Pages

Saturday, December 18, 2010

boLeh TAk....

bismillahirrahmanirrahim..

pertamanya..alhamdulillah, syukur pada Allah kerna aku masih lagi di beri peluang untuk bernafas 
hingga ke saat ini..manalah tau kan..tup2..esok aku dah tak dapat nak buka mata untuk melihat alam ini lagi.
hanya mampu redha dengan ketentuan ILAHI...

okeh.kali ini entri yang bakal di taip oleh jari jemari ku tak mempunya motif..
mungkin sedikit luahan perasaan..hehe..maklum lah aku hanya manusia biasa..huhuhu..

hmm..penat dan penat...dan penat..
aku mungkin sahabat yang tak berapa nak baik untuk rakan2 ku.
yup, dengan perangai aku yang agak tidak berapa nak  >penyabar..*kengkadang lar*
>moody* ikut suasana*
>agak tak byk cakap
><
= tak suka orang 
>kurang ajar ngan aku
>biadap
>cakap ikut suka hati
>tak fikir perasaan orang len

tapi...aku seorang yang amat mementingkan persahabatan..
aku sayang sumer kawan2 aku * kecuali yang tertentu*
aku akan cube jadi 
sahabat yang terbaik
sahabat yang memahami
sahabat yang sentiasa ada ketika korang memerlukan pertolongan
dan sebagainya.

tapi..*lagi* aku tak mungkin lari dari masalah juga..
dan 
aku harap mereka ada untuk aku.
ada ..
walaupon sekejap
3 minit  pon jadi lar
hanya untuk mendengar rintihan aku.



katahatiku 1: hmm..tak tau ape motif entri nie..jadiii,layan jer k.hee
katahatiku 2: cemburu melihat rakan ku yang mempunyai sahabat ketika suka dan duka
katahatiku 3: masih mencari..mungkin da jumpa tapi tak pasti lagi.harap-harap lah.....
katahatiku 4: hargai sahabat di sisi anda..;)

Wednesday, December 1, 2010

Tuesday, November 30, 2010

tErSenYUM SoRaNg~ haha.. ;P

salam..


hee..senyum2..
okeh, entri kali nie nak kongsi ngan korang sumer..ade 1 menda yang wat aku tersenyum sorang2..
okeh, gambar nie adalah destop lappy aku..okeh korang zoom kat stick note
::AKTIVITI ::
hee.."MAMAL BUSUK!"
haha :D
senget lar..sebenar nya ak pon tak perasan siapa yang tulis dan bila dia tulis..
bila aku kat umah, baru aku perasan..okeh..dari segi tulisan, aku cam dah dapat agak jer siapa dak chomey yang conteng aku nyer note..hehe..
apepon, hehe..kelakar gak..
memang tak da kerja agak nye die nieh..

coretan untuk dak chomey yang tulis note tuh
" hey kamoo..! aku dah cam dapat agak jer ko yang tulis annn..
haha..xpe, aku tak kesah pon..jangan wisau..tak marah..
haha..:P
anyway, take care eh cuti sem nie..jangan duk meronggeng jer kat sana..
duk lar menternak lemak byk2 + makan banyak banyak.
t bile balik sini, nampak sket dah besar.heehee :P "




sekadar perkongsian bersama..
enjoy yourself! ;)


katahatiku 1: hey kamoo! akan merindui ko cuti nie..rindu nak dengar ko bercerita dengan bersungguh2, gelak kuat2, bercerita sampai aku gelak sakan..hehe..macam2 lar..
katahatiku 2:  "i love the world!"
katahatiku 3:  semalam aku baru abes expidisi gua tempurung.. nanti lar aku upload gambar2 waktu kat sana.
hee ;)

Sunday, November 28, 2010

D..O..A..


 assalamualikum..

Insan tak berutus asa berdoa penuh keyakinan dimakbulkan hajat.

