tetapi tak mungkin alasan kedua itu boleh aku terima kerana dari jauh lagi aku boleh melihat sahabat itu..sedangkan Nanu tak nampak nya..?
mustahil..kami berjalan di sebuah jalan yang lurus, dan tak ramai  manusia di situ.

Ya , Allah..berikan lah pertunjuk kepada rakan ku ini..
aku mengalih pandangan kepada Fufu.aku lihat Fufu turut terdiam..mungkin dia merasai apa yang aku rasakan..

risalah yang diberi tadi..akhirnya aku juga yang menyimpan. oklah tu daripada ditinggalkan di merat-rata tempat..  

sebenarnya uni aku akan melakukan KEMPEN BI'AH SOLEHAN.
Program Semalam bersama Mahasiswa..
tarikh : 29-30 OKTOBER 2010
masa : 5 pm- 8 am
tempat : Masjid UmP
aktiviti : Forum Spirit Being Motivated, Bacaan Yassin dan Solat hajat,Qiamullail..



  

::TAMAT::
katahatiku 1: lain kali jangan lupa untuk jawab salam k..kan wajib bagi seorang muslim untuk menjawab salam.
katahatiku 2: moh r kita join program ini.. ;) 
katahatiku 3: nama2 yang digunakan adalah rekan semata2 a.k.a bukan nama sebenar.. 

 

Monday, October 25, 2010

sebagai peringatan..

 salam..

diri yg sering terlupa, ya Allah jauhkan kami dr terus terlupa aamiiiin

Berkata Syaqiq Al-Balakho:

Suatu hari, ketika Ibrahim ibnu Adham ra melawati salah satu dari pasar di Basroh, maka berkumpul manusia-manusia di situ kepadanya. Mereka berkata, "Wahai Aba Ishaq [ayah kepada Ishaq], sesungguhnya Allah ta3ala berfirman dalam kitabnya:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

dan kami berdoa padaNya bertahun-tahun tetapi dia tidak menerimanya?!

Maka berkata Ibrahim Ibnu Adham:

Wahai ahli Basroh, telah mati hati kamu disebabkan 10 perkara:




1- Kamu mengenali Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNYA.

2- Kamu membaca Kitab Allah tetapi kamu tidak beramal dengannya.

3- Kamu mendakwa kamu menyintai Rasulullah saw tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.

4- Kamu mendakwa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu mempersetujuinya.

5- Kamu katakan "Kami menyukai Syurga" tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

6- Kamu katakan "Kami takutkan Neraka" tetapi kamu tidak melarikan diri darinya.

7- Kamu katakan "Sesungguhnya mati itu benar" tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

8- Kamu sibukkan diri kamu dengan keaiban saudaramu [untuk menasihati] tetapi kamu meninggalkan [lupakan untuk menasihati] aibmu sendiri.

9- Kamu memakan nikmat [rezeki] Tuhanmu tetapi kami tidak bersyukur dengannya.

10- Kamu mengebumikan jenazah-jenazah dari kalanganmu tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.

::TAMAT::

katahatiku 1: note ini aku ambil tanpa izin tuan nya..huhu..mintak halal kan ia.
katahatiku 2: sama-sama kita renungkan..:)

Friday, October 22, 2010

terpAksa..demi diorang.

salam..

alhamdulillah..hari ini aku masih bertahan dengan asakan kehidupan sebagai seorang manusia.
bak kata orang..dugaann..cobaann..cabaran..halangan..
dan yang seangkatan dengan nya.
hehe..

tak mahu nak bebel panjang di sini kerana masa itu TIME.
haha..lawak member aku ketika matrik dulu..
okeh..di pendek kan ceritanya kejap lagi aku akan berangkat ke 
UPM untuk pertandingan OPEN UPM 3 on 3 basketball,
akan tinggal di sana selama 3 hari  2 malam.
perlawanan bermula esok pagi dan ahad nanti.

team aku sepatutnya terdiri daripada 5 orang..
aku, ecah, sharp, alin, teng.
tapi ecah dah tarik diri awal2..
so, aku xkesah sangat ag sebab masih cukup 4 orang untuk jadi 1 team.
last2 malam tadi, sharp buat penagkuan tak dapat join pula.
adoyaii..
betol2 last minit kut.
geram pon ada gak.mana nak cari pengganti kut..
sape yang nak main ini.
at least walaupon alasan pape pon, please join us.
if can't play with us, just sit beside court n give us our spirit on basketball..
.haishhh..
perasaan aku..entah r..
susah nak cakap..geram + keciwa + rasa macam tak nak pergi pon ada jugak.
keliru
~.haishh~ *megeluh lagi*

takpa, aku masih boleh berfikiran positif..
dia sakit..dia tak larat..ada masalah kesihatan..dia ada presentation next week, have test, quiz n so on
that are more important than this tournment .
its ok, sharp.
i try my best to be positive thinker.
but when i saw your face suddenly
i felt mad..angry..please don't show that face to me.!
please..!

aku tak suka tengok muka ko yang sedih tu..muka yang minta kesian daripada orang lain.
sory beb, aku delete ko punya post kat wall aku semalam.
sory.
and your message , i need time to reply it..
let me be cool first k.
 anyway, thanx for your wish.
 
malam tadi kepala aku penat berpikir macam2.
dengan proposal I.I , report program bank buku..
nak fikir pasal ini lagi.
hurmmm..
macam dah terlambat nak tarik semula persetujuan aku untuk join program ini.
kesian kat team member aku yang lain..alin & teng.
takpa lah korang, kita akan teruskan perjuanagn ini..
walaupon aku takut ape yang aku fikirkan akan menjadi kenyataan,
tetapi abaikan saja.
like always..learn from mistakes.
lastly..gud luck guys..

katahatiku1 : kali ini aku betol2 x suka apa yang berlaku ini..hopefully this will  not happen again.
katahatiku 2: harap kedatangan kitaorang jie tak sia2.
katahatiku 3: sharp..sory k.aku x bermaksud xnak layan ko, tapi i need time.
aku still manusia biasa, x sempurna. need to learn be more cool..

