Pages

Sunday, March 8, 2015

Mac 2015.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikummmm!!! 
apa habaqqq warga warga alam maya sekaliannn..
lama tak check in kat sini kan.. Apa apa pon,aku masih nak jugakk cakap.

Selamat datang ke tahun 2015!
 kihkihkih. 

ok, tu jer nak cakap. 
k, bai.

Daaa~

hahahahhaha. 

Wednesday, October 29, 2014

Berlalu Pergi


Assalamualaikum


sehingga kini aku tahu
 kau tak mengerti
apa ku rasa hanya diriku
ini semua tidak penting lagi


kau dan kau
aku dan aku

campak ke belakang semua
memori yang berlaku
pahit duka manis suka
anggap semua tidak berlaku

bukan aku yang mahu
Cuma semua perlu di lalui
aku tahu kau pon tahu
moga semua berlalu pergi

kau dan kau
aku dan aku

biarkan semua pergi
teguhkan hati
kuatkan semangat ini
semoga kita berjumpa lagi


Katahatiku 1: nukilan sekelip mata.

Pendatang Baru


Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdu lillah. Bila baca semula tajuk entri kali ini. Agak sadis bunyi nya. Pendatang. Apakah? Bagaimanakah? Bilakah? Bagaimanakah? Siapakah?
Tadaaaaaa…!
Alkisah..pendatang baru di rumah ini. Pertama kali aku tengok, dia sedang terkulai..terbaring..terdiam aku. Bila di tenung lama2, dada nya berombak, naik dan turun. Alhamdu lillah.masih bernafas. Rupanya pula, cantik, berwarna-warni ( walaupon hanya dengan dua tiga warna ), kurus kering..kusut masai..terdampar di situ dengan lemah.
Mak cakap, dari pagi tadi dah ada di situ. Paktam kecik, sibuk duk kacau dia. cuit sana..cuit sini..kais sana, kais sini. Namun, pendatang baru tak mampu nak melawan semua.Mungkin dia penat. Melihat keadaan badan yang kurus kering,,kusut masai..mungkin dia juga lemah,tak mampu nak bergerak cergas macam Paktam kecik.
Makan tyme!!
Paktam kecik, Paktam besar, Maktam dah sedia sambil meminta2 , tak sabar untuk makan. Namun, Si pendatang baru, masih terdampar di tempat nya. Seusai memberi keluarga Pak Tam makan, aku ambil segenggam dari makanan Paktam, untuk di berikan kepada Si pendatang baru. diletakkan jauh sedikit dari tempat Paktam makan.
Si Pendatang baru, makan dengan bersungguh. Kelaparan. Alhamdu lillah.  Petang itu, aku menjenguk ke halaman belakang rumah. Si pendatang baru telah tiada. Keesokan nya pon Si pendatang baru tiada. Mungkin pergi membawa diri, mencari tuan yang baru.  Semoga Si pendatang baru menjumpai rumah dan tuan yang lebih baik daripada sebelum ini. Semoga membesar dengan sihat dan kuat!

katahatiku 1: Kisah makhluk Allah yang di beri nama seekor kucing.
katahaiku 2: Si pendatang baru dating rumah tumpang makan tengahari.ngeee.

Saturday, October 4, 2014

.....

Bismillahirrahmanirrahim.

Rasa seperti
Ingin pergi jauh
Jauh dari sini
Dan tak mahu kembali

Mengapa begitu
Kehadiran yang ada di depan mata
Tidak dihargai
Yang jauh dikenang
Dibanggakan
Diagungkan
Diangkat angkat darjat nya

Mungkin aku perlu pergi
Membawa diri
Melarikan jasad
Memujuk hati nurani
Yang kian merajuk lagi

Aku hanya bukan siapa
Bukan insan berjaya
Bukan insan yg penting
Bukan insan yg dibanggakan

Mungkin aku perlu pergi
Pergi jauh memujuk hati
Menekadkan diri
Menjadi lebih baik dr hari ini


Katahatiku1: owh puisi..
Katahatiku2: coretan di tepi jalan


Tuesday, September 30, 2014

Ermm..Ntah.


Assalamualaikum.

Ermmm...Hurmmm...
Pandang sekali...tak puas hati. Pandang kali kedua..masih sama macam tadi.
Pandang lagi siap tenung tajam..
ok, fine.

Wall blog ini entah pape kan..macam budak budak..dan budak budak punya blog lagi hebat menarik debooomm dari blog ni. nampak tak di situ..nampak tak..
ahahahahaha..

ok..ok.. selaju mungkin jari aku buat tap baru.. pergi google tema baru. dah.dah..i nak fokus kusyuk menghayati dengan bersungguh sungguh dalam misi pencarian tema baru blog ini.

cau cin cau.
Daaa~





katahatiku1 : wisshh mee luckk! muehehehe
katahatiku2 :

Tuesday, August 19, 2014

Kisah aku 6 Bulan Lalu..

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdu lillah..masih di dalam bulan Syawal.
Masih dalam siri kunyah mengunyah kuih kerepek raya..
cuma rendang ketupat raya saja yang dah tiada..stok dah habis okey.
hahaha.

okeh. kali ni aku nak update sepanjang lebar. dah lama jari jemari runcing nih tak senaman tulis entri panjang lebar. hahaha.

#Julai 2014.

Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini.
Hari dan bulan terakhir aku kerja di Petaling Jaya.
Hari dan bulan terakhir aku tinggal di Vista Angkasa.

#Jun 2014.
Bulan yang penting untuk aku.
Bulan di mana aku dan beberapa orang kawan aku yang penting dalam hidupku dilahirkan juga, antaranya Nur Farhanim Mustafa dan Azwani Mad Don.
Bulan di mana aku sangat susah hidupnya.
Bulan yang aku telah menyambut hari kelahiranku dengan kerja gila seorang diri.
hahaha..mungkin aku akan buat 1 post ekslusif pasal kejadian hari itu. InsyaAllah.

#Mei 2014
Salah satu bulan yang penting dalam sejarah hidup aku.
Sabah-Kapal Terbang-Aku,Moksoo&Supik..
bakal terbitkan entri pasal ini.
bulan yang sangat menarik.
ngeee ^____^

#April 2014
Bulan terakhir aku bekerja di Gebeng.
Bulan terakhir aku bertemu dengan kawan2 serumah Semambu yang aku sayangi
Bulan terakhir aku mengajar silat di Polisas dan kelas Mpk.

#Mac 2014
Aku masih bekerja di Gebeng.
Genap 4 bulan sudah aku kerja di sini.
Dan aku sedang giat mencari peluang2 kerja di tempat lain.

#Feb 2014
Bulan kelahiran CS aku semasa aku di seseri. Nur Liyana Azmi.


katahatiku1 : dah lama tak menaip..sampai tak tahu nak huraikan macam mana. hahaha

Wednesday, July 30, 2014

Syawal Menjelang suda...



Assalamualaikum wbt peminat alam maya sekalian..


pejam celik..pejam celik...dah sebulan puasa. nah..hanya ini yang aku mampu nk cakap. k bai! muahahahha
jom sambung makan kuih raya..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...