Imam Ghazali berkata,
 jika kita meyatakan beriman iaitu yakin adanyaAllah SWT dan yakin pula terhadap sifat-Nya , hendaklah kita sandarkan harapan baik kepada Allah dengan sepenuh hati.
Agama Islam mengajar di samping seseorang berikhtiar, hendaklah dilengkapi dengan berdoa. Doa sebagai tanda seseorang mempunyai harapan baik kepada Allah SWT.
Orang yang berputus asa daripada rahmat Allah bererti tidak percaya kepada kemurahan-Nya. Dalam Al-Quran orang sedemikian dianggap kafir( tertutup hati dan tidak percaya adanya pertolongan Allah )

Firman Allah yang bermaksud “ Tidak ada yang putus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat.” Al-Hijr:56.

                Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah mempunyia seratus rahmat, diturunkan ke bumi hanya satu rahmat untuk penduduk dunia, maka mencukupi hingga habis ajalnya. Dan Allah akan mencabut rahmat yang satu pada hari kiamat untuk digenapkan pada yang sembilan puluh sembilan dan diberikan-Nya kepada para wali dan ahli yang taab kepada-Nya.

                Allah SWT tidak pernah membezakan hamba untuk mendapatkan rahmat-Nya. Baik orang beriman atau berdosa, Allah tetap akan memberikan rahmat-Nya, kecuali syaitan dan orang kafir.mereka(syaitan dan orang kafir ) tidak akan mendapat rahmat Allah sampai bila-bila.

Firman Allah yang bermaksud “ Maka sesiapa yang mengharap mendapat rahmat dan bertemu dengan Tuhan-Nya, maka hendaklah beramal soleh.” Al-Kahfi:110.
Firman Allah yang bermaksud “ Kami akan memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang yang beriman.” Al-Anbiya:88.



Katahatiku 1: sesungguhnya doa itu adalah senjat orang mukmin! Gunakan lah dengan sebaik-baiknya.
Katahatiku 2: senyum girang sentiasa a.k.a senyum somko! :) hehe

Saturday, November 27, 2010

mereka TAK layak..!

Bismillahi Rahman nir Rahim..

4 kategori manusia tak layak jadi pemimpin.
Dalam Islam, jawatan bukanlah satu hak yang mesti diberi, apatah lagi jika diperoleh melalui apa jua cara.
Sebaliknya, jawatan adalah satu tugas, tanggungjawab dan amanah.
Rasulullah tidak memberikan sesuatu jawatan/kepimpinan kepada orang yang memohon atau berhasrat untuk mendapatkan nya, sebaliknya akan menyerahkan kepada mereka yang cukup layak menjawat jawatan/kepimpinan tetapi tidAk berhajatkan jawatan tersebut.

Allah telah menyatakan dalam Al-Quran 4 kategori manusia yang tidak boleh atau HARAM dijadikan sebagai pemimpin.
PERTAMA.
Orang Yahudi dan Nasrani. Firman Allah yang bermaksud : “wahai orsng yang beriman, jagan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani mejadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian daripada mereka. Barang seiapa antara kamu menjadikan mereka pemimpin, sesungguhnya ia jadi golongan mereka( Yahudi dan Nasrani). Sesungguhmya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.” –Al-Maidah: 51 –

KEDUA.
Orang yang melebihi atau mengutamakan kekafiran daripada keimanan. Dalam hal ini, Allah telah berfirman yang bermaksud  Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bapa, saudara kamu menjadi pemimpin jika mereka memilih kafir daripada iman. Barang siapa mengangkatnya menjadi pemimpin daripada kalangan kamu, maka mereka itu adalah zalim,”- At Taubah:23-

KETIGA.
Orang yang diluar kalangan mu teermasuk dalamnya orang munafik. Allah telah berfirman yang bermaksud : “ wahai orang yang beriman, janganlah kamu ambil sahabat yang setia selain daripada golongan kamu, mereka tidak henti-hentinya berikhtiar mencelakakan kamu, mereka itu suka apa yang menyusahkan kamu. Sesungguhnya kebencian telah terbit dari mulut mereka, tetapi apa yang tersembunyi dalam hatinya adalah lebih besar lagi.
Kami telah terangkan kepadamu tanda2 jika kamu mahu berfikir.
Ingatlah kamu ini mencintai mereka, sedangkan mereka tidak mencintaimu dan kamu percaya kepada seluruh Al Quran, sedangkan mereka itu apabila bertemu dengan kamu mereka mengakui kami telah beriman, tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari mereka lantaran marah bercampur benci kepadamu.
Katakan kepada mereka : matilah kamu bersama kemarahan kamu itu. Allah mengetahui apa yang ada di dalam dadamu/ hatimu. ” Ali Imran: 118-119 .