Thursday, October 21, 2010

...jari jemariku menari sebentar ..

ASSALAMUALAIKUM...
alhamdulillah ke hadrat Ilahi aku masih ag mampu untuk bernafas sehingga saat ini..masih di beri peluang untuk menginsafkan diri yang sedang leka sal mengejar hal duniawi..sedikit sebanyak alpa tentang tujuan utama ALLAH SWT menjadikan manusia sebagai khalifah muka bumi ini..
..subhanallah...semoga diriku ni mampu untuk membahagikn masa untuk duniawi& akhirat nanti disamping juga mencari keredha an ILAHI..amin..

dah lame rasenye aku tak menari tari jari jemari aku untuk menulis cerita di sini..
almaklumlah tugasan ku yang semakin banyak sempena nak abes sem nie.
dengan report nyer, test, quiz, presentation, dan macam2 lah..
huhu..
tapi bese lah tu kan..iedup sebagai student mesti r bergelimpangan dengan kerja2 sebegitu rupa
lau x..haishhh..xtau lar cek nak habaq apa nih...*aceceehh jd org utara jap* 
hehe..

antara program2 yang aku join dinner + dean's list tok jabatan pengurusan teknologi
pastu nagn program bank buku..anjuran fakulti aku gak..

t len kali aku cari masa tok update gambar2 majlis tu.
tungguuu...

rasenye, pai sini jer coretan aku..sebenarnye ade banyak menda nak d kongsikan kat blog nie..
tapi de sebabkan kan masa yang amat mencemburui manusia pada zaman nie.
haishhh..terpakse r mengundur diri dulu..
xpe2..len kali sambung ag.
hehe..

::WASSALAM::

katahatiku 1: semoga Allah memberi ku semangat dan hidayah dalam meneruskan perjuangan menuntut ilmu 
nie..aminnn.

Friday, October 8, 2010

seBUah Cerita..

salam..

hmm..rasenya da agak lame aku tak mengepos entri di laman ini..
kesibukan melanda..huhu..
keserabutan program2+ kelambakan assignment + kebusyan yang di sengajakan + keseronokan sementara untuk release tension + keinginana untuk men basketball..
waaaaa....

sekarang nie universiti aku sedang hangat dengan KonVokasyen yang ke 5.
huuu..baru 5..bese r, dulu U aku nie hanye lah sebuah kolej kejuruteraan kemudian 8 taun lepas baru upgrate menjadi salah sebuah universiti yang terulung di pantai timur nie..
tujuan aku post entri nie bukan nak cite sal pesta konVOkasyen ni, tapi mengenai sebuah serita yang aku denagri daripada seorng sahabt yang baru aku kenal..

aku gelarnya sebagai along(bukan name sebenar) hee..
along nie merupakan salah sorang dari team aku(sekriteriat ExpoKonvo'10) .
malam tadi aku jaga gerai ngan die, pastui timbul lah cerita ini..

family along memang jenis yang berniaga kecil-kecilan..
contoh nye di pasar2 malam..di pasar tani..tetapi jenis yang berniaga jauh2..
bukan sekadar di Kedah(negeri nyer) tapi sampai ke perak, dan sebagainnye..
wowww!! sungguh hebat..
perjalanan yang jauh..datang semata2 untuk mencari rezeki denagn berniaga..tidur x menentu tempat nye..
kekadang dalam lori, kekadang atas kaki lima, kekadang atas dalam khemah(jual2) sendiri.
YaAllah..semoga mereka sentiasa dalam keredhaan Mu...
tidur pon, bukan sehari dua..bayang kan sewaktu berniaga di perak..25 hari..tidur yang tak menentu tempatnye..selagi tempat bersih, itulah tempat mereka melelapkan mata sementara menunggu siag hari untuk berniaga semula..masa tidur pon tak menentu..kekadang sampai tidur 3 jam@ 2 jam sehari pon penah..
Subhanallah.

tapi, alhamdulillah..penat lelah mereka berbaloi..pendapatan mereka setimpal dengan usha mereka..
 entah lah..aku cukup tertarik nagn cite alaong nie..
mungkin sebab pengembaraan diorang yang mencabar tikala mencari rezki mereka..

alahamdulillah ke hadrat Ilahi kerna aku dilahirkan dalam keluarga yang ok..
maksud aku, mase aku lahir tue ekonomi keluarga daa stabil..
agpon aku anak yang ke-2 akhir..
atas2 aku semua daa besar..da bekerja..sedikit sebanyak menolong kasi duit tiap2 bulan kat ayah mak tok menampung perbelanjaan harian kami yang kat uma nie..
 tapi. baik aku amek iktbar dari kisah2 benar mereka..supaya aku taidak lalai..alpa dengan sedikit sebanyak kesenangan yang diberi kepada ku..

alhamdulillah..

notakakiku 1: ingin menjelajah seluruh malaysia..huu..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...