KE-EMPAT.
Orang yang mengingkari Al Quran dan hukumnya. Allah telah berfirman yang bermaksud, “ wahai orang beriman, janganlah kamu menjadikan orang kafir itu sebagai pemimpin kamu, padahal mereka bukan dari kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari alasan yang nyata bagi alasan bagi Allah untuk menyeksamu ? An Nisa:144.

Katahatiku 1:  hasil nukilan saudara Ramli Abdul Halim. Mohon untuk dikongsikan nurkilan encik iye..hehe..jangan saman saya pula lepas nie.huhu.benda baik, elok dikongsi-kongsi..hee
Katahatiku 2: betol kata Matun( classmate aku tentang ketua nie) huhu..baru jumpa bukti2 nieh.jadi rase cam nak dikongsi bersama..
Katahatiku 3: harap dapat ambil iktibar kepada sesiapa yang membaca entry kali ini. Jangan berbuat silap lagi dalam memilih ketua k.
Katahatiku 4: senyum sokmo! Heeee ;)

~tETibA~

salam perpaduan
alhamdulillah...
aku masih lagi sihat, masih mampu senyum, ketawa..ditambah lagi dengan rezeki yang mencukupi untukku dan keluarga ku..
alhamdulillah..

jam: 2025 pm
mOod : hmm..bese2 jer..
situasi sekeliling : bising ngan radio

hmm...aku baru jer berjaya mencari blog member aku yang dah lame gak aku usha2..
aahhhaa! jangan fikir yang bukan2 ok..?!
kawan aku nie gadis tau..bukan teruna..hehe..
hmm..alkisahnya, entah mengapa aku nak jadi seorang penyibuk..
aku tau, gadis nie ada blog, aku daa cuba mencari dan mencari tapi tak berjaya.
ada jugak usaha dengan bertanya sendiri pada gadis, tapi gadis tak mahu beritahu.
hmm..entah mengapa..aku masih tak berputus asa..
masih nak menjadi seorang yang suka menjaga tepi kain orang lain..
tapi bukan kepada semua orang..hanya orang tertentu..yang dipilih..yang telah ditapis..(haha.klakar lak gaya nye nieh) 
maksud aku, yang aku rapat dan kwan yang aku percaya pada nya..
that's all! no more explanation on that issue..

yang penting..! aku dah berjaya jumpa! hehehe..
senyum lebar pai telinga..
*shoutout skype ak*hehe..



Tuesday, November 16, 2010

::::TamAt sUdAH :::

salam..
alhamdulillah..akhirnya pengajian ku sesi sem 1, 2010/2011 sudah berakhir.
pasni masing2 dah boleh tarik beg balik rumah..
cam ala-ala AF ..bile da tersingkir..tapi yang nie bukan tersingkir, 
tapi balik dengan hati yang penuh keriyanagan..
ehehehhehe..;)

jadi, aku pon akan kurang meng online kan diri aku.
lebih fokus kepada percutian selama 1 bulan lebih di teratak resort ynag tercinta
huhu..

kepada semua rakan2 alam maya ini..
ampun maaf diminta lau ada mengguriskan hati kalian secara langsung @ tak langsung.
dan juga
selamat menyambut hari raya aidil adha! 
heee..

daa


Friday, November 12, 2010

HeY JuDe..!

 salam..
sebenarnya hajat di hati, malas nak mengupdate entry blog untuk sementara waktu ini.
maklumlah, sedang minggu peperiksaan..aku tak begitu mampu untuk rajin terokai dunia maya ini.
tetapi memandang kan kertas peperiksaan seterusnya pada hari isnin depan..
hehe..
jari jemari ku terus laju jer nak mencari sesuatu untuk memenuhi halaman blog aku yang tak seberapa ini.

kali ini, aku selitkan sebuah lagu lama..bak kata orang lagu "old skuL"
bagi aku, yang lama itulah yang harus lebih dihargai..
makin lama..makin antik.
makin antik..makin unik..
bukan semua benda unik.
jadi hargai lah apa2 sahaja yang kita rase unik.
hehe..
berfalsafah sekejap..
hihihi..

jom layan..

HEY JUDE 
 by  
THE BEATLES






Hey Jude don't make it bad
Take a sad song and make it better
Remember to let her into your heart
Then you can start to make it better

Hey Jude don't be afraid
You were made to go out and get her
The minute you let her under your skin
Then you begin to make it better

And any time you feel the pain, Hey Jude, refrain
Don't carry the world upon your shoulders
For well you know that it's a fool who plays it cool
By making his world a little colder
Da da da da da
da da da da

Hey Jude don't let me down
You have found her now go and get her
Remember to let her into your heart
Then you can start to make it better

So let it out and let it in
Hey Jude begin
You're waiting for someone to perform with
And don't you know that it's just you
Hey Jude you'll do
The movement you need is on your shoulder

Da da da da da
da da da da Yeah

Hey Jude don't make it bad
Take a sad song and make it better
Remember to let her under your skin
Then you'll begin to make it better
Better, better, better, better, better, Yeah,Yeah,Yeah 


notakakiku 1: credit to oLIver..! thanx k, sebab introduce lagu ni kepadaku.
notakakiku 2: buat masa sekarang amat meminati lagu ini..huahuahua..;P

Monday, November 8, 2010

guD lUcKK..!



salam...
ni lah jadual peperiksaan ku..
doakan kejayaan ku dan rakan2 ku..
semoga semuanya berjalan dengan lancar..
amin...

Sunday, October 31, 2010

jomm..

salam.


Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa



katahatiku 1: sebagai renungan kita bersama..
katahatiku 2: masih belum terlambat untuk mngubah segalanya..sesungguh nya, Allah Maha Pengampun.

Saturday, October 30, 2010

hAri Ini...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
syukur alhamdulilah,aku masih lagi diberi kesihatan yang baik. 
kesihatan kepada badan ku, kesihatan kepada pendengaran ku,kesihatan kepada penglihatan ku..

untuk entri kali ini..sepatut nya sekarang aku bukan berada di hostel ini..
aku akan berada di Melaka, rumah mak mertua akak aku. kat sana ada majlis cukur jambul anak sulung akak ku itu.malang nya, aku tak dapat menghadiri nya..haishhh..~

NUR ALIYA QAISARA.

bonda tercinta, alya, kak Nita

rasa serba salah pulak.aku sudah janji pada bondaku, yang aku akan menemani nya pergi  ke rumah akak aku, tapi last2 minit  batalkan..bonda sudah beli tiket untuk kami berdua lagi waktu tu..
sepatutnya semalam, aku bersama bonda akan bergerak ke kL..
rumah akak aku tu, kemudian lepas jumput kami barulah mereka akan balik ke Melaka.
tapi disebabkan aku ada presentation pada hari isnin ini, aku batalkan perancangan tersebut..
ya..kita hanya mampu merancang, tetapi ALLAH yang Maha Esa akan menentukan segalanya..

******************************************************
perbualan aku dan bonda pada malam khamis..

aku: salam.bonda..ni kita.bonda sihat? buat apa tu?

bonda : wasalam..iye, bonda tahu..alhamdulillah, sihat. kat dapur ni, tengah masak. ayahanda suruh masak sambal udang, kan bonda dah nak pergi esok.

aku: ooo..ayahanda  mengidam ek.haha..;P  bonda dan ayahanda dah makan ke belum ni?

bonda: hehe..sambil tersenyum (agak nye lah) ntah r ayahanda mu tu. dah makan tadi..anakanda da makan ?

aku: hehe.kite lom makan lagi..jap lagi nak pergi turun kafe, makan dengan kawan. bonda..camne ngan esok? bonda pergi sorang lar ek? ida (adik ku) takmo ikut? 

bonda: ha;ah..bonda pergi sorang.nurul(merujuk kepada ida) tak bleh nak pergi. katenye, tak nak ponteng kelas, lagipon SPM da dekat..lagipon, sabtu ini ada jamuan kelas.tu yang nurul tak nak pergi..

aku: ooo..macam tu..bonda, kite nak mintak maaf sebab tak dapat nak teman bonda pergi kL..d
dengan rasa bersalah..empangan air mata da nak pecah, cepat2 aku sekatnya.. kite ada presentation pagi isnin nanti, report tu pon belom siap, nak kene siapkan ujung minggu ni..

bonda: takpa lar..belajar itu yang penting. nanti lain kali boleh pergi kan..hatiku tersentuh.rase camnak nangis jer..:'(
lagipon final exam dah dekat kan..jadi concentrate pada pelajaran..belajar molek2. masa nie lar kite nak blajar pandai2..nanti boleh dapat kerja bagus2..

aku: ...terdiam seketika..hmm..baek cikgu..! hehe..cuba untuk mengawal suara ku menjadi normal. bonda, kita mintak maaf tau tak dapat teman bonda..telefon bonda pon lambat ..

bonda: takpa..jangan wisau..kak nita dah bagitau bonda semalam.
nanti bonda akan turun kat serdang..bukan kat Hentian putra..sebab lagi dekat dengan rumah kak nita.(sungai besi).nanti, da sampai kak Nita akan terus jemput bonda dan terus balik Melaka..kak Nita dan Abang anip da start cuti hari jumaat tu.

aku: ooo, nanti ble naek bas bonda terus gtau driver bas nak turun kat Serdang tau.nada kerisauan. lau aku pergi sama kan senang.boleh r aku buat semua ni..

bonda: iye..jangan risau..

* jiranku da memanggil nama ku untuk turun ke kafe*

aku: bonda, kawan kite dah ajak turun ke kafe...kite g dulu eh..

bonda: ok, t makan nasi .jangan makan yang bukan2merujuk kepada burger..snizzling..waffer,,

aku : hehehe..baek2..baru ingat nak makan snizzling mlm nie..haishh..(monolog lam ati) ok, t kirim salam pada ayahanda ye.assalamualikum.

bonda : waalaikumsalam.
 *******************************************************
sabda Rasulullah SAW..doa itu senjata orang mukmin..
hiasan semata-mata..hehe peace no war..!

 katahatiku 1: rasa lega selepas berdialog dengan bonda selepas itu..bonda,lepas kita dah habis pepriksaan akhir ini, bonda cakap je nak pergi mana..kita kompem teman kan..hehe ;)
katahatiku 2: sesungguh nya, kita hanya mampu merancang, tetapi ALLAH yang Maha Esa akan menentukan segalanya.. 
katahatiku 3: jadi belajar untuk REDHA dengan ketentuan Ilahi..ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.. :)
katahatiku 4: maaf atas segala typing error..malas nak betolkan..jadi sila paham2 kan sendiri apa yang nak disampaikan..hehehe  ;P

 
 






Thursday, October 28, 2010

suAtU peTAnG iTU..

salam..
kali ini aku nak berkongsi cerita yang berlaku pada suatu petang.
petang itu di uni aku ada pasar malam.tetapi kalau di lihat, kebanyakan pelajar2 akan berkerumun mencari makanan untuk mengeyangkan perut2 mereka pada sebelah petang. dan aku pon same seperti mereka.
masih selesa keluar merayau2 mencari makanan pada waktu petang itu.

kali ini aku yang bertemankan lagi dua orang rakan ku pergi ke destinasi kami.pasar malam! yeahh..
si Fufu menggesaku supaya cepat2 siap kerana pada sebelah malamnya dia ada presentation Lab..seorang lagi si Nanu macam biasa kelajuan nya..sambil berjalan lenggang seperti itik pulang petang betol ke ayat nie..haha kami meneruskan perjalanan..

F: mal, ko nak tau tak, tadi lepas habis test otak aku da macam apa ntah..bengong jer..
malam ini kan aku ada presentation, pastu aku tanye lar kat member group aku tuh nak pakai baju ape kan..
Aku: hmm..pastu..?
F: kan malam, aku nak tau lar diorang nak pakai baju jaket fakulti ataupon nak pakai baju kurung..
ade ke patut aku duk cakap yang jaket fakulti tu Lab coat..haha..tau r kan nak present pasal lab nyer experiment..
aku: haha...ko nie. pastu..?
F : aku tanya sorang lagi dak group aku..kali nie aku cakap plak..wehh..malam kang, hang nak pakai baju ape? nak pakai baju kurung ke atau nak pakai life jaket merujuk kepada jaket fakulti mereka
 aku : hahaha..mase bile plak ko ade life jaket niehh..? nak g present kat atas kapal ker ni? masih lagi ketawa..
 F: tu lar pasal..haha..aku nak cakap jaket fakulti.pastu tetibe tercakap life jaket plak..adeihh..kene bahan dah aku ngan member2 aku mase tu..hehe..
 aku:  haha..adoyaiii..excited tol ko nak present ek..pai nak pakai life jaket..tak dapat aku bayangkan lar, kalo ko wat presentation pakai life jaket..haha..  



lab coat
 atau

life jaket
 kami terus berborak2 sehinggalah hampir sampai di gerai pertama..
tiba-tiba  salam diberi kepada Nanu sambil tangan nya menghulurkan sekeping risalah..
Nanu terhenti seketika..tanpa menjawab salam yang diberi..tangan nya menerima risalah dan terus pergi sambil menyambung perbualan nya tadi..

aku tersenyum sendiri..waalaikumsalam..jawabku dalam hati..
senyuman itu tadi bukan untuk memerli rakan ku itu tetapi untuk menginsafkan diriku sendiri..
hati kecil aku berbicara..MasyaAllah, salam pon tak nak jawab..bukan nya nak kena jawab panjang2 pon..
perkataan yang ringkas, sambil mendoakan saudara seagama sendiri..
mungkin kerana sahabat yang memberi salam itu tadi, berpewatakan muslimat yang lengkap menutup aurat, jadi Nanu menjadi sebegitu..atau pon kerana kehadiran nya secara tiba2..tetapi tak mungkin alasan kedua itu boleh aku terima kerana dari jauh lagi aku boleh melihat sahabat itu..sedangkan Nanu tak nampak nya..?
mustahil..kami berjalan di sebuah jalan yang lurus, dan tak ramai  manusia di situ.

Ya , Allah..berikan lah pertunjuk kepada rakan ku ini..
aku mengalih pandangan kepada Fufu.aku lihat Fufu turut terdiam..mungkin dia merasai apa yang aku rasakan..

risalah yang diberi tadi..akhirnya aku juga yang menyimpan. oklah tu daripada ditinggalkan di merat-rata tempat..  

sebenarnya uni aku akan melakukan KEMPEN BI'AH SOLEHAN.
Program Semalam bersama Mahasiswa..
tarikh : 29-30 OKTOBER 2010
masa : 5 pm- 8 am
tempat : Masjid UmP
aktiviti : Forum Spirit Being Motivated, Bacaan Yassin dan Solat hajat,Qiamullail..



  

::TAMAT::
katahatiku 1: lain kali jangan lupa untuk jawab salam k..kan wajib bagi seorang muslim untuk menjawab salam.
katahatiku 2: moh r kita join program ini.. ;) 
katahatiku 3: nama2 yang digunakan adalah rekan semata2 a.k.a bukan nama sebenar.. 

 

Monday, October 25, 2010

sebagai peringatan..

 salam..

diri yg sering terlupa, ya Allah jauhkan kami dr terus terlupa aamiiiin

Berkata Syaqiq Al-Balakho:

Suatu hari, ketika Ibrahim ibnu Adham ra melawati salah satu dari pasar di Basroh, maka berkumpul manusia-manusia di situ kepadanya. Mereka berkata, "Wahai Aba Ishaq [ayah kepada Ishaq], sesungguhnya Allah ta3ala berfirman dalam kitabnya:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

dan kami berdoa padaNya bertahun-tahun tetapi dia tidak menerimanya?!

Maka berkata Ibrahim Ibnu Adham:

Wahai ahli Basroh, telah mati hati kamu disebabkan 10 perkara:




1- Kamu mengenali Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNYA.

2- Kamu membaca Kitab Allah tetapi kamu tidak beramal dengannya.

3- Kamu mendakwa kamu menyintai Rasulullah saw tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.

4- Kamu mendakwa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu mempersetujuinya.

5- Kamu katakan "Kami menyukai Syurga" tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

6- Kamu katakan "Kami takutkan Neraka" tetapi kamu tidak melarikan diri darinya.

7- Kamu katakan "Sesungguhnya mati itu benar" tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

8- Kamu sibukkan diri kamu dengan keaiban saudaramu [untuk menasihati] tetapi kamu meninggalkan [lupakan untuk menasihati] aibmu sendiri.

9- Kamu memakan nikmat [rezeki] Tuhanmu tetapi kami tidak bersyukur dengannya.

10- Kamu mengebumikan jenazah-jenazah dari kalanganmu tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.

::TAMAT::

katahatiku 1: note ini aku ambil tanpa izin tuan nya..huhu..mintak halal kan ia.
katahatiku 2: sama-sama kita renungkan..:)

Friday, October 22, 2010

terpAksa..demi diorang.

salam..

alhamdulillah..hari ini aku masih bertahan dengan asakan kehidupan sebagai seorang manusia.
bak kata orang..dugaann..cobaann..cabaran..halangan..
dan yang seangkatan dengan nya.
hehe..

tak mahu nak bebel panjang di sini kerana masa itu TIME.
haha..lawak member aku ketika matrik dulu..
okeh..di pendek kan ceritanya kejap lagi aku akan berangkat ke 
UPM untuk pertandingan OPEN UPM 3 on 3 basketball,
akan tinggal di sana selama 3 hari  2 malam.
perlawanan bermula esok pagi dan ahad nanti.

team aku sepatutnya terdiri daripada 5 orang..
aku, ecah, sharp, alin, teng.
tapi ecah dah tarik diri awal2..
so, aku xkesah sangat ag sebab masih cukup 4 orang untuk jadi 1 team.
last2 malam tadi, sharp buat penagkuan tak dapat join pula.
adoyaii..
betol2 last minit kut.
geram pon ada gak.mana nak cari pengganti kut..
sape yang nak main ini.
at least walaupon alasan pape pon, please join us.
if can't play with us, just sit beside court n give us our spirit on basketball..
.haishhh..
perasaan aku..entah r..
susah nak cakap..geram + keciwa + rasa macam tak nak pergi pon ada jugak.
keliru
~.haishh~ *megeluh lagi*

takpa, aku masih boleh berfikiran positif..
dia sakit..dia tak larat..ada masalah kesihatan..dia ada presentation next week, have test, quiz n so on
that are more important than this tournment .
its ok, sharp.
i try my best to be positive thinker.
but when i saw your face suddenly
i felt mad..angry..please don't show that face to me.!
please..!

aku tak suka tengok muka ko yang sedih tu..muka yang minta kesian daripada orang lain.
sory beb, aku delete ko punya post kat wall aku semalam.
sory.
and your message , i need time to reply it..
let me be cool first k.
 anyway, thanx for your wish.
 
malam tadi kepala aku penat berpikir macam2.
dengan proposal I.I , report program bank buku..
nak fikir pasal ini lagi.
hurmmm..
macam dah terlambat nak tarik semula persetujuan aku untuk join program ini.
kesian kat team member aku yang lain..alin & teng.
takpa lah korang, kita akan teruskan perjuanagn ini..
walaupon aku takut ape yang aku fikirkan akan menjadi kenyataan,
tetapi abaikan saja.
like always..learn from mistakes.
lastly..gud luck guys..

katahatiku1 : kali ini aku betol2 x suka apa yang berlaku ini..hopefully this will  not happen again.
katahatiku 2: harap kedatangan kitaorang jie tak sia2.
katahatiku 3: sharp..sory k.aku x bermaksud xnak layan ko, tapi i need time.
aku still manusia biasa, x sempurna. need to learn be more cool..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...